Saturday, December 31, 2011

Pelangi 2011


Tak mahu celoteh banyak..   (^^)''  ~macam x caya je~ hihi

Inilah warna warni, gilang gemilang majlis pertunangan dan walimatul urus
sepanjang tahun 2011





Majlis pertunangan sahabat ~ Ain ~ ni kawan dari tadika ni.. yang lagi 2 dari kiri sudah selamat  kawen.. so.. tinggal sapa je ni  ^^


Walimatul urus yang penuh keceriaan :) ~teman UIA & PEPIAS  : Timah~



Oh ye.... ni my lovely kazen.. hihihi  ^^ jodoh dia sampai awal.. maka meninggalkan saya dengan status  'single'    :)   kuikui  



Bersama kazen2 yang terbaik dunia akhirat insyaAllah  :)



Pengantinnye :)  opss.. bukan bukan.. kat bawah ni.. hihihi  ^^



Main baling2 gula2... hambek la kanak2..  syweet  :)


Walimah Kakak tersayang.. Kak Awe dan suami tersayang.. dan kami  yang ceria Sarimon's Legacy

v
v
v
v
v
v
v
v
v


Dan bila nak tiba ke penghujung tahun 2011 ni......





Temanku Shahnadz Adreena.. moga cinta kalian hingga ke syurga Ilahi.. ameen  ;) 


Walimah Fauziah... selamat sudah kalian iye  :)  tahniah dear


My lovey Syarifah Nabilah... bestfriend Maahad Hamidiah  :) 

Last wedding of the year 2011.. Umi Nadia dan 'Abg' beliau..
dan kami geng Maahad.. opss.. kelihatan Ainul Ilyani & Suami (pasangan Maahad) with luvely Ayla..

~seyes geram dengan Ayla y sangat sangat sangat cute, jadi anak y solehah ye sayang~




"Barakallah"


Oh ye..
2012 bakal menjengah
v
v
v
v
dan ye.. dah ada wedding yang perlu di list dalam planner 2012
coming soon

(^^)v

Friday, December 30, 2011

Sayonara 2011.. Ahlan Wa Sahlan 2012 :)


Tahun 1433 H dah menjengah bulan keduanya
Safar
Tahun 2011 yang masih berbaki 2 hari ini
oh..
bagai tak percaya kan  ^^


Tahun 2011
tahun yang ku kira terrrrrr....lalu banyak perubahan yang ku lalui
ya.. dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan
dan akhirnya setahun bakal berlalu..

Bermula 2010, seusai sesi pembelajaran di UIA.. ku kira April 2010 (last paper final exam) masih lagi terus menyemai budi di UIA..
ahhh... memanglah rasa sangat sayang nak tinggal UIA.. kenapa ye? apa lagi? environment dan kawan2 la kan kan.. mengaku je la iye  ^^

Lama juga part-time di UIA.. sebelum Kak Yan mengusulkan untuk forward resume pada HR Tabung Haji.. kejap je.. tiba-tiba dapat call daripada TH.. ALAMAK!!! ~cepatnya~ 
terpaksalah meninggalkan semua kesayanganku NanaLiliKak Ayu dan Kak Ain... dan juga UIA..

tata UIA (^_^)  excited juga nak explore real world



Bertapak jua diriku di Tabung Haji.. FINALLY  ^^
bermulalah kehidupanku sebagai Pelatih Pengurusan...a.k.a Pelatih Skim Lepasan Siswazah (SLG)
hihi.. without basic of finance or even accounting, I have no idea  (?_?)  why Jabatan Kewangan?

aha.. it's so weird kan  :) tapi ku sahut jua cabaran ini.. Inilah yang dinamakan realiti dalam kehidupan.. tak harus dihindari, tapi dijalani...  

