Saturday, July 28, 2012

Ku seru namaMu...

mati itu pasti..
dan persiapan untuk menempuhinya juga perlu sentiasa diteliti..

kesibukan dalam mengejar dunia takkan boleh menghanyutkan kita
lantaran nikmat dunia yang kadangnya mendamaikan jiwa-jiwa yang rapuh
sungguh hebat ujian ini..

dulu.. tiap detik pasti dibayangi mati dan peritnya azab andai tiada iman
kini... kadang ingat, kadang leka..
bila dihujani sakitnya ujian
baru mula terngadah

lupakah diri???

andai kau menjauh sungguh kerugiaan jualah yang bertandang

bila dekat dengan Nya... makin Dia dekat menghampiri

Allahu rabbi.. moga Ramadhan ini Kau kuatkan jiwa-jiwa ini
jangan biarkan ia tandus tanpa rahmatMu
jangan lepaskan ikatan Iman itu
tak ku rela hidup tanpa cinta dan sayangMu..
ku seru padaMu...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba... ^_^

Allahu rabbi..

Segala puji Tuhan sekalian alam..
dipertemukan dengan Ramadhan kali ini

Pada pengakhir Syaaban yang lalu terlintas di benak..
hihi... tak sabar nak puasa enam ni..
ish.. rupanya.. adinda roomate tersayang pun ada terlintas idea yang sama
tergelak serentak..
"Adakah kami ni dah tak sabar nak raya? Padahal, puasa pun belum bermula?"... masing-maisng yang tersengih..

Ramadhan.. Ramadhan..
sudah bersediakah kita..
tahun 1433H ni, terasa nak buat sedikit lonjakan dalam perancangan sepanjang meniti Ramadhan..
terasa sangat dhaif diri, lantaran adik kesayangan gigih meneruskan pengajian di Tahfiz.. nun tak jauh dari kami.. hihi.. masih lagi di bumi Selangor yang permai  ^_^

Kisahnya, tahun 1433H ni, insyaAllah nak mulakan semula Hafazan, ye.. bertatih semula..
walaupun hakikatnya sudah mampu berlari dan mendaki puncak sana..
ya.. sangat dhaif diri.. lantaran dunia yang dikejar-kejar..
ohh.. Rabbana Zolamna Anfusana....(sila baca sampai habis... hihi)

Ya Rabbul Izzati..
Ku mohon Ramadhan kali ini
Kau titipkanlah rasa syukurku pada Mu
Kau tiupkanlah kekuatan kekasihMu yang Agung.. Rasulullah Sallah Alaihi Wasallam
moga hambaMu yang saaaaaangat kerdil ini punya semangat untuk berjuang dalam perjalanan Ramadhan ini
Ameen Ya Rabbal 'alamin.. (moga kalian doakan buat saya dan doa juga buat kalian, insyaAllah)


*****


Ramadhan kali ini memang sangat berbeza
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?


1)  Berpuasa di RUMAH BUJANG - rumah sewa
2)  Puasa tanpa sahabat tercinta.. lantaran mendapat tawaran berkerja di tempat lain
3)  InsyaAllah nak lumba2 jadi PENCINTA ALLAH yang abadi  ^_^  (AZAM SAYA)


*****


Ramadhan kali ini bermula dengan hati yang SEBAK, SEDIH dan SYAHDU..
apa yang pasti ketiga-tiga emosi bergabung dan berpadu..
lalu memecahkan benteng EGO.. dan 'banjir' lah diri ini

Ya..
saya selalu dan sangat lemah dalam mengawal emosi
Tambah-tambah lagi bila berkaitan AKHLAQ DIRI dan IMAN yang ada fasa naik dan turun
dan juga bila ianya berkaitan KELUARGA dan.................... SAHABAT


*****

SAHABAT..RAMADHAN.. SUBURKAN IMAN


Dalam Ramadhan kami makin erat ukhwah
Dalam Ramadhan kami makin saling berkasih sayang
Dan dalam Ramadhan juga kami saling mengenal diri ke arah akhirat..

Dan bilamana sahabat yang paaaaaling saya sayang pergi meninggalkan saya
oh ya... saya tahu, hakikatnya dia tidak ke mana-mana, dia cuma meneruskan perjalanan hidup dengan kerjaya baru yang bakal bermula Isnin ini..
tapi hati dah penuh dengan lautan air mata
seronok sungguh anggota office yang lain..
           "ooo..kesian la dia, tak ada kawan dah.."
           "oh.. Isnin ni dia dah tak ada geng la.."
 oh itu... oh ini... ARGHHHHH!!! memang terus jadi insan SELEMAH-LEMAHnya..


dan teringat la bilamana sahabat yang lain pernah menegur..
"Awak memang larut dalam emosi".

Allahurabbi.. Sungguh ku bermohon agar kau kirimkan kekuatan kepadaku bersempana Ramadhan ini..Eratkan tautan ukhwahku bersama sahabat-sahabatku.. dulu,kini dan masa mendatang..
Moga sahaja persahabatan kami ini sentiasa dalam RahmatMu dan mekar hingga ke SyurgaMu..

Ya Allah, ampunilah dosaku.. dan juga dosa sahabat-sahabatku
Sekiranya diriku dan kalangan sahabat-sahabat berbuat dosa,
Kau izinkanlah pintu hati kami mengenal TAUBAT, moga sahaja kami beroleh BelasMu..

