Friday, September 28, 2012

Sudah Jatuh Berguling2 Pula

Allahu Rabbi..
Jumaat yang baraqah kali ini punya cerita yang bebeza

Entah kenapa la jadi hari serba tak kena
padahal, pagi-pagi lagi dah celik
Allah bagi masa untuk tebus segala kekhilafan diri
Tapi......  kenapa la jadi begini..

Sedang bersiap-siap..
tiba-tiba............... prang!!!
mug atas meja jatuh berkecai..
dah kena buat kerja vacum memvacum di pagi hari
PENAT

Bila sampai office, rasa nak beli roti canai kat cafe
semangat tunggu kat Lobi
dengan harapan, si akak manager sampai nak terus ajak p beli sarapan
tunggu punya tunggu
tak muncul jua
KECIWA

Gagahkan juga diri pergi cafe berjalan sendirian
Lepas membeli, gembira bukan kepalang
dah terbayang rasa enak juadah pagi ini
sekali melangkah..bumm!!
Jatuh kat tangga!
Astaghfirullah al azim!!! ~terpacul dari mulut
syukurlah pujian selayaknya kepadaMu
SAKIT

Saya tahu, petang ni, kompem la..kaki akan bengkak dan lebam
Ni pun terasa kesakitan yang amat
PELIK
selalunya kalau jatuh di khalayak ramai MALU bukan kepalang
tapi hari ni, sakitnya mengalahkan malu.

~SAKITNYA KAKIKU~

Thursday, September 27, 2012

Masak2 ^_^ (Episod I)


Assalamualaikum wbt,

Well.. hari yang ceria ini nak kongsi bersamalah, kisah suka duka, masam manis, pahit, rentung.. oh ye...
bila cakap tentang rasa ni, mestilah berkaitan makanan kan kan..

Sepeninggalan ibu dan ayah ke Tanah Suci..makanya sayalah memegang peran sebagai ibu gitu (oh penasaran Oki ni, lagi ikutan sama bahasa yang digunapakai dalam Naskhah Cahaya Atas Cahaya, nukilan Oki Setiana Dewi).

So.. check it out!



First breakfast - Preparing Adik's bekal..baki along makan untuk energy sebab nak kemas2 rumah.It was nice bila dapat prepare kan bekal untuk anak kecil ke sekolah.  ^_^  impian ni!

(18.09.2012)

First Dinner - Pasta, lantaran tiada stok spaghetti, pasta pun layan! FYI, dinner ni, angah yang teringin nak makan menu ni, punyalah preparekan bahan2, ingat Angah yang nak masak. Tunggu punya tunggu...hampeh! kena la masakkan... hihi.. 

(19.09.2012)

First Heavy Dinner - yang dimasak hanyalah ikan kembung masak lomak dan sayur campur. Lauk lagi 2 jenis was yesterday's lauk. hihi.. 

(21.09.2012)

Breakfast yang Ohsome - well, kami selamat di kidnap dengan rela oleh makcik kami pada hari Sabtu. Maka Ahad pagi dengan bahagianya makcik kata nak buat Puff, last2 saya juga la y kena buat. Well, bila dah sampai kat tangan den, mmg la den buat macam talk show gitu. Ala2 tengah buat cooking show.. hihi  ~Sardine Puff~ dah boleh buka bakery la saya ni

(23.09.2012)

Dinner penuh kerinduaan pada Ibu - Mengapa berbunyi gitu? Sebab inilah menu yang sangat kami suka. Dan ibu akan masakkan dengan happy nye menu ini buat kami. Well, I'm still learning, walaupun tuan/puan rasa ia teramatlah mudah dan ringkas, tapi saya ni masih lagi tak berapa nak Pro la.. at least, saya dah cuba sehabis baik. Well Done dear!
~adik masih lagi mengada2 kata x ada selera. Sekali suapkan, bertambah2 makan... hihi~

(24.09.2012)


Rempah Ratus Pertama - sebelum ini, selalu rasa teragak2 nak guna rempah ratus. Sangat tak pandai! tapi disebabkan rasa ingin cuba menggunung tinggi.. Ececeh! Maka terhasillah juadah Ayam Masak kicap ini.
OK FINE!  Ayam Masak Kicap je pun.. kan kan.. hihi 

