Thursday, January 31, 2013

PUYU SEJENIS IKAN

Poyo la hang ni makcik gedik
benda kecik pun nak merajuk
hempuk kang!

hihi  ^_^

sorry, penggunaan bahasa yang salah dan agak kasar
sekian

martabatkan bahasa kebangsaan
:)
sayang semua!!!!

Sunday, January 27, 2013

KARYA IM : UJIAN

Baru diuji sedikit.. kau dah mengeluh
Baru diuji sedikit... kau dah mengaduh
Baru diuji sedikit.. kau dah mengalah

Mana hilang semangat?
Mana hilang tekad?
Mana hilang kuasa jihad?

Kau tahu kau ada Dia
Kau tahu kau pegang janji-janjiNya
Kau tahu kau dalam pandanganNya

Sedarlah, dunia sementara cuma
Asal ciptaan kita berakhir di sana juga

Iman dan amal haruslah senada
Usah layu sebelum masanya

Semangat!

Thursday, January 24, 2013

FELT CRAFT

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian,

Salam Maulidur Rasul  ^_^
Semua sayang x kekasih Allah
Baginda saaaaaaaaaaayang kita semua
Bila orang sayang kita, kita kena la sayang orang tu kan kan

*************************

Alhamdulillah, malam ni IM just nak share gambar-gambar
hasil kerja untuk hari ni
Alhamdulillah ok la untuk permulaan kan  :)

Selamat menjamu mata


**************************






Ini adalah kraf felt yang IM sedang usahakan
so sayang-sayang sekalian, jika berminat boleh roger-roger iye
sementara tak busy ni  :)

Tinta IM : Sebarang tempahan, pertanyaan amat dialu-alukan.. InsyaAllah IM akan membantu  ^_^

K-Fiqh - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Assalamualaikum wbt, 

hi kawan-kawan ^_^
eh, sejak bila bertukar panggilan ni?
hihi.. saja tukar angin kan kan..

Baiklah... untuk entry kali ini, IM kongsikan dengan bangganya... mempersembahkan...

v
v
v
v
v
v

Pembentangan 1 
Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
         (Dr Zaharuddin Abd Rahman)


Dalam sesi pembentangan ini, Ustaz-Urusetia ada sediakan kertas kerja (handout). Tapi, IM akan kongsikan ringkasan serta pemahaman IM. Dalam erti kata lain, siapa-siapa yang ada hadiri K-Fiqh ni, bolehlah tambah mana yang kurang atau betulkan mana yang salah iye ^_^


1) WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

~ kedatangan Islam dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara ADIL serta melindungi kedudukannya sebagai...

Hadith yang bermaksud : Aku mencintai dunia kamu pada WANGIANNYA, WANITA dan dijadikan ketenanganku di dalam SOLAT.

~ Kalian boleh agak tak? kenapa 3 aspek tersebut yang Rasulullah highlightkan ?

i) wangi-wangian : Rasulullah menyenangi wangi-wangian, dan Islam juga mengajar agar umatnya menjaga kebersihan kan kan :)

ii) wanita : wanita adalah termasuk dalam aspek keduniaan. Mengapa Rasulullah stresskan tentang wanita dalam hadith ini.

Well known kan, yang zaman Jahiliyyah dulu, martabat wanita macam mana? Wanita umpama barang dagangan, sesiapa yang memiliki anak perempuan akan segera dibunuh, penindasan ke atas kaum wanita, sehingga wanita dijadikan barang dagangan. Allah! 

Mulianya..

Bila mana datangnya Islam, dikirim bersama Rasulullah tercinta, diangkat martabat wanita selayaknya. Alhamdulillah.. berbanggalah wanita wanita Muslim sekalian.

Anda diberi nikmat Islam dan Iman, bukan hanya sekadar nama dan tertera pada MyKad dengan gahnya kalian menghina Islam dengan perwatakan dan kehidupan yang membelakangi Islam.. Nauzubillah, moga hidayah Allah akan tersemat di hati-hati kalian. IM doakan selalu.

iii) solat : Adakah anda sedar, tempat yang paling dekat antara kita-Allah adalah semasa solat (sujud). Makanya, apda keadaan bersolatlah jiwa-jiwa kita akan menjadi tenang.

TAK PERCAYA?

