Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba... ^_^

Allahu rabbi..

Segala puji Tuhan sekalian alam..
dipertemukan dengan Ramadhan kali ini

Pada pengakhir Syaaban yang lalu terlintas di benak..
hihi... tak sabar nak puasa enam ni..
ish.. rupanya.. adinda roomate tersayang pun ada terlintas idea yang sama
tergelak serentak..
"Adakah kami ni dah tak sabar nak raya? Padahal, puasa pun belum bermula?"... masing-maisng yang tersengih..

Ramadhan.. Ramadhan..
sudah bersediakah kita..
tahun 1433H ni, terasa nak buat sedikit lonjakan dalam perancangan sepanjang meniti Ramadhan..
terasa sangat dhaif diri, lantaran adik kesayangan gigih meneruskan pengajian di Tahfiz.. nun tak jauh dari kami.. hihi.. masih lagi di bumi Selangor yang permai  ^_^

Kisahnya, tahun 1433H ni, insyaAllah nak mulakan semula Hafazan, ye.. bertatih semula..
walaupun hakikatnya sudah mampu berlari dan mendaki puncak sana..
ya.. sangat dhaif diri.. lantaran dunia yang dikejar-kejar..
ohh.. Rabbana Zolamna Anfusana....(sila baca sampai habis... hihi)

Ya Rabbul Izzati..
Ku mohon Ramadhan kali ini
Kau titipkanlah rasa syukurku pada Mu
Kau tiupkanlah kekuatan kekasihMu yang Agung.. Rasulullah Sallah Alaihi Wasallam
moga hambaMu yang saaaaaangat kerdil ini punya semangat untuk berjuang dalam perjalanan Ramadhan ini
Ameen Ya Rabbal 'alamin.. (moga kalian doakan buat saya dan doa juga buat kalian, insyaAllah)


*****


Ramadhan kali ini memang sangat berbeza
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?


1)  Berpuasa di RUMAH BUJANG - rumah sewa
2)  Puasa tanpa sahabat tercinta.. lantaran mendapat tawaran berkerja di tempat lain
3)  InsyaAllah nak lumba2 jadi PENCINTA ALLAH yang abadi  ^_^  (AZAM SAYA)


*****


Ramadhan kali ini bermula dengan hati yang SEBAK, SEDIH dan SYAHDU..
apa yang pasti ketiga-tiga emosi bergabung dan berpadu..
lalu memecahkan benteng EGO.. dan 'banjir' lah diri ini

Ya..
saya selalu dan sangat lemah dalam mengawal emosi
Tambah-tambah lagi bila berkaitan AKHLAQ DIRI dan IMAN yang ada fasa naik dan turun
dan juga bila ianya berkaitan KELUARGA dan.................... SAHABAT


*****

SAHABAT..RAMADHAN.. SUBURKAN IMAN


Dalam Ramadhan kami makin erat ukhwah
Dalam Ramadhan kami makin saling berkasih sayang
Dan dalam Ramadhan juga kami saling mengenal diri ke arah akhirat..

Dan bilamana sahabat yang paaaaaling saya sayang pergi meninggalkan saya
oh ya... saya tahu, hakikatnya dia tidak ke mana-mana, dia cuma meneruskan perjalanan hidup dengan kerjaya baru yang bakal bermula Isnin ini..
tapi hati dah penuh dengan lautan air mata
seronok sungguh anggota office yang lain..
           "ooo..kesian la dia, tak ada kawan dah.."
           "oh.. Isnin ni dia dah tak ada geng la.."
 oh itu... oh ini... ARGHHHHH!!! memang terus jadi insan SELEMAH-LEMAHnya..


dan teringat la bilamana sahabat yang lain pernah menegur..
"Awak memang larut dalam emosi".

Allahurabbi.. Sungguh ku bermohon agar kau kirimkan kekuatan kepadaku bersempana Ramadhan ini..Eratkan tautan ukhwahku bersama sahabat-sahabatku.. dulu,kini dan masa mendatang..
Moga sahaja persahabatan kami ini sentiasa dalam RahmatMu dan mekar hingga ke SyurgaMu..

Ya Allah, ampunilah dosaku.. dan juga dosa sahabat-sahabatku
Sekiranya diriku dan kalangan sahabat-sahabat berbuat dosa,
Kau izinkanlah pintu hati kami mengenal TAUBAT, moga sahaja kami beroleh BelasMu..

Ya Allah, sekiranya ada di kalangan sahabatku ada yang masih belum menutup aurat dengan sebaiknya, maka Ya Allah..dengan rendah hati.. Kau kirimkan hidayah kepada mereka..Aku amat berharap sahabat-sahabatku ini akan beroleh JannahMu..

Ya Allah, sekiranya ada dikalangan sahabatku ada yang masih liat mengejarkan solat fardhu dengan selengkapnya, melengah-lengahkan dalam mengerjakannya, baik sedar atau tanpa sedar.. Maka Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan dan kedamaian kepada mereka, moga sahaja ibadah solat mereka dan daku diangkat dan beroleh ganjaran pahala dari Mu..

Wasallallah hu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasalalam walhamdulillah hi robbil 'alamin...



******



Maaf.kerana.sangat.suka.beremosi.dalam.semua.keadaan  ^_^