Thursday, June 28, 2012

Hari.. Kari.. Mari.. Sudah Dibeli Semua..

Alhamdulillah..
jualan selesai
licin semua..
syukur ^_^

bak kata akak sedara saya Kak Yan tu
magnet duit ni
ahaha

syukur..

by the way..

sebenarnya..

kalau Kak Yan baca post ni
memang sah sah kena marah

sebab..

saya jual, harga modal..

jadi..

TIADA KEUNTUNGAN !!!

tapi saya puas hati
sebab semuanya habis terjual

tak kisah pun, hopefully semua puas hati la hendaknya..




p/s : x pandai sangat meniaga, sebab kesian kat orang.. hihihihihihi  (gelak la.. gelak la.. gelak la..)

Hari.. Kari.. Mari... Beli..

Assalamualaikum wbt..

lama dah tak berceloteh kat sini kan  ^_^
oh ye... 
hari ini dalam sejarah dunia

terpaksa.. dan dipaksa... dan akhirnya rela...
ahahha

apakah?

ceritanya bermula begini...

Allah...Allah.. Allah...Allah..  alunan nada dering - Qad Kafani bergema

Kak Yan : Lia... Lia... Kak Yan nak minta tolong ni..
Me: iye... nape nye? (patuh je)

Kak Yan : Kak Yan ada order kuih kat Kak Yan (sorang lagi nama sama.. hihi)
Me : jadi?

Kak Yan : Kak Yan x sempat nak p ambil.. so, Lia p la amik dan buat la pape y patut ye, makan ke.. jual ke.. pape je la ye..
Me :  ha????  oooo.. ok ok..


Selepas ambil frozen karipap pada Kak Yan yang lagi satu, maka bermulalah operasi jualan saya.. 
ohoho...
^_^


"Frozen karipap.. siapa nak beli?"
ahahha.. aksi yang sangat kelakar dalam opis yang tak patut diulang tayang

Siap bagi e-mail lagi kat staff :)
ihihi

kompem, langsung tak berkaliber la berjualan ni

~ THIS IS NOT MY FIELD @ SPECIALTY ~

by the way, hampir ingat-ingat lupa je..
masa sekolah rendah dulu ada je experience berjualan ni
siap naik basikal dengan ayah....

Kerepek!
Kerepek!
Kerepek Ubi Masin! Pedas! Manis!
Kerepek!
Kerepek!

how sweet masa itu.. siap2 packing dalam plastik..
ayah kayuh basikal.. dan saya duduk di belakang..
serious... kalau suruh buat sekarang tak tahu la.. 


MALU kot!!!

Wednesday, June 27, 2012

Dia dan dia

aku ada Dia
tapi aku selau menanti dia

aku ada Dia
tapi aku selalu mengharap dia

aku ada Dia
tapi hatiku selalu ragu pada dia

aku ada Dia
tapi tak pernah puas dengan dia

aku ada Dia
tapi hatiku gundah dan ragu akan dia

adakah dia tercipta oleh Dia untukku?
adakah dia bukan untukku?

aku ralat dengan rasa ini
aku rimas dengan hati ini
aku sesak dengan riindu ini

pulihlah hati dan nubari
kerana aku ada Dia dan mungkin juga dia..

Friday, June 22, 2012

Perkongsiaan ^_^ ''Ustaz Don''

Assalamualaikum wbt sahabah sekalian  :)

ayuh... bersambung semula perkongsian semalam ye.. tapi.. hari ni saya letakkan point dan ringkasan sahaja iye. x pe kan..  ^^

UD kongsikan sedikit;

"Demi Allah, tiada seorang pun layak ke syurga, kecuali yang berIMAN dan tidak berIMAN kecuali yang berkasih-sayang".

Tanda-tanda akhir zaman adalah, SALAM hanya diungkapkan dan dilafazkan kepada orang yang dikenali.

:: nak kongsi sikit la, waktu sekolah menengah dulu, para mua'lim dah terapkan nilai yang unggul dalam diri ini, especially, tentang salam ni.
Dulu, lidah dan mulut ini tak pernah la alpa dan lepas untuk beri salam semasa dalam kawasan sekolah. Tapi, ia tidak cuma di kawasan sekolah, malah berterusan, sampai kat shopping complex pun masih tak malu pun sebarkan salam.. TAPI SEKARANG????  