Ya Allah, sekiranya ada di kalangan sahabatku ada yang masih belum menutup aurat dengan sebaiknya, maka Ya Allah..dengan rendah hati.. Kau kirimkan hidayah kepada mereka..Aku amat berharap sahabat-sahabatku ini akan beroleh JannahMu..

Ya Allah, sekiranya ada dikalangan sahabatku ada yang masih liat mengejarkan solat fardhu dengan selengkapnya, melengah-lengahkan dalam mengerjakannya, baik sedar atau tanpa sedar.. Maka Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan dan kedamaian kepada mereka, moga sahaja ibadah solat mereka dan daku diangkat dan beroleh ganjaran pahala dari Mu..

Wasallallah hu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasalalam walhamdulillah hi robbil 'alamin...



******



Maaf.kerana.sangat.suka.beremosi.dalam.semua.keadaan  ^_^

Wednesday, July 18, 2012

Putus Asa

Ya Allah..
sunggguh..
sering saja hati ini merintih
mengeluh
mengaduh

Pada sebuah kehidupan
pada setiap ujian
pada setiap dugaan
pada setiap musibah
yanng datang menggugah
iman
aqal
dan hati

Ya Allah..
moga Kau izinkanlah diri ini
terus kuat dalam cinta dan kasih Mu
jangan pernah biarkan aku dijaukan dari redhaMu


sungguh aku tersangat lemah
sentiasa lemah tanpa kasih dan belasMu

Monday, July 16, 2012

Mengah

jalan termengah-mengah
tidak bermegah-megah
tidak juga semenggah

jangan  pernah terngadah
tidak pula mengalah
tidak juga sentiasa berbuat salah

biar semuanya berlaku..dan berlalu..

hati pasti terus kuat
walaupun tanpamu..

Friday, July 13, 2012

Terasa

terasa..
makin lemah
dan ingin rebah dipelukanmu

terasa..
makin kuat 
makin kerap
dan makin jua aku menghambur segala duka

deras bagai arus mengalir laju
tak berantai dan tak berbingkai
kadang tenang seperti jiwa
kadang galau tak berentak
kacau

hati itu ibu
menghala pada baiknya tubuh dan minda
mengarah pada tingginya iman dan ilmu
tuntunlah ia secemerlangnya

terasa ingin terbang tinggi
lari jauh
menyelam sedalamnya
aaaaaah.. terasa berat dugaan

lorong itu kelam
suram dan jauh
tiada jalan pintas ke sana

yang ada sebagai suluh adalah iman
yang ada sebagai pemimpin adalah ilmu
yang ada sebagai perancang adalah aqal
biar kadang langkah tempang
kuatkan jua 
tempuh jua ranjau di hadapan

moga sinar itu tak kurang
tak suram dan terlindung dek bayang semalam
kuatlah iman, ilmu dan amal
agar tetap betah ku di sini
mendaki mimpi 
ke kemuncak itu nanti





Wednesday, July 11, 2012

^_^

Imamku
biar kini ku tak tahu siapa gerangan dirimu
biar kini ku tak tahu di mana susuk dirimu
biar kini ku tak tahu bila tiba detik itu
akan setia ku menantimu

Imamku
doa dan harapan tak pernah putus
segalanya disandarkan pada Yang Maha KUasa

Imamku
akan setia ku menantimu
pasti..
masa itu akan tiba

Saat ku menjadi lebih baik
saat ku menjadi semakin yakin
saat ku menjadi semakin kuat
ku ada kerana kau ada
dan Dia Yang Maha Mencipta

Tuesday, July 10, 2012

Monday, July 9, 2012

Sejarah Kuala Lipis kami telusuri




Sejarah menunjukkan SMK Clifford pernah dilanda banjir teruk pada tahun 1971

Kemusnahan ekoran kejadian banjir yang teruk melanda Kuala Lipis

Kemusnahan ekoran kejadian banjir yang teruk melanda Kuala Lipis


Malay Hostel 1926

Pahang Club yang dibina pada tahun 1907
kini di belakangnya dibina cafe.. yang menunya, sangaaaaaaaat owsome!

Antara blok tertua di SMK Clifford
kini menempatkan pelajar Tingkatan Enam SMK Clifford

4 gugurlz

Bersama gambar Alumni SMK Clifford
ecewah !!!

Malay Hostel yang dibina pada tahun 1926 kini diguna pakai sebagai pejabat guru

Sejarah SMK Clifford

Bangunan Residensi Kuala Lipis tahun 1922

Tiada pembelaan T_T  siannya

Di hadapan bangunan Residensi Kuala Lipis dibina pada tahun 1922..
ditinggalkan tanpa sebarang perlindungan
sadisnya, tinggalan sejarah dibiar begitu sahaja T_T

Bangunan Pejabat Pos lama dibina pada tahun 1910

Daya tarikan Kuala Lipis.. hampir kesemua tempat telah berjaya kami tawan!

Di perkarangan Pejabat Pos tertua.. dibina pada tahun 1910
sangat lama!

Deretan bangunan kedai lama.. dibina seawal  1927, 1928, 1960 dan banyak lagi..
sangat unik struktur binaan dan keseniaannya
berbeza konsep dan bahan ^_^
subhanallah!!!

Sampai juga di Kuala Lipis ni ^_^

Landasan Keretapi tertua, dan masih berfungsi..

Dahulu... masjid ini adalah Masjid Negeri bagi Pahang... 1888