Monday, November 15, 2010

KARYA IM : Erti Hidup


Lewat dinihari..
Ku tersenyum sendiri..
Mengirai-ngirai erti hidup yang berlalu pergi..
Alpa aku seketika tatkala diulit dunia
Larut dalam pesona yang punya seribu cerita
Aku terlena..

Bagai detik berhenti seketika..
Saat terjaga, aku bagai tak percaya..

Adakah sukma dan jiwa bersatu semula
Atau terpisah akhirnya..
Kerna hidup sementara cuma
Mana mungkin kekal semua
Kerna pasti ia lenyap selamanya..

Dia punya segala
Memegang jiwa dan raga kita..
Kerna Dia adalah pencipta kita..
Tuhan Yang Maha Pencipta..