IM nak minta, jika ada antara kalian yang serabut, stress, tension, atau ada rasa gundah, cuba kalian berwudhuk dan kerjakanlah solat sunat Taubat atau mana-mana solat sunat (pastikan Solat Fardhu tidak dilupakan). 

Confirm! kalau tak, there's something wrong.. jeng jeng jeng

Kalian akan kecapi rasa tenang, setenang, tenangnya..
InsyaAllah  :)


2) WANITA ZAMAN JAHILIYYAH MODEN

1) Diperkuda TANPA AKAD YANG SAH  (T_T)
-belum bernikah, tapi hubungan kalah suami/isteri. Astaghfirullah al azim

2) Diperalat untuk laris brang dagangan / perniagaan
- jadi model, jual tayar pun guna wanita dengan aksi yang bZzzzzz..(~_~)

3) Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard LELAKI
- nak majukan diri TAK SALAH! tapi yang salah bila kemajuan diri seiring dengan KEMUNDURAN JATI DIRI seorang MUSLIMAH.
- Contoh : nak mudah pergerakan kononnya buka tudung (Aurat)

4) Kecantikan diri untuk tatapan SEMUA
- teknologi; via fb, Instagram malah blog sekali (wadah yang sering diguna pakai)

5) Feminist TIDAK BERTEMPAT

6) Hamba kepada FESYEN dan KECANTIKAN luaran
- cantik luaran sahaja yang TERJAGA, hati, akhlaq dan aqal terbiar.. dan tidak seiring  (=_=)

7) Fahaman "MESTI BERKERJA/DUIT SENDIRI; SENANG KALU PERLU BERCERAI"
- Nauzubillah! tapi ini adalah REALITI yang selalu sahaja berlegar di minda wanita (sila jangan nak berdalih, sebab IM pun sama... Alhamdulillah, K-Fiqh dah betulkan mind setting IM)

8) Keluarga menjadi priority kedua selepas KERJAYA
- Wanita yang solehah, akan meletakkan SEPARUH HATINYA di rumah, wlaupun saat dia berkerja DI LUAR.


3) ISLAM MENJELAS ANTARA YANG HAK DAN BATHIL

Sebaik-baik kecantikan di dunia adalah WANITA SOLEHAH

Hadith Nabi Muhammad s.a.w maksudnya: Kami bersama Rasulullah dalam sebahagian perjalanannya, maka berkatalah sebahagian sahabatnya : Diturunkan padamu EMAS dan PERAK, boelhkah diajarkan kami manakah HARTA YANG LEBIH BAIK DIAMBIL?
Baginda lantas menjawab: LISAN yang BERZIKIR, HATI yang BERSYUKUR dan ISTERI MUKMINAH yang MEMBANTU KEIMANAN (termasuk anak-anak dan keluarga)

Maka jelaslah di sini, wanita di sisi Islam adalah diangkat darjatnya dan selayaknya. Alhamdulillah.. seronok kan... Tapi, janganlah lupa! TOLONGLAH sayang-sayang sekalian..

Jangan sesekali meremehkan ajaran Islam yang mudah. Kalau tak tahu, BELAJAR, TANYA DAN FAHAMKAN. 

Ketahuilah, setiap langkah, usaha dan tekadmu menuju Dia, pasti ganjaran yang BESAR menanti di 'sana' nanti... InsyaAllah


4) SOLEHAH MENDAMAI DUNIA MELALUI...

1) DIRI

- Wanita yang BAIK, akan tetap cuba untuk terus menjadi LEBIH BAIK

- Sedar diri TIDAK SEMPURNA, maka sentiasa mebiasakan diri untuk BERTAUBAT & MUHASABAH DIRI

-Mendahulukan pandangan berdasarkan NAS dan AQAL.. bukan EMOSI 
SEMATA-MATA (ok... bab ini memang teramatlah susah bagi insan bergelar wanita.. kan kan.. IM pun sama je.. InsyaAllah berusaha!!!)

- Emosi boleh membuat wanita berDOSA kerana gagalnya mengawal emosi

- Pentingkan KUALITI IMAN dan AURAT berbanding KECANTIKAN LUARAN shj

- Redha dan Sabar dengan cabaran kehidupan sebagai Muslimah

Tinta IM : Hijab bukan PENJARA, tapi hijab adalah PENJAGA.
                
