Tuesday, February 19, 2013

TAKUT JARUM VS DERMA DARAH

Assalamualaikum wbt,
Salam ukhwah bagi follower baru yang sudi jengah dan follow IM iye
oh iye IM tu singkatan Ilya Maisara la   ^_^

Hari ini, 19.02.2013 hari Selasa
ok, tarikh yang cukup bermakna?
kenapa iye?
part ini kemudian akan IM kongsikan

Hari ini juga, hari yang IM sangat tunggu-tunggu
saban tahun, bulan Februari juga la yang IM nantikan

KENAPA???

sebabnya... bulan Februari sahaja Pusat Darah Negara datang ke bangunan Lembaga Tabung Haji
iye... buat apa lagi?
sedut darah la
hihi  ^_^

yup, sejak dapat green light daripada ibu masa di kampus UIA,
memang inilah aktiviti IM suka
bukan apa, dulu pernah jadi anak derhaka
disebabkan kondisi badan yang tidak berapa mengizinkan, kerap kali juga IM curi-curi pergi derma darah, TANPA KEIZINAN IBU
tahu apa jadi?

tak cukup itulah, inilah, low bp la.. macam-macam la
siap sekali tu, layak derma, lepas derma pitam
euw!

bila IM balik rumah cerita dengan ibu IM, memanglah kena ceramah panjang
haha! konon baik hati sangat la tu nak berbakti
MORAL OF THE STORY, bila dapat IZIN IBU baru boleh proceed everything
memang sangat mengajar IM

oh ye, ada sahabat yang nak tahu rasa/pengalaman lepas derma darah?
yang dah tahu silalah share juga dengan IM dan yang lain iye


OH SAKITNYER!!!

hehe..
tipu je lebih.. sebenarnya tidaklah sakit mana seperti yang digambarkan tau
ditambah pula, IM memang suka tengok doktor/jururawat buat kerja
means, bila nurse cucuk jarum IM tolong cucukkan jarum sendiri (haha.. tipu!)
tapi IM memang suka tengok pegawai perubatan buat kerja

so, bila mereka cakap, sakit sikit iye bila jarum dicucuk, IM akan cakap OK!
sambil tengok part mana, banyak mana kulit yang kene cucuk, urat mana..
SERAM ke????

hehe.. aksi seram iye?
no lah! tapi memang ada rasa sakit sikit la iye sahabat sekalian, tapi tak kuat mana pun

seriously, kalau nak lawan rasa sakit ni, mesti IM imagine, insyaAllah, wanita bersalin lagi sakit kot!
hihi... habis tu nanti kalau time bersalin nak mind set apa la pula ek?





GOLONGAN DARAH

Jom ambil tahu serba sedikit tentang darah.. ayuh!

Pemilik Darah AB+ adalah PENERIMA UNIVERSAL
Bermakna beliau boleh menerima SEMUA KUMPULAN DARAH

Pemilik Darah AB- pula hanya boleh menerima darah daripada golongan berikut


Pemilik Darah A+
Pemilik Darah A-
Pemilik Darah O+
Pemilik Darah O-





KOMPONEN dan KEGUNAAN DARAH

Setelah menjalani proses pendermaan darah, darah-darah tersebut akan diekstrak, mengikut kegunaannya nanti

bagaimana?

terdapat 5 pecahan komponen darah mengikut kegunaannya
IM senaraikan Komponen tersebut
dan kalian baca la kegunaannya pada setiap gambar di bawah ye

IM pun baru je explore
Allahuakbar!
ciptaan Allah
dalam setitis darah pun ada bermacam-macam fungsinya

ayuh ketahui bersama-sama IM


KOMPONEN DARAH

1)  Sel Darah Merah
2) Plasma
3) Platelet
4) Cryoprecipitate (mende apa la ni)
5) Cryosupernatant (tergeliat lidah nak sebut)










wallahu'alam

sumber : website rasmi PDN (KLIK SINI)


Tinta IM : Anda akan rasa syukur bila nikmat kesihatan ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain yang memerlukan, insyaAllah  ^_^