Terrr...lalu indah jalan ini.. walaupun yang pahit tetap ditelan... dimarahi officer atas ketidak cekapan menguruskan proses dokumentasi ISO, dipuji kerana keberanian bersemuka dengan pihak pengurusan, berdepan dengan auditor yang pastinya menyesakkan akal.. tapi.. moment yang paling tak akan dilupakan sepanjang kehidupan bergelar SLG adalah.. ~jeng jeng jeng~ MENANGIS DALAM LIF lantaran tahap stress yang tak dapat ditahan2 lagi... 

hopefully, kepada yang Polis Bantuan a.k.a pakcik @ abang @ adik security guard tengok CCTV dalam lif TH tu.. ampun maaf dipinta.. bikin drama air mata  (^^)v

Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010)

Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010)

Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010)

Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010)
Alhamdulillah.. setelah berlalunya musim ISO.. adalah sinar kebahagian menyapa.. hihi  ^^ lega kot dah tak continue pensijilan ISO, since memang sentiasa dipantau rapi oleh Audit Negara.. lega diriku.. YES! without basic in finance or even accounting, I'm still alive and survive here...Alhamdulillah.. memanglah dengan kekuasaanNya..Kerana diriku dikelilingi teman2 yang hebat, sekuat harimau... ngaum! ngaum!  hihi

Terima kasih kerana menyerikan hari2 ku di TH ... Inni Uhibbuki fillah.. abadan abada.. Kak CTI..kacau je (Ika)Yana KHJMommy FieKak Yam y best :) ~saya sangat bersyukur diketemukan dengan kalian~ terima kasih sayang2 sekalian...


Sang suami pun semangat join mommy Fie kan  :)



Berakhir dengan SLG.. memulakan pula tugasan sebagai Anggota TH officially pada Julai 2011.. Maka amanah dan tanggungjawab juga makin hari makin bertambah.. owh.. tapi inilah yang membuatkan kehidupan ku terisi.. Syukur Ya Allah... rezekiku di sini...

Masa yang berlalu tak pernah dibiar terbuang begitu sahaja.. peluang yang diberikan Ustaz Nordin dan Inteam Publication semakin mematangkan diriku.. tak pernah terlintas akan diberi peluang yang satu ini..

hihi.. malu nak mengaku.. Yes ustaz.. lantaran kelewatan menghantar manuskrip, malunya isma nak berjumpa ustaz dan Abang-abang Inteam.. Soooo sorry, I've enjoyed writing, but since kena focus on listening the audio and watching sorts of videos, it makes my speed so so slow.. Isma ni type of person yang buat kerja sambil berdondang sayang, makanya bila kena menaip intipati daripada audio tersebut, makanya terlalu lambat la gerak kerjanya..  'Afwan  (^_^) but finally terhasil jua naskhah ini.. syukur..

Ada sedikit sentuhanku di dalam naskhah ini  :)   ~x percaya? percayalah.. kata  ct nurhaliza~

Oh ye! Tahun 2011 ini banyak juga family trip .. ye la.. masih solo, makanya dengan keluarga tercinta la masa diperuntukkan selain kerja kerja dan kerja.. Banyak sebenarnya... tapi ni je la yang mampu dikongsi buat masa ini  :)


TELUK BATIK - LUMUT






TAMAN PERTANIAN, BUKIT CAHAYA SERI ALAM - SHAH ALAM JE PUN  :)







Finally something special muncul dalam hidup saya.. Moga dipermudahkan segala perjalanan ini Ya Rabb.. ameen.. ameen.. ameen..





Selamat tinggal 2011 yang penuh warna-warni kehidupan.. Ahlan wa sahlan 2012 yang menjanjikan suria dan pelangi yang indah InsyaAllah.. 

Maka Ya Allah.. kau titipkanlah kekuatan buat kami untuk terus berjihad di atas pentas dunia fana ini.. moga di taman syurgaMu.. kami dapat menuai hasil daripada kebun yang kami usahakan di sini.. di dunia ini..................

Thursday, December 29, 2011

KARYA IM : Sebuah Pengadilan





Hidup tanpa tujuan 
bak pelayaran tanpa nakhoda
pincang
hanya mengikut dorongan angin lalu
goyah

Hidup tanpa berbudi
bagai pohon tak berbuah
indah menghias pandangan
namun tak dihargai kewujudannya
sayang

Hidup tanpa memberi
laksana pengemis menagih simpati
tak jenuh meminta pada yang ada
merayu pada yang sudi
tak kuat untuk bangkit sendiri
membanting keringat
mengerah diri
bagai menanti bulan tak jatuh jua

Hidup perlu pada sebuah haluan
biar terkadang tersasar
namun tekad hati membulatkan azam
biar dicantas masa dan ketika
jitu
terus maju

