Friday, January 11, 2013

Sampah - Masyarakat

Assalamualaikum wbt,

Bersua lagi.. oh ye..
tajuk tu macam ngeri je ek?
ke biasa-biasa sahaja?

Tak apalah
yang pasti, IM ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam entry ini

KL dan Pengangkutan Awam memang tidak dapat dipisahkan
begitu jugalah halnya dengan IM  ^_^
pergi dan balik kerja, memang IM akan menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam

naik bas, turun bas
naik lrt, turun lrt
naik komuter pula
hihi..
semua sekali IM guna kan
bak kata boboiboy...

TERBAIK!!!

iklan sebentar  ^_^



baiklah...

nak dijadikan cerita (bukan dongengan, tapi realiti)
semalam
semasa dalam perjalanan pulang menaiki komuter
oh! saya suka koc wanita!
serious!
masih ada lagi segelintir kaum Adam yang suka masuk koc wanita
TOLONGLAH!!!




komuter sekarang lawa dan agak efisien  ^_^ Alhamdulillah


ok, kembali ke topik asal

semalam, IM dapat tempat duduk, sebab banyak kosong semalam
duduk bersebelahan seorang wanita non-Muslim
as usual, IM dah terbiasa dalam 'public transport' mesti membaca
tak kisahlah, baca majalah ke, buku ke, ma'thurat ke, paling tak pun baca message dalam hp ^_^


sambil membaca, sempat IM kerlingkan mata ke sebelah

''oh.. patutlah berbau, sedang makan rupanya".
IM husnuzon, lapar kot..kesian.. tidak mengapalah
(=_=)
sambil bersangka baik, mata nampak juga ni, sambil ligat berfikir
"ok.. makanan dalam bungkusan, dah habis makan, letak kat tepi kerusi? apakah?".


hati berbisik lagi.... FINE!

tak boleh jadi!


tiba destinasi dituju, wanita tersebut pun minta laluan dengan IM sebab nak keluar

IM senyum, sambil menepuk perlahan bahunya dan menunjukkan bungkusan yang terselit di tepi kerusi


tahu apa reaksi wanita terbabit???

senyum sinis
FINE!
IM anggap je lah anda lupa ye
tidak mengapa, asalkan IM dah jalankan tugas IM dengan baik


maaf IM nak tegur

perkara ini bukan sekali dua sahaja IM pernah lalui
BANYAK SANGAT!


mengapa jadi manusia tidak bertamadun?

mengapa jadi manusia yang membebani orang lain?
sudah kenyang dan hilang haus sendirian, tapi sampah ditinggalkan untuk yang lain membersihkan
in fact, kewujudan makcik-pakcik Cleaner bukanlah alasan untuk anda membuang sampah sesuka hati ok
pleaselah!

"Annazo fatu minal Iman; Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"



A003

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





~ wallahu'alam, maaf IM membebel lagi, demi kebaikan Ummah ~