~astaghfirullah al azim, Ya Allah keampunanMu jua yang ku harapkan~
(T_T)

jom-jom sambung semula perkongsian ilmu bersama UD..

ok.. saya nak buka semula cerita semalam balik iye.. minta izin ye ^^

SOALAN: Adakah beza nilaian bagi ibadah orang yang tahu amalan itu adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan yang tahu amalan itu adalah Perkara Yang Baik ?

JAWAPAN (perkongsian daripada UD) : Orang yang tahu suatu amalan itu adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, maka dia akan lakukannya dengan kehadiran rasa cinta terhadap Rasulullah s.a.w

Wallahua'lam.. rasanya tentang nilaian itu, biarlah Allah swt sahaja yang tentukan. Apa yang saya faham daripada percambahan ilmu UD itu, bila kita lakukan amalan itu dengan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w makanya, ibadah itu pastinya.. akan terbit keikhlasan dan penghayatan yang mendalam... x gitu :)

Analoginya, bila kita tahu yang masakan kita akan dimakan oleh orang yang paaaaaaaaaaling kita sayang, confirm confirm la kita akan masak dengan penuh teliti, seni kulinari terjaga, siap doa2 pengasih lagi.. (^_^)v betul kan!



Rasanya cukup sampai sini dulu ye perkongsian ini, moga baraqah la hendaknya, dengan izin Allah swt jua...


:::: Doakan keselamatan saya dan sahabat sepanjang permusafiran di negeri Serambi Kaabah bermula esok... negeri mana tu? KELANTAN DARUL NAIM.. InsyaAllah, moga redhaNya mengiringi kami semua.. 



Hamdallah 'ala kulli hal... Salam syaaban.. moga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang semakin menyeru2 kita.. rindu sungguh bulan pernuh kemuliaan itu  ^^

Thursday, June 21, 2012

Fenomena UD pula lepas UAI ^^

..biasanya.. hanya mampu bertentang mata dalam TV AlHijrah jer... tapi pagi ni LIVE di Tabung Haji.. sungguhlah..

kebiasaannya, kalau ada ceramah atau kuliah kat Tabung Haji, bukan senang warga TH nak memenuhkan barisan hadapan kerusi di dalam dewan besar TH. Tapi kali ini, SUBHANALLAH... sungguhlah aura beliau meresap ke semua warga TH.. macam fenomena UAI... suka la saya.. sebab benda2 baik ni, eloklah dikembang biakkan.. ye tak..

Well.. Ustaz oh Ustaz.. ralit memerhati warga TH yang lain memenuhkan barisan hadapan.. uhuhu.. sebenarnya saya pun duduk barisan hadapan.. ihihi.. nak RESAP SEGALA ILMU pak ustaz la..  ^^  (alasan la tu!)

start je Ustaz masuk.. pergh!!! semua terdiam, tak kelip mata..  (=_=)'
betul ke Ustaz dah depan mata ni.. tahu apa ustaz cakap.. "Ibu, ayah, saudar-saudari yang dirahmati Allah swt, percayalah, bahawa sayalah Ustaz Don"..

ecewah! poyo ek ustaz! I like :)
ustaz mesti nampak muka2 warga TH macam tak berkedip, tak percaya Ustaz depan mata.. ^^
ya lor... selalu dalam TV je kot Ustaz..

ok..ok...ok.. 
apa kupasan ustaz hari ini?
tajuk yang Hal Ehwal Islam TH bagi memang sangat bosan, CONFIRM BOSAN! kenapa saya berani2 cakap macam tu? sebabnya, TH asyik panggil panel luar bagi kuliah tajuk ini juga, diulang2 buat yang keberapa kalinya entahlah.. 

tapi serious!!!! 

Ustaz memang terbaik, Alhamdulillah, kerana kecerdasan mindanya hasil didikan ayah bondanya dan OF COURSE la anugerah Allah swt, Ustaz dapat kupas sehabis baik tajuk ini. SERIOUSLY.. its awesome... SUBHANALLAH.. 

~kupasan yang hebat untuk tajuk yang sangat la BOSAN -> Kerja Itu Ibadah (sebab dah berulang kali TH buat tajuk ni untuk kuliah.. apa la Isma oiii.. benda baik pun x suka.. ngeh ngeh.. ampun Ya Rabbana...