                 EGO adalah KEKUATAN LELAKI, 
                 dan EMOSI adalah KEKUATAN WANITA


2) SUAMI

- Hak suami lebih BESAR, kerana hak ALLAH ada pada keredhaan SUAMI
(hopefully, bakal Imam IM, redhailah IM sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat ye.. applicable bila dah sah nikahnya)     (^_^)

- Wujudkan tumpuan waktu untuk memahami MINAT dan KESUKAAN SUAMI (ohoho.. apa ye? Ya Allah, janganlah yang sukar-sukar iye.. hihi)

- Menutup AIB SUAMI dari kerabat, rakan dan awam (KEWAJIPAN seorang isteri ni)

- Tidak mengorek KESALAHAN SUAMI, malah mendoakannya sentiasa

- Belajar macam mana / cara TERBAIK untuk menegur segala kesalahan SUAMI

- Memaafkan

Tinta IM : Jangan jadikan KELEMAHAN/KEKURANGAN di dunia sebagai PENGHALANG untuk bahagia di akhirat ye sayang-sayang sekalian.


3) ANAK-ANAK

- Anak-anak haruslah lebih DIUTAMAKAN daripada KERJAYA, PANGKAT dan HARTA

- Mendidik anak dengan PERANCANGAN dan bukan dengan PLAN SPONTAN 
(-_-)''

- Kasih sayang serta Akhlaq terpuji adalah model ikutan buat anak-anak


4) KEJIRANAN

- Dikenali oleh jiran tetangga sebagai PEWUJUD AKTIVITI MAHMUDAH 

- SENTIASA menjaga batas pergaulan dan AURAT antara jiran lelaki, anak dan suami mereka

- Isu yang paaaaaaaaling hangat bila berada di kawasan kejiranan kan kan


5) KERJAYA / TEMPAT KERJA

- Berkerja DENGAN IZIN SUAMI

- Menjaga aurat dan batas pergaulan semasa di luar rumah

- Gaji adalah WANG TAMBAHAN (kurangkan bebanan suami) bukan DINIAT SEBAGAI PROTECTION jika diceraikan

- Kemuliaan wanita bukan pada kerjaya dan pangkatnya, tapi JASA DAN BUDINYA pada keluarganya


6) MASYARAKAT

- Selagi boleh menyumbang bakti pada masyarakat menerusi ilmu dan kemahiran yanga da, maka boleh disalurkan



TINTA IM : Sangat terkesan dengan statement - Berkerja bukan untuk protection jika BERCERAI.

FINE! mungkin masih ada lagi yang tak berapa nak setuju iye (ragu-ragu). Natijahnya, jika kita dah set awal-awal yang negatif, maka aura-aura negatif PASTI akan mengiringi hari-hari kita

OK! IM berkeyakinan, InsyaAllah... IM akan jadi zaujah yang terbaik untuk zauj IM. Maka, persiapkanlah dirimu IM  ^_^

 

Wednesday, January 23, 2013

K-Fiqh - Tentatif

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian
sekali lagi kita bersua iye ^_^

ini pun entry yang telah discheduled, sebab ada banyak lagi entry yang berderet IM nak kongsi dengan kalian semua
semuanya tentang ilmu yang IM sempat tangkap masa K-Fiqh tempoh hari
moga perkongsian yang baraqah ye  ^_^

Kali ini, IM kongsikan dulu tentatif dan susun atur perjalanan konvensyen ini


HARI PERTAMA - 19 JANUARI 2013 (SABTU)


Pembentangan 1 - Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
                              (Dr Zaharuddin Abd Rahman)

Sidang Panel 1 - Kedudukan Wanita di dalam Islam : Antara Liberal & Ekstrim
                           (Dr Zahazan Mohamed & Dr Mohd Sukki Othman)

Sesi Istimewa - Hijrah bersama Oki Setiana Dewi

Pembentangan 2 - Rumahtangga & Kerjaya : Celik Mata & Hati
                              (Prof Dr Muhaya Muhammad)


Sidang Panel 2 - Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-Undang Keluarga
                           (Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar)
                           
                           Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan dalam Surah 
                           An-Nur
                           (Dr Sofiah Samsudin)




HARI KEDUA - 20 JANUARI 2013 (AHAD)


Sesi Istimewa - Bersama Isteri Para Asatizah MURSHID (khas untuk WANITA)

Pembentangan 3 - Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender
                              (Ustazah Norhafizah Musa)

Pembentangan 4 - Srikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa
                              (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Sidang Panel 3 - Perkahwinan : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya
                           (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
                           
Forum - Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah
              Panel : Dr. Khairudin Aman Razali
                          Ustazah Fatimah Syarha
                          Kapten Hafiz Firdaus
              Moderator : Nurul Suhadah Shuib




Wallahua'alam...


