Posts

Showing posts from August, 2012

Muara Hati

Salam wbt,

oh.. sekian lama menganak tirikan blog, lantaran sudah mendapat kemudahan tumblr.. oh.. sungguh tidak adil yang namanya diri ini.. ihihi...
Sungguh.. bila kita dihadapkan dengan pilihan dalam hidup, kita sering terkeliru, mahupun terbelenggu..



Maka oleh itu, Allah kirimkan cara indah sebagai alternatif, Solat Sunat Istikharah.. oh.. yang hanya dipopularkan oleh orang yang ingin memilih pasangan hidup.. lemahnya iman kita ya.. padahal Istikharah itu pemudah cara kita dalam rutin kehidupan kita, bukan hanya terikat dengan yang namanya JODOH.. Tapi bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita masih mengenali cara yang satu itu kan? Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini.. Syukur..



Sungguh apabila tiba saat, waktu dan tempat (dan juga calonnya), maka Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan itu.



Tiada yang lebih membahagiakan diri, seandainya segala yang diimpikan terrealisasi.. dan begitu juga halnya buat diriku.. dan juga kamu.. semua.. Bila mana Allah dorongkan jalan ke sit…

ia hilang..yang namanya KEBERANIAN

tiba-tiba jadi takut degan namanya.. MASA HADAPAN..

Allah..kirimkan segunung kekuatan dan keberanian padaku........

~rasa lemah dan semakin lemah, jangan tinggallkan daku tanpa kasihMu~

senyum

mood..
senyum seindah suria...
senyum dan senyum..

Cahaya Atas Cahaya... Rahsia Demi Rahsia

Image
Salam 'alaik..

Malam ini, malam penuh rahsia..malam penuh tanda tanya..malam penuh misteri..

Satu persatu Allah rungkaikan simpulan segala keresahan dan kerunsingan hati ini


Dia.. Allah Yang Maha Mengerti..
Apabila dihantarkanNya ujian kepad hambaNya, yang turut bersamanya adalah segunung kekuatan dan pengharapan padaNya..
Dia menguji hambaNya supaya rasa keterbegantungan itu sentiasa ada.. selalu mekar dan mengharum seenaknya..

Allahuakbar!!!


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(94 : 5-6)


RAHSIA DEMI RAHSIA 1
Minggu lepas, sms ibu menggemparkanku, terdiam sejenak;     "Alooonggg Ayah dapat pergi Haji, Tapi Ibu x dapat, camne ni"..Lantaran tambatan tasking yang masih belum selesai dan kependekan waktu kerana CEO dah beri green light balik awal (sempena menjelangnya Aidilfitri), kalut jadinya. 
Mana satu nak settlekan ni? Ibu k…

ye la.. idea nakal saya.. hihi ^_^

setiap tahun menjelang aidilfitri.. means before menjelang pagi raya, mesti kena gosokkan 7 pasang baju.. 3 BAJU KURUNG.. 4 BAJU MELAYU..

opss.. tahun ni, up sikit 8 PASANG.. sebab makcik (adik ayah) join kami raya...  ^_^

masa tengah gosok2 baju.. punyalah ada idea nakal.. SERIOUS nakal.. x tipu punyalah..

pasang azam... tahun depan 2013.. SAYA BERAZAM nak gosok 2 PASANG BAJU... 1 BAJU KURUNG SAYA.. dan 1 BAJU MELAYU... hihi....   ^_^

makanya.. marilah semua.. doa2kan saya.. hihi   ^_^


p/s: nakal kan saya.. sekian.. bingkisan syawal dari budak nakal.. hihi..

Perjalanan Terakhir.. (Episod 1)

Lia  terjaga dari lenanya.. lalu meraup wajah dan melafazkan hamdallah kepada yang empunya nyawa. Syukur, masih lagi diberi nikmat bernafas ini. Sejak akhir-akhir ini hatinya selalu resah dan gundah. Bimbang pada yang tidak jelas. Gusar pada rencana yang tidak pasti. Astaghfirullah al azim.

   Dia tak pasti persoalan apa yang sedang ligat bermain di aqal dan juga hatinya. Apa yang pasti, sedikit demi sedikit nikmat kesihatan itu diambil kembali oleh tuannya, Yang Maha Pencipta. Masakan kita sebagai hambaNya mampu untuk mempersoalkan segala ketentuanNya.

   Andai kita diberi pinjam barang, dan suatu saat pasti tuan empunya barang meminta semula barangnya. Mampukah kita untuk menidakkan ketuanannya pada barangan miliknya? Tidak mungkin! Begitulah kiranya..

   Lia hanya mampu merintih sepi, butir bicaranya hanya berlegar di sekeliling cuping telinganya. Mengaduh pada diri sendiri. Merintih jua pada diri sendiri. Air mata sentiasa mengiring hari-harinya yang masih lagi bersisa, namun tida…

Kisah Semalam.. Hari Ini... dan mungkin hari yang mendatang..

