Wednesday, January 23, 2013

K-Fiqh? Apakah?

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian, seperti yang dijanjikan dalam entry yang INI

InsyaAllah IM akan cuba kongsikan serba sedikit apa yang sempat ditambat dari Konvensyen tersebut
[^_^]

oh ye sayang-sayang sekalian, ini adalah entry yang telah discheduled kerana hambatan masa gitu..
terima kasih kepada yang sudi membaca/melawat/jengah/dan komen di sini

sayang anda sekalian kerana Allah
  

***********


K-Fiqh? Apakah ia K-Fiqh itu?

Singkatan kepada Konvensyen Fiqh - Wanita & Islam


Golongan sasaran?

Pada dasarnya, disasarkan kepada kaum Hawa (berdasarkan nama konvensyen tersebut). NAMUN, penglibatan kaum Adam amatlah digalakkan.


Kenapa?

Sebab.. natijah konvensyen ini adalah untuk menyebarkan fahaman fiqh yang mana ianya Ilmu Allah, maka tiada sekatan antara gender. Cuma bagi certain segmen/sesi, hanya kaum Hawa sahaja dibenarkan berada dalam Dewan tersebut.


Mengapa?

Banyak isu yang disentuh dalam Konvensyen Fiqh ini, pendedahan Fiqh wanita terhadap kaum Adam sangatlah diperlukan. Bilamana kaum pemimpin (kaum Adam) sudah 'arif atau paling tidak mempunyai asas berkaitan Fiqh wanita, insyaAllah mudahlah mereka memimpin kaum Hawa; khususnya isteri  mereka, ibu, kakak adik dan juga masyarakat secara amnya.

  
***********


Untuk pengetahuan sayang-sayang sekalian, K-Fiqh ini berlangsung selama 2 hari (19-20 Januari) bertempat di MAEPS  Serdang





Panel Jemputan

1) Dr.Zaharuddin Abd Rahman

2) Dr. Zahazan Mohamed

3) Dr. Mohd Sukki Othman

4) Oki Setiana Dewi

5) Prof. Dr Muhaya Muhammad

6) Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar

7) Dr. Sofiah Samsudin

8) Ustazah Norhafizah Musa

9) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam.com)

10) Ustaz Pahrol Mohd Juoi

11) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj

12) Dr. Khairuddin Aman Razali

13) Ustazah Fatimah Syarha

14) Kapten Hafiz Firdaus



Allahuakbar! ramai kan.. sangat kagum dengan ilmu Allah yang tersemat dalam tiap butir bicara mereka. Menunjukkan betapa penghayatan Ilmu Allah dalam sehar-hari kehidupan mereka.

Sungguh benarlah martabat orang berilmu diangkat darjatnya di sisi Allah.


InsyaAllah, ini sekadar intro. Entry seterusnya akan menyusul mengikut slot/pembentangan/sidang panel. So.. stay tuned ye sayang-sayang sekalian


Tinta IM : Bila kita belajar, makin banyak kita tak tahu kan kan  ^_^