Saturday, December 10, 2011

LAYAR HIDUP 1



Terimbau kisah zaman sekolah, saat-saat yang manis, menyemai ukhwah, melakar kisah suka, duka, pahit dan manis.. semuanya teradun menjadi satu rasa :)   ~MEMORI~

Ya Ma'hada 'Ala Mani
Wa Bil Huda Jammalani
Halaitani Min Sighori
Bi Kulli Khulqin Hasani...


Oh..... rindunya teman-teman.. suasana sekolah.. lagi-lagi asrama (bukan ASMARA ok =) sila baca betul-betul.. hihi)   ~RINDU~

Bermula perjalanan alam remajaku di SMKA Maahad Hamidiah.. Bukanlah jalan yang ku pilih dengan rela hati sebenarnya.. hihi  (-_-)v   Ayahanda yang terlalu excited .. sebagai anak sulung, ku relakan dan redha segala pilihan (opss.. lebih berupa ARAHAN sebenarnya) yang ditentukan orang tuaku.. Oh ayah! tak berani la along nak berkata apa, apatah lagi membantah.. hihi.. 

Pada awalnya terlalu sedih untuk meninggalkan bandaraya Shah Alam tercinta.. ye la.. 6 tahun  berada di bangku sekolah rendah yang hanya memakan masa beberapa minit ke sekolah.. Sempat juga diriku bersekolah menengah di Sek Men harian di Shah Alam.. tup tap tup tap, ayahanda ada planning tersendiri.. Ayah!! tak nak! tak nak!  ( huhu.. hanya mampu berteriak di dalam hati)  ~KECIWA~

Lama juga masa yang di ambil untuk menyesuaikan diri di asrama.. Memang manja habis la diriku ini (malu nak buat pengakuan) Every weekend saya mesti nak balik rumah.. YES! Every Week :)  Kenapa? Tak percaya? Macam-macam alasan diberikan kat warden, asalkan dapat lepas daripada 'penjara'...  ~CIWEK (Mengada2) ~

Pernah sekali tu kena  denda, sebab balik every week, but luckily Allah tu kan Maha Mengetahui, hati saya yang penuh dengan emosi yang melampau-lampau ni.. lalu dipendekkan cerita, denda pun tak jadi denda.. WHY? Sebab..minggu tu kena balik juga sebab ada checkup dengan tuan doktor.. Selamatlah kau Isma oi.. tak payah gotong-royong..  ~SELAMAT~


Ha... ni la sekolah yang menjadi kerinduan.. tempat berhimpun anak-anak bangsa yang penuh semangat menimba ilmu.. tapi terlalu banyak kisah di sebalik itu semua.. kisah geng budak nakal.. ponteng sekolah.. lawan KP (pengawas).. datang lambat sekolah... fly dari asrama.. hohoho... dan diriku tidak terkecuali dari itu semua.. kenapa? tak percaya?
oh! ~PERCAYALAH~  

Kerana saya bukanlah puteri (gelaran pelajar perempuan di sekolah waktu itu) yang ayu-ayu gitu. Walaupun kecik (masa sekolah dulu la.. sekarang dah tak kecik mana pun) dan tak banyak cakap, but still saya tak melepaskan peluang menikmati alam kenakalan bersama kawan-kawan tercinta Ina,JedaEnunEjunNazMiza dan yang lain-lain.. oh..terlalu ramai..dan.. baru tersedar yang kawan-kawanku; Haizun dah berstatus isteri buat si suaminya dan Miza pula dah bergelar ummi si manis Safiyyah.. Bakal mengikut jejak langkah dalam masa terdekat Nab.. kemudian Nazlina.. oh.. sudah berlalu zaman-zaman yang penuh dengan pencarian identiti. ~TERSEDAR~


~Radin, Miza & Baby Safiyyah, cik blogger, Haizun, Elly, Intan, Jeda~



* Akan bersambung pengembaraan yang lebih indah:-

- Masuk asrama bersyarat
- Bala fly - sesat jalan
- Kawad yang haru biru
- Malam Srikandi