Assalamualaikum wbt semua...

semalam 8.8.2012 Cik Cema cuba selak lembaran baru..
dan hari ini masih cuba lagi untuk bertahan seperti semalam..

walaupun Cik Cema tidak fully mengenakan'nya'..
tapi pagi ini, Allah s.w.t seakan terus-terusan memberi kekuatan kepada Cik Cema
Allahuakbar! Betapa besarnya nikmat Islam kurniaan Mu Ya Allah..


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:16)
Sungguh.. Allah sahajalah yang memberi kekuatan, ketetapan Iman..
Dia sangat belas pada hambaNya... tapi kita?

Sungguh.. kerana Dia ada... kita masih lagi dilimpahi kasih sayang yang tak pernah putus
andai manusia melempar nista dan cerca, tapi kita masih ada Dia.. yang tak pernah culas dan lalai dari mencurah Rahman dan Rahim...

Maka... kenapa masih lemah Iman ini..dan masih saja mencari-cari jalan yang terbaik dalam kehidupan.. sepanjang meniti jalan dunia, untuk menuju ke dunia satu lagi...

Sungguh.. mungkin Ramadhan ini permulan yang terbaik …

Kedamaian Jiwa Itu MilikNya

Subhanallah..
hanya selayaknya pujian diberikan kepada Ya Rabbul Izzati

Pagi Ramadhan ke - 19 1433H ini punya angin yang amat menenangkan jiwa hambaNya
^_^  Allahuakbar..

Sujud syukur padaMu Tuhan sekalian alam.. Rabbul 'Alamin...

ish.. apalah yang cik cema ni bebelkan pagi-pagi ni
ya.. Allah lah pemegang hati ini

Cik Cema (tiba2 macam comey pula bahasakan diri begini sebab ada la hamba Allah suka bagi gelaran kepada diri.. hihi) ok... ok..

Begini ceritanya...
Kalau tak silap Cik Cema.. last week ada post kat tumblr dan fb pasal nak BER...NI...qab..
hihi..sangat la mengundang kontroversi kan..

Alhamdulillah.. pagi ini kiranya buat proses induksi pada diri
dan Alhamdulillah juga.. bila sahaja menyarungkannya.. susah nak explain kan rasa itu
Allahuakbar!
serasa sangat BEST! dan rasa sangat jeles dengan muslimah2 yang telah lama mengenakannya
apa yang pasti, Cik Cema masih lagi dalam proses memperbaiki diri dulu

Cik Cema tak mahu lah nanti dilabelkan manusia yang hipokrit
wallahi.. s…

Berusahalah! Janji Sebuah Ramadhan

Semakin hari semakin lemah iman ni..
astaghfirullah al azim!
jangan begitulah wahai hati..

jadilah muslimah unggul..
yang dikasihi Allah dan dicintai seisi alam
yang tak perlu lelah mencurah sayang
dan menabur jasa pada ummah
serta sentiasa dinanti oleh sesiapa sahaja

jangan pernah biarkan dirimu menjadi pemusnah silah antara manusia
pencetus amarah dan petaka
jadilah wanita yang bisa menggegar dunia
dengan indahnya wajah penghuni syurga
lembut tutur sentiasa membibitkan peringatan Allah
tidak sekali alpa dalam pautan dunia yang sentiasa meronta-ronta

oh.. moga sahaja aku kuat untuk merangkul dunia seiring menuju ke sana
tidak aku getir dalam kepayahan ujian dunia
tidak aku berpaling tika digugah pahitnya dugaan menimpa
tidak aku hanyut pada awanan pujian yang tak menjamin apa-apa

aku ingin sebuah kehidupan yang baraqah
punya imam yang mampu memimpin setiap tandukku
tak pernah ragu pada setiap tingkahku
selalu ada bila aku rasa jatuh tak terarah
yang bisa menjadi sang arjuna kala raju…

Kecewa dengan diri :(

Bila mana.. rasa nak sharing 'sesuatu' itu
namun.. puas usaha mencarinya
tidak juga ketemu..

seingatnya, mungkin sudah lupus dari ingatan
tidak disangka, simpanannya di dalam peti mail juga turut berjaya dihapuskan
makanya.. sodaqallah al azim
ecewah!

apa kes ni???

begini...

alkisahnya, tiba-tiba teringat di kala zaman dulu
oleh kerana ketidak cerdikan diri, suka sangat berpaut pada angan-angan
impian yang tidak mungkin berlaku
amenda la awak ni Isma oi.. cakap belit2..

nak cerita, tapi.. ku sangat malu kalau seseorang membaca post ini
tapi diriku sangat suka cerita2... ohoho.. kecelaruan betul!!!

moral of the story..

sila jujur pada diri
sila tanya terus soalan membunuh diri bila ada yang berani mendekat pada diri
tapi bila realiti, tak semua keadaan saya berani bersemuka
saya sangat tidak berani

apa yang saya mampu... berharap dan berdoa terus-terusan
dan selalunya, pada pengakhiran, saya juga yang akan kecewa
dan seterusnya, gelak ketawa sendiri
memikirkan betapa diri ini t…