Wednesday, January 23, 2013

SEMPUT ITU BAHAYA

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian.. sudah makan tengahari? puasa? Alhamdulillah  ^_^ baguslah begitu

Nak dijadikan cerita, hari ini...
memulakan hari dengan keadaan semput!
kenapa semput?

Semasa IM nak pergi kerja, seperti biasa perjalanan daripada Shah Alam-KL, IM akan menggunakan perkhidmatan Rapid KL Bas.




Kebiasaannya pemandu bas adalah daripada golongan kaum Adam, cuma seingat IM ada seorang sahaja sosok Hawa yang memandu bas, namun kelibatnya adalah dalam 2 kali/ 3 bulan.

Kisahnya, pagi tadi bas bertolak seperti biasa jam 6.30 pagi, dengan doa dan harapan; Oh Mak Cik Driver, silalah pandu dengan cermat, saya belum kahwin lagi ni (=_+)  apa kes?

Oklah, sebelum ini ada seorang Mak Cik Driver juga yang pernah drive, tapi beliau oklah... 

TAPI!!!!!!!!  Mak Cik Driver pagi tadi... Allahuakbar! Penuh dengan KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. semput!!! 7.30 IM belum sampai Stesyen LRT Bangsar, rasa nak menjerit hati ini.

Bila tengok muka-muka yang lain dalam bas, oh! OK! semua pun menggelabah, risau tiba di pejabat masing-masing lewat.

Pesanan khidmat ringkas masyarakat, buat Mak Cik Driver tercinta;

"Oh Mak Cik Driver, tolonglah Mak Cik.. janganlah buat kami merana. Kami tahu Mak Cik adalah pemandu yang berhemah, sopan gitu... TAPI MAK CIK  T_T  Jangan la pandu bas dengan TERRRLALU perlahan di Bandaraya Metropolitan ini. Semput kami berlari-lari untuk meneruskan perjalanan ke pejabat kami".

Hihi.. kalaulah Mak Cik Driver ni baca blog IM, gerenti kalau esok dia yang drive, habis la.. confirm drive macam F1 gitu  ^_^


Tinta IM : Patuhi peraturan keselamatan Jalanraya, anda mampu mengubahnya! 

hihi.. kalau kita selalu ikut hukum Allah (Syariat), insyaAllah dalam kehidupan seharian pun automatik kita akan mampu menjalani hidup dengan aturan yang baik  ^_^