Tinta IM : Tulisan selepas ini akan merujuk kepada topik/sidang yang berlangsung sepanjang K-Fiqh. Maaf semua kalau ada salah silap, mohon teguran ^_^



K-Fiqh? Apakah?

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian, seperti yang dijanjikan dalam entry yang INI

InsyaAllah IM akan cuba kongsikan serba sedikit apa yang sempat ditambat dari Konvensyen tersebut
[^_^]

oh ye sayang-sayang sekalian, ini adalah entry yang telah discheduled kerana hambatan masa gitu..
terima kasih kepada yang sudi membaca/melawat/jengah/dan komen di sini

sayang anda sekalian kerana Allah
  

***********


K-Fiqh? Apakah ia K-Fiqh itu?

Singkatan kepada Konvensyen Fiqh - Wanita & Islam


Golongan sasaran?

Pada dasarnya, disasarkan kepada kaum Hawa (berdasarkan nama konvensyen tersebut). NAMUN, penglibatan kaum Adam amatlah digalakkan.


Kenapa?

Sebab.. natijah konvensyen ini adalah untuk menyebarkan fahaman fiqh yang mana ianya Ilmu Allah, maka tiada sekatan antara gender. Cuma bagi certain segmen/sesi, hanya kaum Hawa sahaja dibenarkan berada dalam Dewan tersebut.


Mengapa?

Banyak isu yang disentuh dalam Konvensyen Fiqh ini, pendedahan Fiqh wanita terhadap kaum Adam sangatlah diperlukan. Bilamana kaum pemimpin (kaum Adam) sudah 'arif atau paling tidak mempunyai asas berkaitan Fiqh wanita, insyaAllah mudahlah mereka memimpin kaum Hawa; khususnya isteri  mereka, ibu, kakak adik dan juga masyarakat secara amnya.

  
***********


Untuk pengetahuan sayang-sayang sekalian, K-Fiqh ini berlangsung selama 2 hari (19-20 Januari) bertempat di MAEPS  Serdang





Panel Jemputan

1) Dr.Zaharuddin Abd Rahman

2) Dr. Zahazan Mohamed

3) Dr. Mohd Sukki Othman

4) Oki Setiana Dewi

5) Prof. Dr Muhaya Muhammad

6) Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar

7) Dr. Sofiah Samsudin

8) Ustazah Norhafizah Musa

9) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam.com)

10) Ustaz Pahrol Mohd Juoi

11) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj

12) Dr. Khairuddin Aman Razali

13) Ustazah Fatimah Syarha

14) Kapten Hafiz Firdaus



Allahuakbar! ramai kan.. sangat kagum dengan ilmu Allah yang tersemat dalam tiap butir bicara mereka. Menunjukkan betapa penghayatan Ilmu Allah dalam sehar-hari kehidupan mereka.

Sungguh benarlah martabat orang berilmu diangkat darjatnya di sisi Allah.


InsyaAllah, ini sekadar intro. Entry seterusnya akan menyusul mengikut slot/pembentangan/sidang panel. So.. stay tuned ye sayang-sayang sekalian


Tinta IM : Bila kita belajar, makin banyak kita tak tahu kan kan  ^_^

30 Perkara Wanita Tak Sempat Bagitahu Lelaki




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Tinta IM : Tulisan pasal K-Fiqh masih belum siap, jadi IM share kan yang ini dulu iye ->  SUMBER

SEMPUT ITU BAHAYA

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian.. sudah makan tengahari? puasa? Alhamdulillah  ^_^ baguslah begitu

Nak dijadikan cerita, hari ini...
memulakan hari dengan keadaan semput!
kenapa semput?

Semasa IM nak pergi kerja, seperti biasa perjalanan daripada Shah Alam-KL, IM akan menggunakan perkhidmatan Rapid KL Bas.




