Wednesday, February 18, 2015

AZRA : Solid Food ^^ - PART 2

Excited pun ada...
Nervous pun ada...

************************

Jadinya kenalah study banyak2 pasal solid food for baby kan
:)

************************

tanx pada mommies yang rajin kongsikan ilmu serba sedikit tentang penyediaan makanan bayi
so.. apa lagi, meh saya pula kongsikan sedikit hasil yang saya dapat
saya sertakan link2 nya di sini..
so.. senanglah nanti kita kita nak semak semula ye


insyaAllah...
manfaat bersama ye dok?

 kat sini Mommy Annur ada kongsikan penyediaan puri buah2an seperti pear, pisang, epal, lobak pun ada

kat sini pula Mummy Zahra ada kongsikan step by step penyediaan puri dan cara penyimpanannya

dan yang ini pula adalah website yang kongsikan cara penyediaan puri untuk bayi yang berusia 6-8 bulan

****************************

 tengah train Azra dok diam dalam seater ni  ^^

Friday, February 13, 2015

CINTA RASULULLAH & SAIDATINA KHADIJAH =)

...di manakah baginda Nabi s.a.w berjumpa dan bercinta dengan Saidatina Siti Khadijah???

wah... gitu soalan penonton Tanyalah Ustazah TV9 hari ini..
Khadijah, wanita yang hebat menilai Baginda Nabi s.a.w
beliau 'merisik' nilai peribadi baginda
mengintai dari ekor mata sendiri
menghantar pembantunya untuk memerhatikan akhlaq nabi semasa berdagang

Allahhuakbar!
HARUS hukumnya meminang lelaki yang mempunyai akhlaq baik

hihihi..
atpi sekarang ni
kalau perigi cari timba memang selalu dipandang jelek kan kan
kalau dah adat melebihi syariat
begitulah jadinya..


****************** 

Ummi Azra jumpa Ayah Azra kat mana?

hihihihi..



kita ramai cousin
so.. bila cousin kawen sibuk la masing2 book nak jadikan pengapit
nilah 1 st time kami jumpa

lepas dah siap makan beradab, fuh!
hilang terus pengapit lelaki
dalam hati.. pergh!! sombongnya mamat ni
takde tegur apa2 pun ek

yela.. selalu kan ada je nak diusik dengan pengapit lelaki
tapi selalunya memang boo layanlah kan
apa taknya.. Ummi Azra ni spesis garang
hikhik
sekali jumpa spesis pelik macam ayah Azra ni lenmaciam la rasanya

haha..
anyway.. tu semua memori terindah latu..
kan kan...

bulan 5 nanti dah nak masuk 2 tahun dah..
syukur..
moga cinta kami sampai syurga Allah
ameen


Monday, February 9, 2015

AZRA : Solid Food ^^ - PART 1


budak manis
budak manis
hai budak manis

pandang tak jemu
pandang tak jemu
hai budak manis
pandang tak jemu

^_^ 


next week, 19 haribulan Azra genap 6 Bulan
so.. insyaAllah Ummi Azra nak dapat sijil
DIPLOMA PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF

ohmai!
seronoknya Ya Allah
dan ummi sedikit nervous nak mulakan solid food untuk Azra
nak mencari kurma ni pun satu hal la pula
kat Tesco takde
emm..nak kena serbu Mahnaz juga la ye..
baiklah anakanda
demimu nak  :)

Wednesday, February 4, 2015

BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)

Assalamualaikum wbt,
hi semua..
hai hai...
lama x update ye..

alkebizian wal kemalasan
haha..

*********************

okaih..
misi kali ini nak buat biskut bayi
oh no! no! no!
bukan untuk Azra..
well, memang Azra bulan ni genap 6 bulan

tapi 6 bulan disarankan untuk mulakan dengan pengenalan rasa
aah merasa dulu
rasa2 buah dan sayur dulu
insyaAllah dah siap dah jadual pemakanannya
tinggal nak dilaksanakan sahaja

i'm so excited bebeh ^^


**********************


oh ya.. ni nak buat biskut untuk anak bestfriend ummi Azra
aah.. bestfriend since baby lagi tau..
 so.. sampai ke anak2 kenalah bespren juga
gitu  ^^
nilah Azra dan kakak Izzatinya

v
v
v
v


ok.. kita tak buat lagi biskutnya..
baru kumpulkan resepi2 yang ada..
so.. apa lagi..
meh kita kongsi salah satunya..
kita olah sikit ye dari resepi asal..
sebab NO sugar, NO salt 

ringkas je bahan dan caranya
:)

Resepi Biskut Bayi 

200 gram Tepung Atta
200 gram Unsalted Butter
150 gram Oat (kisarkan)

- campurkan semua bahan2
- uli dan terap dengan acuan kegemaran
-bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit (sehingga masak)

**adunan akan mengembang sedikit**


*********************

Sedikit info berkaitan Tepung Atta
sebelum ada anak ni
kita tak pernahlah kenal nama ni
rupanya.. Tepung Atta ni tepung gandum tulen

tepung gandum tulen?
habis tu selama ni tak tulen ke acane?
haha..

selalunya tepung warna putih kan?
so.. Tepung Atta ni gandum yang TIDAK MENJALANI PROSES PELUNTURAN
kiranya bahasa omputih UNBLEACHED FLOUR
paham dok? 
kome kan paham bahasa omputih lebih dari bahasa ibunda
hihi
jangan marah beb!

info lain pasal tepung KLIK SINI


ni la tepung Atta yang kita beli
tak sabar nak bereksperimen main masak2 ni


**************

oh ye.. sejak kawen ni
ayah Azra ni ghopenya suka cari barang yang organik/asli
so memang kat rumah dah mula guna tepung yang pelik2..
haha..

macam tepung intasir kat bawah ni
atau
paling tidak pun tepung Faiza..

sebab kalau rajin pi cari barang kat Az Zain Shah Alam
semua produk Halal

barang dapur macam rempah2 pun guna Faiza..
terjamin sikit kan
insyaAllah 

^^




ps : kalau dah buat nanti iolz upload ye.. bye2..