Oh.. ya..
banyak sungguh yang terkesan dalam nubari ini..
tapi yang paling saya dan kawan2 terkesan sungguh2 adalah nasihat yang diberikan oleh seorang Habib (afwan, lupa nama penuh Habib tersebut) kepada Ustaz Don.. ~ bukan nak mengagung2kan UD iye, tapi MasyaAllah, rendahnya hati seorang mua'lim, bukannya mendongak dan sombong dengan ketinggian ilmu.. makin tinggi ilmu, makin tunduk diri..


ohhh..afwan..  =_=
nasihatnya iye?

Sebelum tidur niatkan dalam hati 70 perkara baik moga2 dapat beramal dengannya apabila terjaga esok harinya..

wah???  70?? banyakkan?
sebenarnya.. kalau dihitung betul2 tidaklah banyak..
Misal yang UD bagi : Niat nak bangun awal pagi, nak amik wudhu' betul2, solat sunat Tahajjud, b4 solat Subuh nak iqamat, solat jemaah, nak baca quran, nak pakai sejadah elok2........... dan banyak lagi lah.. senang kan..
Allah swt tu kan Maha Adil..


Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:110)



Wallahi.. sungguh terasa mudah dan ringannya dalam beribadah kan ^^

ha... jangan salah faham.. saya bukan meringan-ringankan ibadah tersebut, beza tu! bila kita rasa ibadah itu ringan dan mudah, maka rasa semangat lebih2 lagi untuk istiqamah dalam beribadah mengikut Sunnah baginda Rasulullah s.a.w... 

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:112)

Oh.. dan lagi.. 
saya masih ingat lagi.. bila sesi soal jawab dibuka, bilamana seorang nisa' bertanya kepada UD.. ->

adakah beza nilaian bagi ibadah seseorang yang TAHU BAHAWA ITU ADALAH SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W dengan orang yang TAHU ITU ADALAH PERKARA BAIK?

UD memanglah zuhud (again.. afwan semua) UD selalu peringat.. dia tak nak beri pendapat dia yang tak seberapa.. dia akan kongsi pandangan2 daripada Alim Ulama' dan Nas2 serta Hadith2 Sahih sahaja  =_=



:: akan bersambung esok.. afwan iye sahabah sekalian.. mata dah layu..  z_z
lailah saidah...



Wednesday, June 20, 2012

Dari Kekasih Buat Kekasih


Allahuakbar!


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada         
        Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha 
        Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:1) 


Buat sahabatku yang sentiasa ku titipkan namamu dalam doa dan sujudku..
Sungguh memang Alalh sedang mengujimu dan keluargamu..kerana yang pasti, Dia Maha Mengetahui betapa kalian MAMPU dan sangat kuat dalam menghadapi ujian yang satu ini..

Sabarlah sahabatku yang ku sayang atas nama Ukhuwwah fillah abadan abada..

InsyaAllah.. ada jalan yang terbaik terbentang di hadapanmu dan keluargamu.. Sungguh, terasa tak layak untuk menitip nasihat atau kata apapun buatmu dan keluargamu..  Yang daku mampu hanya mendoakan kalian sungguh2, walaupun hanya membaca e-mail ini sahaja, terasa berat sungguh tanggunganmu..

Maaf.. kita jauh.. kalau dekat, memang serasanya kita pasti duduk bersama, berendam air mata bersama.. sungguh kalau boleh transfer bebananmu itu, ingin sekali ku pikul seluruhnya, agar ringan sedikit jiwamu itu.. 

Terkadang Allah menguji hambaNya sebagai tanda murka atas segala kealpaan dalam menyoroti dunia, ada masanya Dia mengujihambaNya sebagai pengukur aras, sama ada hambaNya sentiasa bersedia menggalas segala ujian, tanda Dia sentiasa memerhati kita. dan ada juga ketika, Dia menguji kita dengan sehebatnya untuk mengangkat lagi level keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Kuasa...Yakin pada ketentuanNya dengan sungguh sungguh ye sayang  :)



Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-'Ankabuut 29:3 



Ujian ini! Bila ia akan berlalu? Bila 
Mungkin keperitan itu akan menerbitkan sejuta persoalan di dalam kantung aqal dan jiwamu sahabatku..Sungguh diriku jua tak mampu untuk memberikan jawapan pada setiap persoalanmu.. Yang nyata, Dia sentiasa mengingatkan kita dalam QalamNya yang agung:-

