Tuesday, January 1, 2013

Ahlan Wa Sahlan 2013 Masihi

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. 
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. 
(sila baca dengan irama lagu Opick.. hihi)

'afwan ya akhi ya ukhti
semangat sungguh IM hari ini

Di kesempatan ini IM ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 Masihi
oh ye, kita dah lama buka lembaran tahun Hijrah kan
so... untuk tahun masihi yang baru ni, kiranya kita cuma perlu selaraskan la dengan segala agenda yang telah dirancang sebelum ini
In Shaa Allah ^_^

Moga sahaja tahun baru ini membawa sejuta (infiniti la) sinar
yang baraqah buat akhi wa ukhti
In Shaa Allah ^_^

Kepada bloggers, followers mahupun visitors laman ini
IM mohon maaf segala kekhilafan selama ini ye
moga sahaja tahun ini kita semua tidak jauh dari 'pandanganNya'
dan moga sahaja (especially bloggers mahupun FBians) kita dapatkan azam yang mudah ini.. apa dia?

ok...
begini...
since kita ada kemudahan 'dunia tanpa sempadan' ini
why not kita ambil kesempatan
paling tidak dalam sebulan (kalau boleh pertingkatkan lagi kekerapan) post la status tentang Indah dan Mulianya Islam, Sirah Baginda dll.. kalau susah-susah sangat pun post la status dengan sepotong ayat Quran mahupun Hadith...

Bak kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (Seminar Generasi Y);
mudah sahaja kita nak berdakwah
kalau tak pandai berkata-kata
ambil sepotong ayat Quran
Copy
Paste

ha... gitu ^_^
simple kan.. In Shaa Allah akan 'dipandang' usaha kita yang kecil itu
kan kita hidup untuk 'memberi'
apa sahaja yang kita telah beri untuk Islam???

Tepuk dada, tanya Iman

Wallahua'lam







Tinta IM : Tiap amal yang penuh Ikhlas ganjaran yang tak ternilai di sisi Allah swt menanti...