Friday, April 13, 2012

KARYA IM : SENDIRI



Jujur

hati ini terlalu rapuh
andai bisa waktu diatur
andai mampu hati dibendung
pasti jua aku kan cekalkan jiwa

mengheret segenap kederat

takkan ku biar rasa ini terjerat
takkan ku biar tingkah ini tersekat

alpa sejenak
aku tahu suratan bukannya kebetulan

kerana aku yang memilih jalan ini
kerana aku jua yang merelakan luka ini
kerana aku jua yang bertanggungjawab
kepada diri, hati dan jiwa ini

maka bertahanlah diri
sendiri