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; 
       kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah 
       ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan 
       kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan 
       pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan 
       tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
 
(Az-Zumar 39:49) 

Dari apa yang mampu kuhadamkan daripada e-mailmu, sungguh Dia sedang menjagamu dengan sebaiknya. Dia lindungimu agar terus-terusan dirimu tetap anak solehah pada mama dan abah... Mungkin jika Dia tidak menghirauakanmu, Dia mungkin akan membolak-balikkan hatimu, lantas segala nista dan kata2 y tak sepatutnya terpacul daripada lidahmu yang memang diberi kelancaran, tapi, sungguh-sungguh Dia menghalang itu semua daripada berlaku. Allah ar-rahman ar-raheem..

Tenanglah jiwamu wahai sahabat tersayangku;

Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat 
         tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang 
         terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan 
         iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit  
         dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha  
         Bijaksana.
(Al-Fat-h 48:4) 

Beralih pula kisah 'akhi mu' itu.. sungguh diriku sedikit kekaburan.. sebenarnya, segala jawapan ada padamu sayang.. kembali kepada ingatan yang sering dirimu ulang padaku bilamana diriku rasa jatuh tak tertanggung dalam kisah cinta duniawi ini, ISTIKHARAH... sungguh.. itu yang mujarab.. tak habis dengan itu, solat sunat TAUBAH.. 

terkadang segala jawapan kita hanya bergantungan di arasy, dan dengan solat sunat TAUBAH itu, mohon agar hijabnya terbuka dan terlerai segala belenggu.. Jika memang dialah jodohmu yang tercatat di Luh Mahfuz, maka berbahagialah sahabatku, namun kiranya yang dirancang adalah yang selainnya, maka bahagiamu akan berlimpat kali ganda.. kerana dirimu mendahulukan mama dalam segala hal.

Jika diriku di tempatmu, MUNGKIN akan ku tangguhkan dahulu.. sungguh akan kusut jika memikirkan semua ini. Tambahan pula, sungguh aku tahu, betapa dirimu ingin benar agar mama tenang dan kembali seperti mama yang kalian sayangi, yang menjadi tempat berpaut kala susah dan senang hatimu.. NAMUN, berat rasanya untuk mengotakan segalanya.. sungguh ku akui.. semua ini hanya mampu jadi tulisan, dan mungkin sukar untuk dirimu ikut.. YA.. sulit sungguh..=_=

Apa yang pasti, ikutlah gerak hatimu dan turutilah segala pesan mamamu yang paling dirimu sayang.. Kuatkan jiwamu..


Dan ingatlah.. Allah sentiasa bersamamu...  diriku dan has pasti tetap denganmu.. yakin pada janjiNya... istighfar sebanyak-banyaknya.. doa jangan putus-putus.. sebelum berkata-kata, berbasmallah dalam tiap tuturmu, agar ia tidak hanya menjadi sekadar kata-kata, insyaAllah akan meluncur bagai senjata yang Allah kirimkan bersama para Malaikat penjaga arasy dan bumi hendaknya..

InsyaAllah.. Rabbi yassir wala tu'assir.. 


wallahu'alam... moga dirimu kuat dan terus kuat sayangku...


Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi 
        taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) 
        berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana 
        sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin 
        (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada 
        dalam petunjuk hidayah.
(Al-A'raaf 7:30) 


=_=    Tinta hati buat yang paaaaaaaaaaling disayangi dunia akhirat..

Tuesday, June 19, 2012

Palitan Dosa

.. malam ini..
cuba untuk bertenang, setenang, tenangnya..
tapi asyik saja memikirkan masa depan yang tak pasti ini

terlalu aku  lemah
mengimbau segala palitan dosa
tapi.... masa depan terus meyakinkan aku
betapa hidup harus diteruskan
walaupun pautannya hanya pada reruntuhan harapan


harus aku kuat
menangkis segala kekejaman diri pada diri sendiri
batinku harus kuat
sekuat kuatnya
tabah setabah tabahnya

hari depan yang penuh pengharapan
moga terus aku setia di sini
menanti suatu yang tak pasti
menagih janji yang satu itu
sungguh cintaku padaMu Ya Rabb....