(25.09.2012)

First PAVLOVA - Well, diri ini sangatlah iri dengan tangan2 yang punya power baking mem-baking ni. Nak dijadikan cerita, saya ni memang ada badi2 sikit dengan Oven. Kalau bab nak membuat kek, kuih dan biskut2 ni mmg la sangat2 berkobar2. Tapi, bila tang masuk oven. PASTI SPOIL! Sungguh! Selalu terjadi pada fasa2 terakhir sebelum sesuatu yang saya baking tu dikeluarkan daripada oven. 

Nak dijadikan cerita, sikit punya cantik dah pavlova ni naik. ce tengok betol2 kat pavlova yang side belakang tu, ada kesan kerentungan kan? hahah... but, nasib baik rasa ekau sedap!  Well Done! tak sabar nak balik keje, nak makan lagi, tak puas.. hihi 

(26.09.2012)



Siapa perasan banyak betul FIRST - Pertamanya...Sila angkat kening  ~_~

Hihi.. bukanlah saya tak reti langsung masak. Tapikan, bila ada ibu kat rumah, KOMPEM la nak makan masakan ibu jgk kan kan.. Ye la.. kat rumah sewa dah selalu sangat makan juadah air tangan sendiri. Bila makan juadah dari air tangan ibu, terasa aliran KASIH SAYANG nya yang tulus.. 

Aduh! jadi kangen banget sama Ibu nih!

Friday, September 21, 2012

PAVLOVA

oh.. pelis..
opss.. bukan Perlis ye...
Lunch hour nak p Isetan KLCC
mahu grab some groceries
yup..
I wanna bake.. not exactly bake.. tapi bake la juga..
nak try Pavlova..
Moga sukses la ye..
ameen...

Friday, September 7, 2012

Haji 1433H

syukur..
Allah memudahkan segala urusan..
InsyaAllah, tanggal 17 September ini ibu dan ayah akan berangkat ke Tanah Suci

Alhamdulillah.. Sujud Syukur padaMu atas segala nikmat tidak putus-putus

Kadang terasa.. betapa besar nikmat Allah
yang kadangnya kita terlepas pandang
kadang tidak kita hargai
dan kadang kita langsung tak syukuri

wannau'zubillah..


A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ya Allah, jadikan kami semua, hambaMu yang sentiasa mensyukuri akan segala nikmat kurniaanMu.. Ameen...

Semakin meningkat usia (hakikatnya, semakin pendek la perjalan hidup kita di bumi Allah ini), semakin diri mengerti diri. Alhamdulillah.. moga saja Kau tidak menarik semula nikmat Iman dan Islam yang Kau kurniakan kepada kami, Ummat Nabi Muhammad sallallahu a'alaihi wasallam..

Oh ya... kisah ibu dan ayah yang patut ku coretkan pada nukilan ini.

Kisahnya, kami menerima perkhabaran gembira dua hari sebelum menjelangnya Syawal.. sepucuk surat menggugah jiwa dan emosi kami. Gembira, syukur tidak terkira dan juga takut bercampur sebak. Semua teradun dalam segumpal dara bernama hati.

Setelah pulang dari kampung halaman, maka penantian pun berakhir jua. Makanya, cukuplah persoalan itu terlerai.. Maka ibu dan ayah telah menerima panggilan agungMu Ya Allah, untuk kembali ke Tanah Suci, tempat yang menjadi igauan dan kerinduan bagi semua ummat Islam..

InsyaAllah dalam sedikit masa lagi mungkin ayah dan ibu akan meninggalkan amanat, wasiat dan tanggungjawab padaku seperti masa mereka menunaikan Umrah tempoh hari..

Dan hati ini semakin jadi lemah bila memikirkan semuanya.. kerana sungguh! hati ini akan jadi lagi lemah dan lemah..

Saya sayang Ibu
Saya sayang Ayah
Saya sayang adik2 saya kerana Allah..

dan kerana Allah juga sayang kami, InsyaAllah..


~nazar... sila ingat ye.. perlu ditunaikan~