Posts

Showing posts from November, 2010

KARYA IM : Erti Hidup

Lewat dinihari.. Ku tersenyum sendiri.. Mengirai-ngirai erti hidup yang berlalu pergi.. Alpa aku seketika tatkala diulit dunia Larut dalam pesona yang punya seribu cerita Aku terlena..
Bagai detik berhenti seketika.. Saat terjaga, aku bagai tak percaya..
Adakah sukma dan jiwa bersatu semula Atau terpisah akhirnya.. Kerna hidup sementara cuma Mana mungkin kekal semua Kerna pasti ia lenyap selamanya..
Dia punya segala Memegang jiwa dan raga kita.. Kerna Dia adalah pencipta kita.. Tuhan Yang Maha Pencipta..