Hidup perlu berjasa
walau tak segah mana
walau tak sebesar mana
ikhlas budinya pasti diingati semesta duniawi

Hidup jua butuh pada berkongsi
memberi tanpa henti
mengeluh hanya di hati
kerana keikhlasan yang akan dihitung kelak
di akhirat nanti

kerana sesungguhnya..
Dia yang mengadili
pasti  :)

Tuesday, December 27, 2011

KARYA IM : Setia




Lewat malam ini
seakan mengerti kedinginan yang merangkul diri

Setiap nafas yang terhembus
setiap kata yang terucap
setiap nadi yang berdetak
semuanya mengerti
fahami

Segala lara yang berhimpun
menyatu dan berpadu
sungguh
seluruh raga

Bagai pengembara meniti kembara
penuh ranjau... tetap dijalani
penuh kepedihan.. tak luntur semangat diri

Ku akui kadang lelah mengemudi
terkadang tewas pada azam
ada tika samar tujuan

Namun

Ku tetap di sini
mendaki
menelusuri lembah ini

Mungkin jalan ku pilih pincang
tersasar dan melulu adakalanya
tapi
kerana ku ada Dia, dia dan kalian semua
ku masih betah di sini
hingga saat yang pasti
setia di sini


KARYA IM : Penyeri Dunia






Walau apa jua bunga pilihanmu

Wanita
Kau tetap penyeri duniawi
perindah diri dan peribadi
maka dirimu tetap dambaan di syurgawi
nanti
moga dirimu unggul di mata insan dan Sang Pencipta

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"
ameen

Saturday, December 24, 2011

Cik Isma!


semenjak 2 menjak ni banyak merepek la kat blog
aip!

~ ayat dah x bombastik dah... dah karat dah~

KARYA IM : Tanda tanya ?





Manusia..
terlalu mudah menabur kata
menyemai benih dusta
membaja tinta bernoda
sungguh!
penuh dengan sengsara
buat si pendamba kejujuran

Manusia jua...
kadang terleka dengan nikmat dunia
ralit dibuai nada hingga terlena
enak di rajutan rindu
didodoi mimpi nan indah
ah.. sungguh
terpana kemilau yang sementara

Lalu
mana hilangnya landasan ketulusan 
mana perginya tiang keimanan
mana lenyapnya sinar ketaqwaan
dibawa bayu senja
berhembus.. parah..
membarah menjadi petualang bangsa

Hatiku tertanya-tanya..
buntu seketika

Friday, December 23, 2011

KARYA IM : (^_^)v Alhamdulillah.....



Terima kasih Ya Allah
menganugerahkan nafas yang dihela

Terima kasih Ya Allah
buat kesihatan yang dipelihara

Terima kasih Ya Allah
terus menguatkan Islam dan Iman dalam diri

Terima kasih Ya Allah
pada kasih dan cintaMu yang tak pernah padam
mahupun sirna daripada hidupku

Terima kasih Ya Allah
atas semua kurniaan rahmat dan kasih yang berpanjangan

Terima kasih Ya Allah
ku syukuri nikmatMu



~ (^_^) ~

Thursday, December 22, 2011

Ku Pilih Hatimu (Ussy feat Andhika Pratama)





ku pilih hatimu tak ada ku ragu

mencintamu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
*c
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku



janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku 
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir



setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati) 
hati ingin memilihmu (ku milikmu)

dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh



janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku 
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir



oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku 
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati 

ME :)


KARYA IM : Jiwa nan Kelam



Aku lelah
lelah kerana merintih
sendiri

Kesepian yang merenggut semuanya
kesunyian yang menghempas segalanya
apa ku terdaya lagi
menggamit segala memori
ku tak pasti

Tiada cicipan mergastua
tiada bisikan angin lalu
tiada jua indah nian senja
kelam suasana

Ku tersesat dalam pencarian
tersadung dalam penderitaan
perit
pedih

Hati hanya mampu bertutur lesu
mulut berbicara bisu
buntu

Moga sinar esok tak sirna
bagai pelangi kunjung seketika
indah dipandangan
tak mampu bertahan

Segala harapan pada esok
ku percaya takdir Nya..

Wednesday, December 21, 2011

KARYA IM : Janji Pasti




Sebaris kata memintal janji..

