Tuesday, January 31, 2012

KARYA IM : Getir...



Bayang itu makin pudar
Semakin ku kejar
Makin ia hilang di pandangan, musnah tak ada

Ku jejak langkah itu
Longlai sudah semangatku
Makin diheret kaki ini, makin ku terseret
Perit

Salahkah aku
Andai mengimpi pelangi di malam hari

Hinakah aku
Andai menyingkap jendela silam diri

Jujur
Aku masih kuat mengadun mimpi dan realiti
Ku masih gagah di sini mengharung lautan kehidupan ini
Ku pasti bisa merentas ranjau nan menyimpang di hadapan 

Tulus
Ku hanya perlukan secebis ihsan
Kalungan doa yang beriringan

Darimu diri insan yang ku sayang
Kalian yang ku cintai
Setiap hari
Hingga detik ini
Pasti!

Monday, January 16, 2012

KARYA IM : Pejuang Agama :)




Seiring waktu berjalan
kita menongkah arus kehidupan
pahit, manis
suka, duka
tawa riang
kita rai bersama..

Tanpa sedar
usia menginjak pantas
menyedarkan kita betapa ia tak pernah menunggu
terus dan terus jua berjalan

Andai kau leka, kau tertinggal
Andai kau alpa, kau dibuai dunia
Andai kau lupa, kau tak beroleh kasihNya

Pantaskan gerakmu
Tekadkan azammu
Kuatkan jiwamu

Jangan pernah berpatah arah sebelum mengorak langkah
Jangan pernah mengalah sebelum berjuang
Jangan pernah lelah sebelum keringat dirembes sehabisnya

Kita bangsa akhir zaman
Biar tak pernah bersama Baginda tercinta
kita punya amanah terbesar darinya
galas ia
junjung bersama
Islam tercinta jangan pernah menggadaikannya

Kau pejuang bangsa
Kau harapan agama
Bingkas dan pantas menghunus senjata
Biar apa kata mereka
Kau tetap bintang dalam jiwa
Adikku tercinta...



Sannah helwah Angah.. Inni uhibbuka fillah, abadan abada..     =)

Friday, January 13, 2012

KARYA IM : Kemudi diri




Ku mengejar bayang itu
ku soroti jejaknya
hilang

Termanggu ku sendiri
apakah sebenar yang dicari?

Pedoman hidup dan semangat diri
kadang datang dan pergi
kadang pudar dan tak kembali

Kekaburan dalam perjalanan ini
membuat diri keliru
yang sering leka diulit bayu

Terlalu indah dunia
walau kadang penuh duri
walau kadang hambar tak berseri
walau kadang mendung menyelubungi hari

Tapi tetap jua tekad diri
berdiri
terus mengemudi hari
dalam perjalanan dunia fana ini..

Thursday, January 12, 2012

KARYA IM : Janji yang pasti




Jalan itu penuh liku
namun tetap jua ku harung

Dunia ini ujian
perlu ku hadapi bukan lari dari realiti

Impian itu penguat diri
untuk terus berdiri dan yakin pada kekuasaan Ilahi

Bahagia itu perlu dicari
bukan hanya dinanti
menghitung munculnya nanti

Sedih itu peringatan diri
agar tak ampuh pada enak dunia
tak lalai mengejar nikmat sementara

Mati itu pasti
kerana kita akan kembali
pada Ya Rabbul Izzati

Lalu
selagi mampu bernafas lagi
dan denyut nadi masih berbunyi
teruskan hidup di sini

Bulatkan tekad hati 
mengemudi rencana duniawi
mengumpul dana ukhrawi
kita pasti kembali
pada Ilahi...

Tuesday, January 10, 2012

Kuatlah wahai hatiku!

ISMA ILYA BINTI AHMAD PUAD

sila jadi orang yang kuat semangat
jangan cepat lemah
jangan cepat 'melatah'
jangan jatuh
kuat
kuat
kuat

\(^_^)/

Nikmat itu pinjaman :)


fuh kiri!
fuh kanan!
berangin dah ni..
sakit kepala
segala sakit dah datang..
neno! neno! neno!

nikmat sihat diuji seketika
(^_^)v

Sunday, January 8, 2012

KARYA IM : Biarkan berlalu..





Ada keredupan pada mata itu
ada kesayuan pada renungan itu
ada kegelisihan pada lirikan itu
mengapa?

Ada senyuman pada bibir itu
namun tampak sugul wajah itu
kerana keresahan itu tak terselindung
walau ditabir dengan hijab
tak kabur pandangan
jelas penderitaan
mengapa?