Kebiasaannya pemandu bas adalah daripada golongan kaum Adam, cuma seingat IM ada seorang sahaja sosok Hawa yang memandu bas, namun kelibatnya adalah dalam 2 kali/ 3 bulan.

Kisahnya, pagi tadi bas bertolak seperti biasa jam 6.30 pagi, dengan doa dan harapan; Oh Mak Cik Driver, silalah pandu dengan cermat, saya belum kahwin lagi ni (=_+)  apa kes?

Oklah, sebelum ini ada seorang Mak Cik Driver juga yang pernah drive, tapi beliau oklah... 

TAPI!!!!!!!!  Mak Cik Driver pagi tadi... Allahuakbar! Penuh dengan KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. semput!!! 7.30 IM belum sampai Stesyen LRT Bangsar, rasa nak menjerit hati ini.

Bila tengok muka-muka yang lain dalam bas, oh! OK! semua pun menggelabah, risau tiba di pejabat masing-masing lewat.

Pesanan khidmat ringkas masyarakat, buat Mak Cik Driver tercinta;

"Oh Mak Cik Driver, tolonglah Mak Cik.. janganlah buat kami merana. Kami tahu Mak Cik adalah pemandu yang berhemah, sopan gitu... TAPI MAK CIK  T_T  Jangan la pandu bas dengan TERRRLALU perlahan di Bandaraya Metropolitan ini. Semput kami berlari-lari untuk meneruskan perjalanan ke pejabat kami".

Hihi.. kalaulah Mak Cik Driver ni baca blog IM, gerenti kalau esok dia yang drive, habis la.. confirm drive macam F1 gitu  ^_^


Tinta IM : Patuhi peraturan keselamatan Jalanraya, anda mampu mengubahnya! 

hihi.. kalau kita selalu ikut hukum Allah (Syariat), insyaAllah dalam kehidupan seharian pun automatik kita akan mampu menjalani hidup dengan aturan yang baik  ^_^

Tuesday, January 22, 2013

Blog LISTEN LISTEN LISTEN ^_^ hehehe..



saja nak semakkan entry dengan gambar meriah ni ^_^


Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian, 
Hopefully semua sihat-sihat ye. 

Alhamdulillah Ilya Maisara (IM) sempat jengah blog ni as usual, nak terjah blog-blog kesayangan IM la  ^_^

Oh ye, motif entry hari ini, IM nak share kan beberapa blog yang IM suka terjah, dan pasti lawat kalau aktiviti jalan-jalan ke laman orang sedang berlangsung. Gitu!   ^_^

IM akan lawat blog-blog ni mengikut gerak hati. Gitu! Nope la, semua blog ni memang IM akan selalu update dan follow mengikut kategori kesedapan mata dan hati IM. Nak tahu? JOM!!!

Calon-calonnya; euw! macam nak bagi 'award' gitu :)


1) Anda ketandusan idea memasak, atau memang suka tengok resipi yang menggoda perut dan tekak? Jom kita sapa ABG MAT GEBU ;

IM mula berjinak-jinak melawat laman abg Mat Gebu ni sejak zaman belajar dulu-dulu. Euw! Tua sudah ye IM. 

Dia sangat kreatif dan inovatif dalam mengolah bahan-bahan dan persembahan resipi yang menggoda tau (IM tidak ditaja oleh Abg Mat untuk promo ye.. Abg Mat jangan marah na)

amacam? terliur? banyak lagi resepi dan tips dari Mat Gebu. Terjah la blog beliau ek ^_^


2) Anda punya bakat? Kreatif? DIY? Anda B2B (bride 2 be)?

wah... anda pasti teruja dengan sentuhan emas Kakak manis yang baru je jadi mommy ni. Siapa? Siapa lagi kalau bukan KAK INTAN NORAZAM ;

IM suka tengok dan follow blog Kak Intan, dia sangat kreatif dan siap ambil tempahan untuk HB daripada fabric dan felt. Sangat cantik! 

Yang bestnya, kak Intan tak kedekut ilmu, dia siap share tutorial DIY B2B dia dan IM InsyaAllah akan buat juga HB macam dia nanti  ^_^  inspired by her.

