Monday, July 29, 2013

RASA INI

Sinis pandangan mereka
seakan menyampai berita
tanpa sebutir suara

Mahu apa mereka?
merenggut semua yang ada
yang aku punya
merampas segenap bahagia
yang aku rasa

Punya apa diriku?
mengemis secupak cinta
mengharap belas semua

Tak betah merangkul duka sentiasa
hatiku bukan milikku
dan mungkin bukan miliknya jua

Mereka bisa tertawa
berkata apa semahunya
aku hanya menongkah mimpi
mimpi tanpa secalit realiti

Sampai bila mampu bertahan?
begini?
episod dukaku menjelma lagi
dan lagi...

Tak mampu sembunyi duka
hanya wajah penuh pura-pura
itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa

 Maafi diri
diri yang selalu sahaja larut dalam rasa
selalu berendam luka
dan selalu sahaja kecewa

Moga esok bila terjaga dari lena
aku mampu mengukir senyum
dengan raut paling manis sedunia
itu harapan hari ini

Dan moga sahaja hati bisa mengerti
yang realiti tak mungkin seperti mimpi
hamparan berlian tak mungkin menghiasi
kala diri menjalani duniawi
sebelum bertemu Yang Maha Hakiki
pasti!

:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::

MIMPI

Kala disapa cinta
terbungkam aku tanpa sebutir kata
bisu seribu bahasa

Terasa lemas penuh tanda tanya
apa bisa hati terima?
atau sekadar lihat dan tunggu sahaja?
menanti tanpa putus asa

Dia hadir bersama cinta
atau sekadar mimpi sahaja
mengharap yang tak kunjung tiba?

::  karya sekitar bulan April kot.. entah.. hehehe ::

ANUGERAH

Sungguh
rasa ini mungkin yang terindah kala ini
mungkin yang terdamai kala ini
dan mungkin juga yang terhebat kala ini

Kata syukur dan puji
hanya padaMu
anugerah yang tak terjangkau
anugerah yang tak ternilai
anugerah daripadaMu

Rasa bahagia yang membalut
hilang pergi segala gundah
terawat sudah segala lara
dan tercipta sudah episod indah
dengan hadirnya sebuah anugerah

Aku cuma mengharap
yang datang ini bukanlah pelangi indah
indah seketika
pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula

:: RnR Rawang ::
08 Mei 2013 - 9.35 am

Friday, July 26, 2013

SAKIT

Mata
mengapa sukar untuk memadam bayang
apa yang terpandang...
sakit

Minda
mengapa sulit menghapus memori
apa yang pernah terlintas...
kusut

Hati
terlalu gusar menidakkan rasa
apa yang menapak di jiwa...
perit
 
Maaf
mata ini tak mampu berbohong
minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang
hati ini terlalu takut untuk jatuh hati
terlalu payah untuk mengusir pergi

Maaf
sekali hati tersakiti
terlalu payah untuk dibaiki
dan selamanya ianya di sini
sampai mati
pasti!

Hanya kekuatan Yang Maha Kuat
kesabaran Yang Maha Sabar
dan ketenangan Yang Maha Tenang
terpinjam sejenak
buat diri kuat bertapak di sini
hingga jasad dan roh ini dijemput pergi

dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti
aku tak pasti

kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti
walaupun tidak pada realiti
atau nampak di mata hakiki
keranan yang luka adalah 
di hati ini
pasti

maafi diri
terlalu larut dalam emosi
dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi



:: takpastibilaakanpulihkembali ::
Tadika Kasih Khalifah
(17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)

 

Sunday, July 21, 2013

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt semua :)

Allahu Allah..
Ramadhan kareem

Alhamdulillah.. sudah masuk 12 Ramadhan hari ini
jadi... macam mana sambutan Ramadhan kalian semua?

Alhamdulillah
tahun ini Ramadhan IM penuh warna warni
syukur..
segalanya serba baru

kenapa?

tahun ini 1st time serba serbi

1) 1 st time Ramadhan dengan title ISTERI seorang SUAMI
(^_^)

2) 1st time Ramadhan sebagai seorang TEACHER
(",)

3) 1st time Ramadhan yang most of the time jadi Imam Tarawikh sebab Tarawikh di Tadika bersama Teachers... hihi

oh ye... IM tak sempat nak transfer gambar, so, yang nak tengok dunia baru IM boleh la

ini FB IM

moga Ramadhan yang barakah ye semua...

Tuesday, July 2, 2013

INNER NECK LAGI

Assalamualaikum wbt,

jom semua
KLIK SINI atau SINI

promo untuk Ramadhan dan Syawal

HIJRAH

Assalamualaikum wbt,

moga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt...

Wah!!! macam tak percaya
akhirnya IM dapat juga pos entry ni
Allahu akbar!

hihi... kenapa ek?
mesti semua pelik iye..

Alhamdulillah.. IM dah berhijrah
IM dah bertukar ke tempat baru
suasana baru
teman baru
persekitaran yang baru
serba serbi baru
Allahu Allah
^_^

syukur atas segala nikmat Allah
insyaAllah nanti IM akan kongsikan serba sedikit penghijrahan IM yang berwarna baru

wah! gitu!

Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah

Tinta IM : Maaf, IM tak dapat nak kongsikan gambar. IM xde kamera atau hp yang boleh snap gambar Little Caliphates semua ni... hihi  ^_^

ATASI KESULITAN YANG DIHADAPI DENGAN DOA



Sumber : www.darussyifa'.org

Monday, July 1, 2013

SAIYIDUL ISTIGHFAR



Sumber : www.darussyifa'.org


(^_^)V  hari ini IM mulakan tugasan baru di tempat baru dalam suasana baru dan serba serbi baru. Mohon doa semua ya... InsyaAllah