Biarkanlah sepi berlalu
kerana bahagia takkan menunggu
perlu dicari
tabahkan hati



KARYA IM : Andai.. ^^





Jujur
hati tak mampu berbohong
walau kadang lakuku tampak songsang
langkahku jelas pincang
kadang longlai menyimpang
lesu

Apa hadirku menambah parah
atau sekadar cukup menjadi perhiasan ?
atau bisa menjadi sandaran ?
layakkah menjadi pilihan ?
atau hanya mampu menjadi buangan ?
sungguh..
keliru penuh persoalan

Andai hadirku cuma mengisi kekosongan
izinkan ku mengundur diri

Andai sepiku adalah bahagia di hati itu
biarkan daku berlalu

Andai pergiku satu rahmat
ikhlaskan jua hatiku pada suratan

Kerana ku tahu
pertemuan ini membahagiakan
walau datang bagai pelangi
indah sekejap
ingatan utuh kekal di nubari ini

Ku syukuri nikmat Ilahi
Ku ikhlaskan semua ini
pasti
ada sinar yang akan menerangi
di sana nanti..


Saturday, January 7, 2012

KARYA IM : Rebah




Terpana aku seketika
renungan itu
lirikan itu
sarat makna

Saat salam menyapa
mulut membungkam
hati terdiam
terpaku
kaku

Fantasi atau realiti
aku tak tahu

Biarkan imaginasi terus menjalar
benarkan mimpiku terus mekar
kerana ku tahu
saat terjaga nanti
ada sakit dan perit
yang kadang membuatku lemah
goyah
dan terus rebah

Friday, January 6, 2012

KARYA IM : Menanti Pasti




Gembira itu anugerah
sedih itu rahmat
bahagia itu hadiah
kalut itu semangat
buat kita

Senyum itu penyeri
air mata itu penawar hati
tawa itu penghibur diri
mengiringi hari-hari
di sini

Daku masih di sini
setia menanti
walau kadang tak terhitung hari

Masih tetap di sini
sabar menunggu tibanya hari
kau menyeru diri ini
pasti

Setia menanti ^^




KARYA IM : Bersatu pada Yang Satu :)




Pokoknya ilmu itu harus dicari
perlu digali
bukan hanya duduk menanti
bagai malam ke pagi 
berganti hari

Usaha tidak letak hanya di hati
tapi diraih dengan kudrat pada diri
semangat maju ke depan
bukan mundur berpaling jua

tekad membulat penguat semangat
terus kuat mengorak langkah
biar pincang laluan
biar jatuh tersadung

Asal ada roh bersatu
dalam 'aqal tidak hanya membeku dan membatu
tetapi sebati menjadi satu
iman, 'aqidah dan ibadah
pengikat qalbu
padaMu Ya Robbul 'Izzati

Thursday, January 5, 2012

KARYA IM : Kunci Iman


Hati membungkam
mulut terkunci
mata bagai terpatri
lesu melanda diri

Secubit kalimah nista
secamca palitan cerca
memusnah percaya
hilang selautan kesetiaan

ahh.. manusia terlalu banyak bermain dengan kata

Yang carik ditampal semula
yang buruk dicanting juga
yang pudar disembur pula
yang pincang disembunyi akhirnya
terlalu banyak noda
dunia

Kunci kepada akhirat sana
ada pada kita
tentunya
tepuk dada tanya iman
mana hala kita?

Wednesday, January 4, 2012

KARYA IM : Resipi Kehidupan



Sepi
mengajar erti kuat untuk berdiri
memikul semuanya dengan kudrat apa adanya

Sendiri
menuntut pengorbanan tinggi
sejauh mana berlari, tetap di sini
di bumi Ilahi

Sunyi
nikmat kedamaian yang kadang tak dihargai
tak dipandang hadirnya
namun pabila kian kabur
dicari bagai preman yang kepapaan
lesu tak berdaya

Sepi, sendiri dan sunyi
bagai tali yang utuh bersimpul rapi
walau kadang goyah hati meniti hari
rempah ratus ini yang mengenakkan rasa
dalam juadah kehidupan  :)

Tuesday, January 3, 2012

Jakel oh Jakel :)


Terlalu banyak memikir... kadangkala membuatkan diri lemas dan sesak.. aaah.. MENGELUH.. satu-satunya perkara yang SANGAT BEST --> langsung  TAK ELOK ok, tapi bila buat, kelegaan jelas terasa.. hihi.. apa da...  ^^