Tapi sejak dah ada baby, Kak Intan dah busy, tapi follow dia kat FB je la, tengok baby dia yang cute macam mommy nye ^_^ 



ni Kak Intan buat guna fabric

ni pula dari Felt

haha.. yang caca marba ni IM punya version.
Tak ada motif buat, sebab geram tengok HB Kak Intan, tu yang buat juga.
Tapi HB ni IM dah cabut, dan buat brooch pula, dan bagi pada anak-anak kazen yang cute, sebab IM belum ada gugurl   ^_^



oklah... ni antaranya ye.. nanti IM update lagi ye senarai blog pojaan hati IM.


Tinta IM : Rasa-rasanya, kalau IM buka order untuk brooch dan hand bouquet B2B ada tak yang nak order? hihi  ^_^  best tau DIY ni.


ni percubaan pertama IM buat HB guna fabric
Encik Ted IM tu suka la tu dapat peluk HB  ^_^

ni percubaan IM buat HB guna Felt
(sama macam yang atas tu)

Monday, January 21, 2013

K-Fiqh Wanita & Islam

Assalamualaikum wbt,

hai sayang-sayang sekalian...
Alhamdulillah, 2 hari IM diberi kesempatan dan kesihatan oleh Yang Maha Esa untuk bersama-sama dengan bidadari dunia yang lain

kesempatan apa ek?
hihi  ^_^

ni ha...
v
v
v
v
v
v
v



insyaAllah... IM akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit
apa gunanya ilmu jika disimpan seorang kan?
ilmu ni semua datangnya dari Allah..
makanya, perlulah untuk disebarkan
moga bermanfaat pada yang lain juga kan  ^_^

InsyaAllah, so... sayang-sayang sekalian jangan lupa jengah laman IM lagi ye
intai-intai la ye, InsyaAllah IM akan kongsi sehabis boleh
mengikut kefahaman IM juga la ye...



Tinta IM : Ilmu Allah swt terrrrrrrrrlalu luas. Maka, semakin kita belajar, semakin kita sedar, betapa sedikitnya ilmu kita... Jadi, tak mau sombong-sombong iye sayang-sayang sekalian  ^_^

Friday, January 18, 2013

Yaumussaa'dah ^_^


Assalamualaikum wbt,
Salam jumaat sayang-sayang sekalian..

Sungguh, sehari tak post entry macam ada je yang tak kena
ecewah!

hari Jumaat, hari yang paaaaaaling dinanti-nanti
awat?
Jumaat mestilah jadi hari yang paaaling permai gitu :)



v
v
v
v
v
v
v
v
v




hari ni melayan lagu Opick
ni cd pinjam, yang saya RIP dalam pc tersayang
hihi
sambil buat kerja, sambil layaaaaaaan...




Thursday, January 17, 2013

SHAWL

yey! seperti yang dijanjikan.. dan dinantikan
malam ni plan nak potong kain chiffon Georgette untuk buat shawl half moon
namun.....

eh.. nanti dulu
jangan potong dulu

ok!
fine =_=
saya akur!

wargh!!! ibu tak bagi potong dulu 
adakah
v
v
v
v
v
v
ibu
v
v
v
v
v
v
v
v
takut
v
v
v
v
v
v
v
v
bila
v
v
v
v
v
v
v
v
dah siap
v
v
v
v
v
v
v
diriku tak sabar
lantas nak terus pakai..


ye la..
restu ibu itu penting
walau di mana sahaja
dan dalam apa jua keadaan

syurga di bawah telapak kaki ibu


(^_^)v

Tinta IM : IM memang ada sindrom berkobar-kobar, tapi sekejap je, bahaya kan! hehe.. sabar la sabar


Usaha dan Jaya








Alhamdulillah... sayang-sayang sekalian
IM dah belajar buat kek ni dengan jayanya
yes!!!

nak belajar apa lagi ek lepas ni
suka tau ^_^


ok..perlu pertingkatkan lagi skill-skill yang ada..
oh ye.. 
malam ni nak potong kain chiffon untuk buat shawl



InsyaAllah, IM akan cuba keluarkan produk terbaru M2Mv
produk apa?
of course la tudung dan shawl yang cantik-cantik
suke tau!!!


Tinta IM : Usaha! Usaha! Usaha! barulah bertawakal ok!  ^_^

Wednesday, January 16, 2013

Gadis Ayu! Euw!

