Friday, February 15, 2013

Wanita - Isteri




Assalamualaikum wbt,


Ini adalah 'scheduled entry' ^_^


macam-macam IM nak kongsi ilmu dengan kalian semua


Wallahi... dalam usaha memperbaiki diri


yang paling penting adalah ILMU!




Ilmu boleh diperoleh daripada pelbagai cara


dan 'blog walking' misalnya adalah medium yang bagus juga kan


jadi hari ini IM nak kongsi dengan kalian


wallahu'alam






2 merpati sejoli yang IM suka sangat
nama pun lebih kurang jer.. hihi ^_^ 




4 jenis watak isteri yang digambarkan dalam Al-Quran 




1) Jenis ideal isteri Musa.


Walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:


Salah seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”


Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.



2) Jenis isteri Abu Lahab

Iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:


“Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar”


Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.


Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.


Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.


Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api – iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.



3) Isteri baik dalam genggaman suami yang jahat.


Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.


Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai “imraatu Firaun” atau perempuan Firaun sahaja.


Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.


Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.

4) Watak perempuan Nuh dan Lut.


Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:


“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);”masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)”


Isteri Lut kononnya bernama Wa’ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.


Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.





6 Wanita - JANGAN dikahwini (T_T)



Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu:
yang Ananah
yang Mananah
dan yang Hananah
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah
yang Baraqah
yang Syadaqah


1) Wanita Ananah
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


2) Wanita Mananah
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


3) Wanita Hananah
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4) Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


5) Wanita Baraqah
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


6) Wanita Syadaqah
banyak cakap tidak menentu lagi bising.




Wallahu'alam


Tinta IM : Kalian juga boleh baca lebih lanjut dalam buku 'Berbahagialah Wahai Wanita'. 


Alhamdulillah, inilah buku pertama yang ada 'sentuhan' IM sebagai tukang ekstrak intipati buku ini. 


Alhamdulillah, seronok dapat peluang keemasan daripada Inteam Publication  ^_^



No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...