Santai rasanya hidup bila seharian berada di rumah, tapi apakan daya, mana mungkin diri dapat bertahan lama. Tak mungkin rutin sebegini dapat diteruskan. Hari ini sahaja, seusai solat subuh, teringin pula mengexplore hp abang yang di'wasiat'kan kepada diri ini. Untunglah, tak dapat merasa beli sendiri hp ni, pakai je la hp pinjam ni ye. Thanks Abang!  Love u sooooo much!!  Oh ya.. mesti pelik ye, Abang ni gelaran buat adik saya yang 2nd last (sebab after dia ada adik lagi sorang, lantas dia pun membahasakan diri sebagai Abang). So, everything clear kan ^^

Emm... sesudah boring menggodek-godek hp, feeling lapar kian memuncak.. Sedap juga pekena laksa semalam ni.. hihi.. jeng jeng jeng.. laksa semalam.. nyummy.. tambah air dan garam sedikit, maka kuahnya bertambah banyak la.. Kelas kau Ilya!!  hihi  ><  makan punya pasal.. lalalla~~~

Lepas makan dengan ibu (this is my habit, kongsi makan dengan ibu, baru la feeling habis) baru la tangan pun ligat menaip ye Mr.Lappy tersayang  :) Tapi apa kan daya.. Ibu memanggil-manggil.. Mahu ke Jakel katanya (our hobby, window shopping @ Jakel - by the way, not really window shopping, tapi memang bershopping ok)  ^^

Oh ya, Raya Cina ni insyaAllah akan ke Penang dengan sahabat tersayang (panggilan mengada-ngada saya buat beliau; Nana Ling). Kalau cerita kisah kami berdua memanglah tak akan habis kan Husna kan  :) Ke Penang kali ni atas urusan rasmi? ecewah! tak la... kami nak berjumpa Lili Ling (Hasliza) yang bakal disunting orang =)  ~oh... sangat bahagia bakal menyaksikan BFF ku menuju ke alam baru..~   ^^

Alkisahnya; 
Pergi ke Jakel membeli kain
Membeli kain bersama ibu
Hajat di hati nak beli kain
Takkan la nak beli satu...

Tu la jadinya, "Mari-mari.. hari ni Kain Ombak Rindu 3 pasang RM100, semalam sapa yang beli je dapat harga ni. Esok try datang, confirm tinggal besi cacak je kat sini". Aiyak! Hang ni, memang la terbaik! Memang patut jadi promoter kat Jakel ok! apa lagi.. ibu yang mulanya tak tergoda langsung, finally  -->  "Eh, kalau beli kain ni boleh simpan untuk raya kan? ".....  (dalam hati terbahak-bahak gelak.. opss.. sorry ibu!). Then, beli la juga 3 pasang (not so sure these kain pasang purposely for Eid, or akan dipakai before that, kita tunggu dan lihat ye - sebab ibu saya seorang Tailor - bukan Elisabeth Tailor ok) ^^

Emm... yang pasti saya dah dapat kain pasang untuk dijahit oleh ibu, untuk digayakan semasa wedding Cik Puan Reporter - Julida nanti, juga di Penang. Alang- alang dah sampai sana kan kan.. Majlis pertunangan Has nanti nak recycle semula baju ni...

V
V
V
V

Opss.. jangan salah paham.. saya bukanlah pengantin tersebut.. nak highlight baju pengapit tu (yes, itu barulah saya, mintak maaf Encik Pengapit, anda tersembunyi)  ^^

Ok la, barang-barang semua dah pack untuk ke tempat kerja esok, dan my lovely Mr.Lappy izinkan saya untuk meninggalkan kamu di rumah... saya janji, insyaAllah weekend ni saya balik Shah Alam ambil kamu iye.. Adios..  

~mood nak bebel, sebab boring, Abang takde, so tak dapat nak bebel kat Abang, then bebel la kat sini~  ^^

Salam rahmat Allah buat semua;

Isma :)

Sunday, January 1, 2012

2012.. Permulaan yang indah.. moga terus indah..


Ahlan wa sahlan 2012

Moga tahun ini menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih baik, bermutu dan hebat 
terus istiqamah dan mujahadah di bumi Allah
sebelum ke alam seterusnya..
insyaAllah  :)



p/s: Buat yang berkenaan  :)  iye!!!
InsyaAllah saya akan terus istiqomah dan sukses sebagai Muslimah yang baik
ameen
doakan iye..   ^^