Janji - janji yang terpatri
bagai ikatan bersimpul mati
kusut
menyesak jiwa ini

aku bagai dilanda ribut jiwa
buntu...

jangan biar hati ini berdarah lagi
mati
itu pasti
tak betah untuk berdiri sendiri
di sini

mana jiwa
mana sukma
bersatu merawat lara
jangan biarkan gundahku terus menyeksa
sepi

itu yang pasti
janji!

Thursday, December 15, 2011

Allah pemilik hati mutlak :)



"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.


Sejujurnya ku takut untuk menghadapi ujian yang satu ini. Maka Ya Allah, Kau perteguhkanlah iman dan hati kami, hamba Mu Ya Rabb  
~mood sayu~



Ya Allah, sekiranya ini yang terbaik buatku, maka Kau berilah petunjuk Mu. Moga tenang  hati yang gundah  ini
~takut untuk berpaut pada ranting angan-angan atau impian tanpa redha Mu~

Tuesday, December 13, 2011

KARYA IM : Sekejap cuma..



Bahagia
datang bagai angin lalu
hembusan bayu yang menyamankan
damai jiwa...

Saat ia tiba
singgah dalam hidup
bak dunia sementara kekal selamanya
ingin rasa menghentikan detik masa yang berlalu
apa bisa ia berlaku?

Ku tahu
andai bahagia disentap jua
ia bukan salah siapa
bukan dia
bukan diriku
mahupun mereka

kerana bahagia itu ku terleka
kerana bahagia itu ku disuntik semangat sedunia
dan kerana bahagia itu jua adalah kiriman Yang Maha Kuasa
buat hambanya yang dicinta

sebagai ujian dunia fana
sebagai penguat di dada
sebagai pengukur aras betapa kita bisa menepis dan menangkis
yang hak mahupun batil
hanya kerana ia suatu rasa yang menenangkan sukma

kerana ia adalah....

BAHAGIA

~Syukur pada Yang Maha Kuasa, Allah hu rabbi~


Monday, December 12, 2011

KARYA IM : Jalan yang ku pilih...

Memilih
Pilihan
yang terpilih
perlu pada satu kata putus
agar yang dipilih
adalah suatu keputusan yang terpilih...

Istikharah dalam segala keadaan
ku pasrah pada ketentuanNya



[image-26.gif]


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Jiwa yang tak Matang :)

Bismillah.. dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

       Penat dan lelah telah berakhir.. walaupun preparation tidaklah sebanyak mana, tapi Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Ohh.. bukan wedding ceremony iye kawan-kawan.. Inilah hidupku. Bersama sanak saudara dan kaum kerabat tercinta. Puas rasanya dapat membantu dan menyebarkan kasih pada mereka. Kalau tahun lepas kami menyambut Ulangtahun kelahiran si abang (Zikri), tahun ini kami menyambut Ulangtahun kelahiran si adik, Putri Alysha Qaisyara, our lovely Adik Icha.

    Seperti biasa, kalau nak berkunjung ke rumah mereka ( my lovely cousinKak Yan ) saya perlu menggunakan perkhidmatan ERL . Oh, inilah yang menjadi kejealousan adik-adik ku yang tak pernah lagi menaiki keretapi dengan kelajuan yang sangat laju setakat ini yang ada di Malaysia. Sorry my dear siblings, InsyaAllah, one day I'll bring all of you okay  :)


Sila abaikan Encik yang kelihatan bz ini  :)



    Oh, lupa motif asal entry hari ini. Yes! ~Jiwa yang tak matang~ apakah ini? Hihi..  ><   Dunia saya sebenarnya penuh dengan keriangan. Why?  emm, alkisahnya, memanglah saya tak ada kakak-kakak dan abang-abang yang memungkinkan untuk ada anak-anak buah. So, selalulah menumpang kasih dengan anak-anak cousin lantaran diri ini tak kawen lagi (^^)v

    Nak dijadikan cerita tercuit dengan gelagat kanak-kanak semalam, di majlis sambutan Ulangtahun Kelahiran Adik Icha. Selalu terfikir dalam diri, apalah method terbaik untuk mendidik little caliph yang diamanahkan Allah kepada kita semua ini? Dari pengamatan saya, dari kaca mata seorang yang masih lagi berstatus single dan belum kahwin ni, selalu memerhati tingkah perbuatan dan kaedah yang digunakan ibubapa utuk mentarbiyyah anak-anak kecik ini. Kerap juga terlintas di benak, Ya Allah mampukah diri untuk menggalas semua amanah itu. "....emm, tapi kalau fikir-fikir je memang boleh mereng, tapi tu la namanya amanah, wajib digalas, dibimbing dan dijalankan dengan sehabis baik. Ia pastinya akan dipersoal di Yaumul Akhirah. Firman Allah swt dalam Surah Al-Ma'aarij ayat 26) :-


A026

Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).

