Friday, November 30, 2012

30 NOVEMBER 2012

Mungkin bagi yang lain, ia seperti hari-hari biasa
namun bagiku...
inilah hari yang cuuuuuuukup bermakna
kerana pada tarikh ini, 26 tahun yang lalu..
ibu menempuh saat2 sakit melahirkan
oh ibu..... Syukur Ya Allah, aku dilahirkan oleh seorang bonda yang sarat dengan kasih sayang


euw!!
kalau lah ibu baca blog ni kan kan  ^_^

tahun ini juga, cukup manis bagiku
perubahan yang sedikit sebanyak meninggalkan impak dalam kehidupanku
In Shaa Allah
inilah jalanku, jalan kami
jalan yang dipilihNya buat kami
In Shaa Allah

terima kasih Ya Allah
kerana memilih ku buat nya
In Shaa Allah

dan jalan hidup kami baru sahaja bermula
... dan buat bakal Imamku
please tegur dan nasihatlah daku andai ada yang tak kena okaih  ^_^
hihi..


Sayang semua!

Cukup sekadar ucapan dan doa, diri amat menghargai semuanya. In Shaa Allah :)



Wednesday, November 28, 2012

Dia... dan Dia..


A028




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.


*******

Maka benarlah firman Allah tersebut.
Bilakala hati dirundung duka dan hiba, mungkin terasa semua mata memandang penuh nista
Mungkin juga simpati yang dilempar, namun panah silauan sindiran yang bermukim di hati

Apa diturut bisikan hati yang adakalanya bertuankan Syaitan
Jangan pernah membiar hati hitam berbarah hingga memunahkan segala harapan
Andai memegang janji, jangan dipegang janji manusia selamanya
Yakin tanpa bersandarkan doa pada Nya

Allah itu sahajalah Tuhan kita
tempat kita menyembah, bermohon dan mengadu segala pinta harap
dalam suka mahupun duka

Adulah padaNya
Pintalah padaNya
Hanya Dialah selayaknya...

Tuesday, November 27, 2012

Rindu

... rindu rasanya nak menelaah buku
nak study
kalut-kalut pergi library
cari materials, references dan articles


...rindu akan suasana kampus UIA yang mendamaikan jiwa
walau kadang tertewas dengan kesibukan diri
yang suka menyebokkan diri dengan bermacam-macam aktiviti di luar kelas


...rindu pada aktiviti di hujung minggu
yang kadang melekakan hati
bercanda bersama-sama teman di taman
sambil menghirup udara siang dan petang tatkala beriadhah
itu pun bila mood riadhah singgah
ataupun tatkala terasa badan lemah, dan lesu


...rindu akan program di luar kampus di hujung minggu
meneladani, mengetuai dan menjadi fasi
sungguh indah tatkala hidup berbakti pada pertiwi
membantu sekadar termampu


..rindu sungguh pada alam kampus
yang ku kira sarat dengan pahit manis kehidupan
indahnya saat memeterai ukhwah persahabatan


serasa sangat rindu kawan-kawan, yang tika ini berjaya membina hidup masing-masing, bersama keluarga tersayang......dan daku... masih merindui mereka... semua.....

Sunday, November 25, 2012

Kami tiba di situ (Episod 5)

Alhamdulillah..
finally semalam selesai satu bab

Syukur yang tak terhingga
Sujud syukur seusai solat Maghrib tanda limpahan kesyukuran pada Yang Maha Pengasih

Hilang dan berterbangan pergi
semua rasa takut, gementar dan curiga
dan datang menyinggah pula
semua rasa kuat, yakin dan bahagia
moga sahaja Allah meredhai kami dan perjalanan kami yang seterusnya
In Shaa Allah..

































Saturday, November 24, 2012

Selangkah menuju ke situ... (Episod 4)

Assalamualaikum wbt deary diary hati..

Ececeh, start dah mengada-ngadanya.. Hihi..
InsyaAllah masanya akan tiba..
Maka Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekaliannya..
Ameen

Thursday, November 22, 2012

Selangkah menuju ke sana.. (Episod 3)

Assalamualaikum wbt,

dear diary..
ececeh.. mula dah ^_^


sempat ber'wasup' dengan junior volunteer MERCY Malaysia sebentar tadi
selain ucapan tahniah, satu ayat yang paling terkesan dari dia, yang ku kira buat hati ku tergelak...

" Emm, saya dah agak dah. Muka akak ala2 x available giteww.. ".

opss.. sangat kelakar. Lalu sempat balas balik ayat dia;

"Kenapa, muka ala2 x nampak orang lain kn?".

pantas je jawapannya; "YA!"



.... tergelak... ok la tu.. takkan la nak main2 mata dan layan2 cinta masa Volunteer work kan :)
well, lain orang, lain la caranya.. dan In Shaa Allah, moga sahaja Allah menjaga hati-hati kami daripada sebrang godaan, ujian dan rintangan dalam hidup di masa hadapan.


*********

Preparation?