Monday, June 18, 2012

MASHAF QURAN WANITA :)












Hanya RM40 senaskhah..
berminat?
sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang.. lebih bermakna ni  ^^

Saturday, June 16, 2012

TUNGGU

lelah
sudah keletihan menjadi penunggu  yang setia
maka izinkan daku pergi
dan menjadi insan yang ditunggu..

menduga keikhlasanmu
yang satu
selamat tinggal cinta dunia

aku menuju kepada cinta abadi
cinta hakiki
cinta Ilahi, akhirat dan mati

selamat tinggal semua
izinkan ku pergi
simpan semua memori

Friday, June 15, 2012

Mungkin Ada Benarnya

..sungguh.. hampir ditimbuni dengan angan-angan dan harapan yang membuatkan diri semakin lemah.. Lupa akan kehadiran sebuah kenyataan. Dengan mudah menolak segala realiti yang terbentang di depan mata, hanya kerana ianya tidak seperti yang diimpi..

mengapa selalu membiar emosi membungkam segala  rahsia Allah
bukalah mata dan hati seluasnya
nikmatilah, segala yang Allah anugerahkan kepadamu
sambil menyulam segala kesyukuran dan rasa kehambaan kepadaNya Yang Maha Satu

tidak pernahkah serik pada kesilapan lalu
bangunlah jiwa
jangan pernah mengalah sebelum berjuang
jangan pernah jatuh sebelum mendaki
jangan pernah tersadung sebelum mengharung
jangan pernah serik sebelum memungut teladan

sungguh..
sering saja hati tak tertahan
fikrah ku tak seutuh mana
iman ku tak seteguh mana
taqwa ku tak setinggi mana
namun ku harung jua..

walau seberat mana.. pasti akan ku pikul
selagi Kau izinkan...

wahai insan bernama diri
jangan benarkan dirimu terluka lagi
dek kealpaan dan kebodohan sendiri
...
jangan biarkan selumbar menusuk hati
takut ianya tak mungkin sembuh kembali
...
jangan relakan dosa itu terbit kembali
hanya kerana tergoda dengan duniawi

Kuatlah wahai insan bernama diri
jangan benarkan memori itu membayangi masa depan
jangan izinkan kisah duka terus menyelimuti masa indah
peganglah pada janji Nya.. bukan janji manusia semata
mungkin ada benarnya..


Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Al-Baqarah 2:103)




Wednesday, June 13, 2012

Teka Teki

.... memang saya tak suka.. FULLSTOP..

saya suka kan surprise.. but not this kind of TEKA-TEKI.. sangatlah tak suka dan tak layan   =_=
so.. sejak dari sekolah lagi, kalau orang soal teka-teki ni, memang la sangat malasnya nak fikirkan jawapan.. ye la.. penat-penat fikir pastu bila jawab salah, oh ia sangatlah MENGECEWAKAN..

memang la den tak berkenan iye..

nak dijadikan cerita.. bila dah besar ni, barulah menyedari bahawasanya hidup kita ini penuh dengan TEKA-TEKI.. yes.. itulah realiti yang terbina dengan sebuah harapan dan kadang-kadang dibayangi bayang-bayang dan diselimuti angan-angan..

ooo.. sebuah kehidupan yang CACA MARBA  ^^


Tuesday, June 12, 2012

saya insan cengeng

saya insan cengeng
saya insan cewek
saya memang begini

bila sakit saya nangis
bila sunyi saya nangis
bila sedih saya nangis

oh.. itu memang habit saya

seorang insan cengeng

***
sekian

Monday, June 11, 2012

BERDOA

Sangat membutuh kan doa
ya... doa
doa agar diutus kekuatan
doa agar terus dianugerah kesabaran
doa agar dipinjamkan keistiqmahan dalam diri
doa agar diberi petunjuk dalam hidup kedua-duanya dunia
doa untuk keamanan Islam

moga mekar dan bercambahnya benih mujahadah dalam diri
moga saja diri ini mampu untuk berjuang
bukan menjadi petualang
dan bukan jua penyumbang..
kepada keruntuhan dunia
bukan jua untuk menghancurkan ceria

moga darah mujahidah terus mengalir dalam diri ini
abadan abada uhibbullah   :)

LAYAR HIDUP 2

     Terlalu indah perjalanan hidup ini...
Dilatari pelbagai warna, yang kadang menceriakan, kadang menyuramkan, kadang mengaburkan pandangan dan kadang menyesakkan... 