         Apa yang pasti diri ini sangat terkesan dengan cara Kak Dina mendidik dan mentarbiyyah  anak-anaknya; cara mengajar mereka tentang syariat fardhu solat yang lima itu, batasan aurat dan macam-macam lagi. Allahuakbar! sekuat itukah diri ini.. Ya Allah, ku pohon kekuatan dan semangat yang telah Kau kirimkan kepada beliau ( I'm really admired her spirit ). Hihihi.. tengok tu, suka sangat melencong... direct to the point.. Silalah evaluate sendiri dialog-dialog yang telah berlaku semalam. Semua ini adalah kisah benar, moga-moga kita semua mendapat input +ve daripada entry saya kali ini. Sayang anda semua :)


Dialog 1- Scene; dalam rumah main dengan kanak-kanak


Tasya : Kak Lia ni baiklah..
Saya   : *tercengang* Ha? Kenapa cakap macam tu?
Tasya : Ye la.. Kak Lia tolong basuhkan tangan budak tu, basuhkan mulut dia... bukannya Kak Lia kenal pun, bukan sedara kita pun kan.
Saya   : SENYUM  :)

Tinta Ilya Maisara ~ oh.. mudah dan ringkas je definisi baik dalam dunia kanak-kanak kan :) so syweet


Tasya : my little cousin.


Dialog 2- Scene; nak bersiap balik Shah Alam (rumah family), bersalaman dengan sanak saudara di luar rumah

Saya   : Bye abang, Cik Ya nak balik dah. (sambil menggalas beg yang macam ada batu konkret)
Zikri   Cik Ya, tak boleh balik. Abang nak tidur dengan Cik Ya.
Saya   Alahai.. nanti Acik Ya datang lagi ye rumah abang.
Zikri   : bertukar rupa.. mood mengamuk!! (oh.. aksi ganas berlaku)

Tinta Ilya Maisara ~ kanak-kanak mudah untuk berkongsi dan mempamerkan rasa cinta mereka. Tulus dan sucinya mereka ini. p/s: Terima sms pagi-pagi tadi dari Mama Zikri ~ Zikri nangis sampai mata bengkak, sayang Acik Ya dia kata. Aduh.. ni tengok filem Hindustan @ Ombak Rindu pun tak dapat sama level keruntunan hati macam ni tau (T_T)


Zikri : Kalau tengah gelak.. so syweet, kalau nangis.. adoii..


Dialog 3- Scene; preparing breakfast with Ibu di dapur rumah - Nasi Lemak :) nyummy kan

Ibu      Ibu cakap dengan adik malam tadi, esok along kerja. Tahu apa dia cakap?
Saya   Apa dia? (dalam kepala fikir, apa lagi la budak kecik ni)
Ibu      : Tak boleh ke along tu berhenti kerja?
Saya   mood gelak... ( macam mana la Adik boleh fikir sejauh itu )
Ibu      : Adik boleh ke bagi duit belanja kat Along? terdiam la dia..

Tinta Ilya Maisara ~ hihi.. seronokkan kalau dapat duduk dalam rumah je, tak payah kerja, setiap hari main dengan kanak-kanak. Well, impian nak kerja kat Taman Asuhan/ Didikan Kanak-kanak Islam Little Caliph tidak kesampaian. Ada selautan hikmah ni.. Bina kerjaya di Lembaga Tabung Haji pun satu platform yang sangat bagus dan terbaik buat diriku....


Faris : Adikku yang sarat dengan kasih dan tak putus menghulur cintanya.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 


~wallahua'lam~





"Sesungguhnya, merekalah anugerah Allah yang mendamaikan jiwa."