Saturday, August 25, 2012

Cahaya Atas Cahaya... Rahsia Demi Rahsia

Salam 'alaik..

Malam ini, malam penuh rahsia..malam penuh tanda tanya..malam penuh misteri..

Satu persatu Allah rungkaikan simpulan segala keresahan dan kerunsingan hati ini


Dia.. Allah Yang Maha Mengerti..
Apabila dihantarkanNya ujian kepad hambaNya, yang turut bersamanya adalah segunung kekuatan dan pengharapan padaNya..
Dia menguji hambaNya supaya rasa keterbegantungan itu sentiasa ada.. selalu mekar dan mengharum seenaknya..

Allahuakbar!!!

A005

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

A006

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(94 : 5-6)


RAHSIA DEMI RAHSIA 1

Minggu lepas, sms ibu menggemparkanku, terdiam sejenak;
    "Alooonggg Ayah dapat pergi Haji, Tapi Ibu x dapat, camne ni"..
Lantaran tambatan tasking yang masih belum selesai dan kependekan waktu kerana CEO dah beri green light balik awal (sempena menjelangnya Aidilfitri), kalut jadinya. 

Mana satu nak settlekan ni? Ibu ke kerja? Kerja ke ibu? last-last, ku kendong dokumen bersama, dengan numbe ic ibu ku bawa berjumpa pegawai berkenaan;
    Kita : Haji, minta tolong kejap, cekkan status ibu saya. Ayah dapat, tapi ibu x
    Haji : Ooo.. kalau ikut rekod ni dapat la isma..
    Kita : Syukran hj.. (syukur kepadaNya)

Terus dicapai hp dan menaip sms; 
"Bakal Hjh, sila tunggu ketibaan surat iye.."

********

Petang tadi setibanya ku ke bumi bertuah, Shah Alam, perkhabaran gembira turut menjemputku.
   Ibu : Along, lepas asar tadi ibu dah terima surat.

Bersyukur tak terkira.. tapi benak ligat berfikir.. Allah!! Aku perlu siapkan mental dan fizikal juga. Menggalas tugas dan amanah ibu dan ayah selepas ini. Air mata dah bergenang.


"Ya Allah, sungguh hambaMu ini sifatnya lemah, maka Kau kuatkanlah Ya Allah. Berikan daku kemudahan dalam memikul segala amanah ini Ya Allah... Ameen Ya Rabbana".
********
CAHAYA ATAS CAHAYA 

Usai membaca lembaran demi lembaran Novel karya OSD, ku pasang azam yang tinggi!
Ya.. sekian lama mengumpul sekawanan azam..
tapi tinggal mimpi demi mimpi.. Nauzubillah..
Bermohon tidak dicampakkan ke dalam golongan hambaMu yang hari depannya lebih TERUK daripada hari semalam.

Azam dan Impian ku yang satu ini, insyaAllah akan ku cuba sehabis baik untuk aku capai tahun hadapan.. sespesifiknya, awal tahun 2013;
"Ya Allah, aku bermohon padaMu, izinkan aku menjejak Tanah Suci, untuk mengerjakan Ibadah Umrah...Moga sahaja Kau pilih daku daripada berjuta-juta hamba dan ummat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ini.. Maka kau permudahkanlah segala urusanku ini..Ameen Ya Rabbal 'Alamin..."

********


RAHSIA DEMI RAHSIA 2

Esok; oh.. dah pukul 12 lebih.. bukan esok la maksudnya, hari ini..insyaAllah..
Adakah mimpi jadi realiti..

Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

"Kiranya ini yang terbaik buatku, agamaMu, keluargaku dan masa depan kami, maka Kau permudahkan segala urusan Ya Allah..Ameen.."

*******


~ moga mentari esok muncul dengan bahagia dan ceria, ameen ~