Sunday, January 27, 2013

KARYA IM : UJIAN

Baru diuji sedikit.. kau dah mengeluh
Baru diuji sedikit... kau dah mengaduh
Baru diuji sedikit.. kau dah mengalah

Mana hilang semangat?
Mana hilang tekad?
Mana hilang kuasa jihad?

Kau tahu kau ada Dia
Kau tahu kau pegang janji-janjiNya
Kau tahu kau dalam pandanganNya

Sedarlah, dunia sementara cuma
Asal ciptaan kita berakhir di sana juga

Iman dan amal haruslah senada
Usah layu sebelum masanya

Semangat!