FINE!!

saya tak nak cakap apa-apa
saya nak jadi budak senyap
budak pemalu
budak sopan
budak ayu
ha.. apa lagi???
cepat cakap..

wargh!!!!

no! no! no!
itu bukanlah saya

sorry la hj-hj sekalian
saya tak pandai la nak jadi ayu-ayu gitu
gelis tau!

yup!  kadangkala saya NAMPAK je macam ayu-ayu, sopan-sopan
tapi saya bersemangat waja ok!
kental gitu!

cuma hati je ada taman..
aah, taman
ada bunga-bunga
rama-rama
air terjun
pokok-pokok

ahaha.. dah kenapa la saya ni?
lain kali sila jadi tegas!
dah berapa kali dah jadi bahan senda gurau hj-hj ni
siapa la saya  T_T



Tuesday, January 15, 2013

Titipan Rasa Sempena Ulangtahun Angah Ke- 24

Assalamualaikum wbt, 
oh maaf mengganggu atau terganggu
masih tak tidur
bukan kerana apa...
cadangnya nak titipkan bait-bait manis sempena ulangtahun yang ke 24 angah IM
tapi dah jadi macam garapan cerpen

itulah jadinya, bila jari menari-nari di atas keyboard (opss.. jangan pula kalian bayangkan aksi IM menari ye, walaupun masa sekolah rendah pernah massuk tarian.. hihi)

ok... just wanna share coretan yang tulus dari hati
insan bergelar ALONG...
selamat membaca.. 

pesanan khidmat masyarakat.. jangan menangis iye  ^_^


************************************************************


Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

segala puji bagi Dia Tuhan semesta alam, di langit dan di bumi ^_^ dah mula dah 

well, di keheningan pagi2 buta ini, adalah amanat daripada along tersayang iye.. sila la hadamkan mata dan minda ye.
Ni taip dengan curahan kasih sayang yang tak terhingga.. ^_^

Sila cari tisu dulu ye, kalau xde, meh masuk bilik along ada tisu.. ngeh ngeh ^_^

~ Alhamdulillah, syukur, dah menjangkau 24 tahun bernafas di muka bumi Allah ni kan

~ Moga sentiasa dalam perindungan, rahmat, baraqah dan redha Allah swt

~ Diberi nikmat Iman, Islam dan Istiqamah dalam perjuangan Da'wah Islamiyyah, walaupun kadang2 tempang langkah, turun naik semangat.. yang pasti YAKIN! Allah bersama2 orang yang yakin akan tiap janjiNya.. InSyaaAllah..

~ Jangan lupa, yang paaaaling mustahak, JAGA SOLAT, bukan setakat awal waktu... tapi kalau mampu, semampu-mampunya.. berlarilah dikau adikku ke masjid, bukan mencari imbuhan MANUSIA, tapi lunaskan AMANAH dari DIA, Tuhan kita ya Ahad! Allah swt

~ Moga usahamu dalam apa jua bidang sentiaaaaaaaaaaaaasa dalam 'pandangan' DIA, biar tiada manusia y lihat, itukan JIHAD namanya.. ^_^ baraqah Allah pasti beriring..

~ Pedang yang tajam tak sehebat mata pena (ok, sekarang via internet). Makanya, perluaskan lapanganmu dengan terussssss mencari ilmu. Ya! Ilmu bukan sahaja di bangku kuliah formal, tapi tarbiyyah dalam sehari2an..Mujahadah selalu

~ Last but not least! terima kasih kerana menjadi DRIVER ALONG YANG TERULUNG DI MUKA BUMI ALLAH INI; yang kadang2 buat aksi drift mengalahkan pelumba di litar sepang, apa2 pun, along boleh tido jgk walaupun.... SERAM!!! hehehe..

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah usia adikku yang kukasihi keranaMu Ya Allah. Tambahkanlah kecintaan padaMu dan RasulMu pada adikku dan kami sekaliannya. Jangan Kau pisahkan di dunia mahupun di akhirat sana. Kerana sesungguhnya, aku mencintai adikku Muhamad Asyraf dengan sesungguh kecintaanku padaMu, RasulMu dan agamaMu. Pimpinlah kami menuju alam abadi dan syurgaMu yang amat kami rindui.

Maka Ya Allah, sentiasalah jaga hati-hati kami agar tidak dibolak balikkan dan jauh dariMu... Ameen Ya Robbal 'Alamin

Baraqallah ♥

:: Along :: 15 Januari 2012 :: 3 Rabiul Awal 1434H ::

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...