In Shaa Allah.. masih dalam progress. Lagi pula, majlis kecil-kecilan, belum lagi nikah dan walimah kan?  Buat sehabis baik dan seringkas mungkin.Yang penting baraqah daripada Allah subhanahu wa taala yang amat-amat kami dambakan. Ameen  ^_^


Rasanya, peringkat yang paling sukar adalah persiapan mental, emosi dan juga tanggungjawab dan batasan yang perlu di jaga di sisi Allah dan agama.. Itu yang paling paling penting! In Shaa Allah..



*******


Duhai Encik bakal Imamku;

Dengan rasa rendah hati, ku berdoa agar ikatan yang bakal dibina ini, In Shaa Allah sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh Ar Rahman Ar Raheem..

Ingatkanlah andai diri ini terlupa
Tegurlah andai diri ini terleka
Didiklah andai diri ini alpa
Kerana diri ini bukanlah yang terbaik... In Shaa Allah akan mencuba dan tersu mencuba jadi yang lebih lebih baik... Doakan ye.. Ameen..


Menghitung hari... Khamis.. Jumaat.. Sabtu!!!   ^_^


*******


Allahumma sahla illa ma ja'altahu sahla.... Permudahkanlah urusan kami Ya Allah...

Tuesday, November 20, 2012

Selangkah menuju ke sana.. (Episod 2)

Di saat Gaza masih lagi bergegar dengan ujian yang ku kira tak bisa ku jalani, seisi keluargaku sibuk membuat persiapan menuju hari itu. Kadang-kadang terasa juga bersalah, namun apa yang pasti, doaku sentiasa bermain di bibir ini.

Entah mengapa, musibah yang menghujani Palestin kali ini sangat terkesan di dalam hati ini. SANGAT SANGAT!!!

Mungkin penangan FB yang sentiasa menghidangkan 'update' yang sangat 'fresh' dari masa ke masa membuatkan emosi diri ini sentiasa dalam mode bergelora. Bau McD kala ini sangat memualkan, bukan lagi pilihan santapan mulut, perut mahupun hidung, sangat meloyakan....

Ya Allah, maka Kau bantulah mereka di sana, hanya dengan belasMu sahaja mereka dapat menjalani semua yang telah kau rencanakan ini Ya Rahman, Ya Raheem..


************

Serasa tak sedar, masa sangat pantas berlalu, menghitung hari ke situ?

Bila ditanya kepadaku, apa perasaanku tika ini?
Pelbagai rasa terjalin..

Rasa takut; takut akan cabaran, ujian dan dugaan yang akan muncul selepas ini
Rasa seronok; seronok kerana melangkah ke satu lagi peringkat hidup
Rasa bahagia; insyaAllah kerana bahagia itu pinjaman Dia, makanya perlu sentiasa waspada..

Moga sahaja kami sentiasa dalam 'pandangan' Allah..
Ya Allah, Kau pegang erat hati-hati kami Ya Allah
Moga sahaja kami ini tergolong dalam golongan hambaMu yang sentaisa bersyukur...

Ameen....

Monday, November 19, 2012

Selangkah menuju ke sana.. (Ep 1)

Ya Allah,
Kau sahaja Yang Maha Mengetahui
Betapa rasa syukurku ini tak pernah berbelah bahagi
Rasa kasihku padaMu
Rasa cintaku padaMu
sungguh.. dalam cinta, ada cinta

Terrrrrrrrrr..lalu banyak ingin dicurah
tapi tak tertumpah
dan terrrrr..lalu banyak rasa ingin dicitra
tapi tak terkisah

Ah...
Sungguh nikmat Allah itu beriringan ujian dan Rahmat
kadang tak sedar,kadang terleka, kadang terpesona
dengan nikmat dunia yang sementara

Kan ku cuba untuk istiqamah bersyukur
In Shaa Allah
syukur nikmatMu Ya Allah..













LAPORAN EPISOD 1

Friday, November 16, 2012

Count Down 1

Salam Maal Hijrah 1434 H

Ya Allah cepatnya masa berlalu
tak terasa kita dah berada di tahun Baru Islam sudah kini
dan tidak lama lagi Tahun Baru Masihi pula

Apalah amalan yang telah pun kita lakukan?
Apa pula bakti yang telah kita taburkan?
Dan apakah segala amal Ibadah kita 'dipandang' dan dihitung DIA?
Wallahu'alam

Apa yang pasti, terus maju ke hadapan
Cuba untuk menjadi yang leeeeeeeeeeeebih baik dan baik baik lagi
InsyaAallah buat diri saya dan anda semua...

Tahun baru
Semangat baru
Azam baru
Dan mungkin juga melangkah ke alam baru?
wah!!  (suka la tu ye korang semua...  ^_^  )


InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..

Mudah-mudahan segala urusan dan perancangan berjalan dengan sebaiknya
Wamakaru, wamakarallah.. wallahu khairul makirin (kalau silap, mohon ditegur)



"Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya, hidup dan matiku hanya untukMu,
Maka Ya Allah, seandainya, ini adalah yang terbaik buatMu, RasulMu, agamaMu, diriku, dirinya dan sekaliannya, maka Kau redhailah ikatan yang bakal ditautkan ini..