     Namun apa yang pasti, hidup harus berjuang untuk terus maju ke hadapan, bukannya menyesali dan meratapi masa silam. Lantaran hiba mengenang kesedihan masa lalu, manusia kadang lupa untuk menguatkan jiwa, aqal dan semangat juang. 


     Walaupun ketidakperluan pada sebuah perjuangan (jihad) di medan perang, namun jangan sesekali kita alpa, misi kita di dunia sebagai Khalifah Allah, yang berjuang terus-terusan mengibarkan panji da'wah dan menyebarkan syiar Islami..
Ya!!! Mungkin kita bukanlah sebaik mana untuk berda'wah seperti Mua'lim, Ulama' dan seumpamanya, tapi WAJIB untuk kita melaksanakan amanah yang satu ini.
Kuatlah wahai hati.. untuk terus istiqamah dalam jalan Allah  :)




Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(A-li'Imraan 3:142)




     Dan syukur pada Nya, masih lagi hati ini kuat bertahan. Kadang-kadang bisikan dan hasutan syaitan itu kuat menggoda. Mana taknya! Ada pasang surut iman di jiwa ini.




A200

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.






     Saya akui, memang saya bukanlah budak yang sangat baik, tapi selalu ingatkan diri untuk terus jadi baik, baik dan lebih baik. InsyaAllah.. Oh ya, inilah sambungan daripada PART 1 dulu. Sangat lama kan.. tak apa.. yang pasti ada kesinambungannya...


     Yes! Saya memang tak suka bila kena masuk asrama... Bak kata ibu, "Setiap hari Rabu je mesti call, suruh datang ambil, nak balik rumah". Ahahaha!! Silalah gelakkan saya. Ya! itulah saya yang dulu. Saya yang cengeng, mudah terasa dan emosi (masih seperti ini, tapi dah kuat sikit la).


     Saya bersahabat dengan pelbagai jenis manusia, apa yang pasti, diri ini masih jitu dan kuat prinsip hidup membuatkan saya mampu bertahan di dalam lautan karenah manusia yang pelbagai. Saya bersahabat dengan kawan-kawan yang solehah (rajin menasihati, baik budi, menegur yang mana khilaf) syukur Ya Rabb. Tapi saya tak mungkin prejudis terhadap kepelbagaian manusia. 


Pelikkah saya ???


  ~ saya sangat tegas dan garang (orang selalu gelak dengan statement saya yang satu ini)
  ~ hidup saya tiada istilah couple (sebab ajaran Rasulullah tak tersenarai pun kn kn)
  ~ say no to wayang!!! (insyaAllah masih lagi bertahan)
  ~ dan macam2 lagi...


     Saya bersyukur, kawan-kawan saya sangat memahami. Bila keluar dengan saya, if nak ke wayang, mereka akan make sure ada MPH atau mana-mana tempat yang sesuai untuk saya spend time semasa mereka menonton. Sayang korang!!! Yes!


     Ya! Saya memang mudah mesra dengan sesiapa pun. Tapi AWAS!!! Saya sangat sangat sangat takut dan tak pandai bersahabat dengan kaum Adam. Saya perlukan time adjustment untuk bersahabat dengan berlainan jantina. Maaf! Walaupun saya tak sebaik mana, tapi saya cuba dan terus cuba untuk menjaga diri.


     Masih lagi saya ingat, memori indah semasa mengikuti Program Cuti Sekolah, sebelum memasuki Form 3. Di situlah titik tolak perubahan saya, daripada seorang gadis yang pendiam kepada seorang yang berani, tegas dan ramah. YES! Saya perlukan perubahan dalam hidup. Saya tekad! Buat pertama kalinya, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, lokasi program tersebut adalah di sebuah pusat tahfiz persendirian (swasta) memberikan 'angin' yang baru buat diriku. Entah kenapa pada saat itu saya sangat tekad untuk mengubah diri.. Mungkin bosan dengan perangai lama, nak berubah angin kot. Hihi.. Syukur, dalam tak percaya, anugerah peserta terbaik (perempuan) berjaya saya ungguli..  :)  Sebab apa ye? Wallahua'alam... mungkin kerana saya amat prihatin keadaan sekeliling, dengan gelagat kawan-kawan sebaya dan juga keletah adik-adik sekolah rendah, kami seronok dan bahagia sebulan di situ.