Ameen Ya Raabbal 'Alamin...



TINTA ~ 8 Hari Sebelum............

Monday, November 12, 2012

Langkah 1

Dear Miss Diary..

hihi.. diary la sangat iye..
hari ini saya sangat blur
saya sangat...
sangat sangat la..

semua rasa bercampur baur
suka, takut, risau, bahagia
semua sekali ada
tapi semuanya di tingkat terATAS

tiba-tiba rasa nak demam
walhal, TAKNAK pun demam tu kn kn..
sila la jauh-jauh ye semua penyakit

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
yang sentiasa menjaga kami
kala susah dan senang
maka Kau jangan lepaskan kami walau sedetik cuma

Maka kuatlah wahai diri..

Selangkah melangkah
dan masih banyak lagi langkah yang perlu dilangkah
diatur dan dirancang
dan sebaik-baik perancangan adalah rancangan Yang Maha Merancang..


psss... Robbi Yassir Wala Tu'assir.. Ameen..(ameenkan ye semua.. insyaAllah)

Aku tersesat menuju hatimu...

.....
InsyaAllah..
ada jalannya.............

Sunday, November 11, 2012

My... Mine... Yours

ahaa..

enty yang tak tahu hujung pangkalnya...

Assalamualaikum wbt semua..
Moga semuanya sentiasa dalam redha, rahmat dan baraqah Yang Maha Esa

sebarkan rasa cinta
rasa kasih
rasa sayang buat semua

moga kita semua dikelilinga rasa cinta, kasih dan sayang itu semua
kerana kita akan menerima apa sahaja yang kita berikan

kita pallitkan yang buruk, kotor dan teruk
maka ganjaran yang sama mungkin kita akan terima
maka jauhi semua keburukan itu

hidup adalah untuk MEMBERI.. yang terbaik! yang seikhlasnya..
insyaAllah..

Moga Dia sentiasa bersama kita semua..
insyaAllah..


p/s: saya rasa macam nak berterbangan.. dan kenapa semua asyik tegur bila saya senyum2.. walhal saya memang suka senyum sorang2.. hihi  ^_^


senyum seindah suria.. jangan mendungkan mood pagi-pagi ok

Friday, November 9, 2012

JALAN KAMI

"Ya Allah Ya Tuhan Kami..

seandainya ini adalah jalan yang terbaik untukMu, agamaMU, untuk ku, untuk kami dan juga untuk semua.. maka Kau dorong dan pandukanlah hati-hati kami ini..

Kau mudahkanlah segala jalan ke sana..

Kau bimbinglah kami sebaiknya..

Kau peganglah hati kami seutuhnya..

Moga sahaja kami sentiasa dalam redha, baraqah dan rahmatMu..

Ameen.. Ya Rabbana.. Ya Rabbal 'Alamin.. Ya Rabbul 'Izzati..

Ameen..."

Monday, November 5, 2012

Argh!!! Malu....

wahai lah diri.. 
napa la hang pi buat malu lagu tu
awat la aih..

seriau dah ni

xtau la mana nak letak muka ni

adeh....

sekian...


p/s: Nurliyana.. saya memalukan diri sendiri ek.. sekian..

Menghitung Hari

Salam wbt...

Salam kebahagiaan buat semua.
Mungkin di hujung-hujung tahun ni, ramai yang menghitung hari menuju hari-hari bahagia
Ya iyalah, musim adam dan hawa memeterai ikatan suci, insyaAllah..

dan saya pun begitu..
oh begitu?
ya.. begitu kerana saya sedang menghitung hari-hari bahagia..

SERIOUS?

ya...
menghitung..
hari...
kepulangan ayahanda dan bonda pulang daripada Tanah Suci..

(x_x)   ......... (=_=) ..........  awat? jangan la marah...
betul la..
bahagia kan... menanti kepulangan insan-insan tersayang yang lama dirindui

Apa taknya...
lama tak chit chat dengan ibu
lama tak kena marah dengan ayah
lama tak dengar ibu bebel
lama tak mengada2 dengan ayah
lama tak ngempel dengan ibu (sila buka Oxford Dictionary... pun kompem anda x jumpa.. jumpalah pakar bahasa Jawa ok)
lama tak kopakkan duit ayah

oh.. lama sungguh rupanya....
Rindu serindunya...best plak..
rasa nak nyanyi nyanyi..

p/s: lagu apa ye?

Friday, November 2, 2012

Sabar

Penantian itu akan berakhir juga
syukur Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati
moga saja semuanya selamat.. insyaAllah..

Ibu.. Ayah..
Along, Angah, Akak, Abang dan Adik sentiasa menanti kalian

Miss both of you soooooooooooooooooo much
Hugs n Kisses to Ibu dan Ayah dalam doa..


^_^


suka.. suka juga
gementar pun gementar juga
takut pun takut juga

apa yang menanti selepas itu?
wallahu'alam

Kita merancang, Allah Maha Merancang
dan sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Merancang itu sendiri

wallahua'alam
salam penuh takzim dalam kedinginan petang hari...

SEJUK!!!!