     Seusai pelajaran di bangku sekolah, meneruskan lagi misi pembelajaran. Mungkin kerana sedih yang teramat kerana tidak mendapat tawaran Matrikulasi Kerajaan, saya sangat down  :( Namun, Allah itu Maha Mengetahui, terlalu baik segala perancanganNya. 


   Di tempat baru, udara baru, suasana baru.. membangkitkan lagi semangat jiwa... ingin melebarkan lagi sayap.. bukan nak gebang, cuma nak mecuba nasib.. mungkin di sini, nasib ku berubah.. oh mentaliti yang salah sungguh, kalau tak usaha, masakan kejayaan itu akan diraih dengan mudah. Maka, berkat ketekunan ku di sini, bersama sahabat-sahabat utusan Allah, aku cuba mengemudi diri (maaf, bermula catatan ini, mungkin kata ganti nama berubah, maaf ya).


   Aku tak minta banyak.. Aku tak harap banyak.. tapi aku terus cuba banyak-banyak.. YA! mencuba untuk lebih berusaha, mencuba untuk terus bangkit dari kejatuhan di bangku sekolah, cuba untuk mentaksir kemampuan diri ini. YA! Dan di Pusat Matrikulasi UIA PJ ini ku temui segala-galanya (ya... mungkin segala-galanya bagi diriku tika itu). Aku punya sahabat tersayang Husna Hassan Basri.. yang tak pernah serik menyokong dan seiring ke mercu jaya. Walau kadang lelah mengejar mereka yang maju ke hadapan, ku kuatkan jua langkah kaki untuk berlari. 
  


*** usai di siini *** 


isnin
...
isnin
...
isnin
...
isnin
...
isnin
...


(Z_Z)    (+_+)    (=_=)   (^_^) 

Sunday, June 10, 2012

Menuju jalan Nya

banyak sangat impiannya..
yang diimpi tapi tak tercapai-capai
asyik menggapai-gapai
selalu melambai-lambai
tapi tak sampai-sampai


KECEWA?

Oh...tidak sama sekali


**************


Semakin hari semakin banyak yang aku pelajari
Setiap hari pasti ada sahaja yang buat aku sedari
Sedetik demi detik banyak yang aku cuba baiki


**************


nak kongsi sedikit ceritera diri..
kisah ku dan diariku yang bakal ku semadikan di laut mati
ecewah
tidak la sejauh itu
tidak mahu la mengabdi diri
menyiksa batin sendiri
dengan kisah lama diri


**************


sungguh kekecewaan itulah bara pembakar semangat untuk terus BERDIRI


**************


ohoho ^^
nak cerita cita-cita yang masih lagi tak tercapai
masih terkapai-kapai..

SERIUS!!!  --->  kelakar..


**************

saya bercita-cita, lepas study nak KAWIN
ihihi.. super gatal!

YES!
macam mana la nak kawin? calon pun tak ada..
hihi..
sangat berharap Sang Imam turun dari kayangan
iye la.. nak berkawan tak pandai..


SEBAB?
Ilmu tak cukup
Iman tak kuat
Amal tak banyak
Tidak mampu rasanya... nak melawan dan menghindar hasutan sang durjana.. SYAITAN laknatullah


*************


so.. set la ... aim nak kawin 24 tahun..
pastu tak jadi...
set tarikh baru... how nice!  11.11.11... nak nikah kononnya.. ambil baraqah Jumaat..
pun x jadi..

ISH...LAWAK iye...

macam-macam la kamu ni..


**************


Sekarang baru saya faham...

Allah itukan Maha Mengetahui segala yang terselindung...

~~~~ Dia bagi saya masa untuk hijrah..
~~~Dia sangat sayangkan saya..
~~Dia anugerahkan saya kawan-kawan yang hebat...
~Dia utuskan saya sahabat-sahabat yang selalu mengingat kepada Nya..


SAYA SAYANG ALLAH SANGAT SANGAT SANGAT..


Alhamdulillah fi kulli hal  ^^


Friday, June 8, 2012

KARYA IM : MAAF

tiada yang bisa mengawal minda
tika hati bermuram durja
maaf
ruang dan masa jua ku pinta

andai masa diundur
ku pinta kekuatan dipinjam jua
agar bait kata itu terucap jua

moga saja aku kuat menapak
tidak mengulang dosa semalam
maaf

lepas kan aku untuk berlalu dulu......