Tuesday, February 26, 2013

GIVE AWAY - FINAL PREP


Assalamualaikum wbt,
wah wah wah!!!

siap ada love yang sangat besar gitu!

seperti yang IM janji janjikan, IM akan mulakan segmen Give Away
InsyaAllah, esok IM akan post entry Give Away tersebut
plus... hadiah yang bakal anda yang menangi
^_^

seronoknya nak berkongsi Pre Loved Item ni
InsyaAllah
stay tuned my dear


Tinta IM : Kena rangka strategi pra syarat yang mudah dan bersesuaian untuk semua peringkat masyarakat  ^_^

Monday, February 25, 2013

GIVE AWAY IDEA

Assalamualaikum wbt, 
sahabat blog sekalian, para pelawat tegar, para tetamu yang sudi singgah dan jenguk di sini..

Alhamdulillah... lagi sikit je lagi
apa ek?
boleh refer entry yang lepas


*************


aah.. nak sangat sangat buat segmen Give Away ni
tapi IM tak ada la penaja bagai...
biasa-biasa je

so...
IM minta pendapat sahabat sekalian

IF... IF... IF..
berapa banyak IF da...
cenggini

Untuk makluman, IM adalah peminat novel dan komik 
pada suatu masa dahulu
kiranya, bila segmen Give Away IM berlangsung nanti
insyaAllah, IM akan hadiahkanlah insan-insan yang bertuah dengan koleksi Pre Loved Item IM tu nanti

rasa-rasa ada yang berminat tak?
IM sangat sayang semua koleksi tu, so, semua koleksi IM memang dalam keadaan yang sangat baik
memang diHARAMkan untuk lipat masa baca
tak kisah la, adik ke, kawan ke, bahkan IBU IM pun IM selalu remind
(ihihi.. kejam benar ek?)


*************

Nengok akak y pakai shawl cekelet tu, cantik kan? owner/model Sugarscarf tu
impian IM nak ada branding shawl/tudung sendiri, insyaAllah
doakan iye semua  ^_^



Tinta IM : Hopefully dapat respond la daripada kalian semua ek. Nervous plak kalau xde sambutan.. jeng jeng jeng... Apada, Allah yang pegang hati kalian  ^_^

IKIM.FM

Assalamualaikum wbt,
dear sayang-sayang sekalian
oh! hari Isnin menjelma lagi
~_~

tapi hari ni badan IM rasa sangat lesu dan tidak stable
pagi-pagi bangun memang sangat sejuk
naik LRT, dah nak sampai office dah macam nak pitam
Allahuakbar!
sila kuat iye   ^_^

doakan iye semua

Oh ye, Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan oleh Nya
menyertai majlis ilmu
di mana?

tidak jauh mana pun
di cuping telinga jer
di IKIM.fm

IM kongsikan serba sedikit ilmu ye, moga mendatangkan kebaikan kepada kita semua
wallahu'alam


*************************

- Isteri DERHAKA, adalah Isteri yang PERLU DIDIDIK

- Sesungguhnya Allah tidak melihat di mana PERMULAAN kita, 
tapi Dia melihat di mana PENGHUJUNG kita

- Sekiranya Allah HANYA MELIHAT pada AWAL kita, maka Saidina Umar adalah insan yang paling teruk dan TIDAK LAYAK kepada syurga Allah

- Maka, suami yang BAIK adalah suami yang terus-terusan membantu dan mendidik dan mentarbiyyah isterinya

Wallahu'alam

(^_^)v

Pesona D' Zahrah ; IKIM.fm ; Ustaz Mohammad Abdullah

*************************






Tinta IM : Tersedar bilamana makcik IM ingatkan sahabatnya; "dah tak payah la dengar radio lain, dengar je IKIM banyak ilmu dunia akhirat, radio lain tu lagu je".

hehehe... but still, hati dan telinga IM ni degil dan nakal2 juga. bila teringat tukar balik la IKIM :)   ~sila jaga diri, hati dan Iman ye semua~

Thursday, February 21, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 - EDISI 1

Assalamualaikum wbt,
hi kalian semua, Alhamdulillah untuk entry Edisi 1 ini, IM akan kongsikan dengan kalian semua serba sedikit tentatif program dan insan-insan hebat yang berusaha menebarkan dakwah dan menyemai benih Islami dan Ilmu buat semua peserta Seminar Baitul Muslim 2.0
kali ini, InsyaAllah

^_^


Sebelum Aku Bernikah  -  16 Februari 2013 (Sabtu)


SLOT 1 : Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Pengurusan Jiwa
Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh

SLOT 3 : Fulu$ oh Fulu$
Tuan Suzardi Maulan

SLOT 4 : Sebelum Aku Bernikah
Tuan Hilal Asyraf

SLOT 5 : Kau dan Aku Berbeza : I Drive, U Baca Peta
Panelis : Ustaz A. Ubaidillah Alias & Puan Wardina
Moderator : Tuan Amin Idris (TV Al HIjrah)




Bercinta Sampai Syurga  -  17 Februari 2013 (Ahad)


SLOT 1 : Oh Mertuaku !
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Rumahku Syurgaku
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

SLOT 3 : Tarbiyyatul Aulad
Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

SLOT 4 : Bercinta Sampai Syurga
Ustaz Muhidin Mokter
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
(pasangan suami isteri)

SLOT 5 : Sharing Moment (Melentur Rebung)
Panelis : Ibu Wirianingsih
(Ibu 10 orang Huffaz)


Alhamdulillah, ini untuk Edisi 1 ye kawan-kawan, lepas ini akan menyusul edisi seterusnya yang mana IM akan kongsikan serba sedikit intipati yang berjaya diserap IM sepanjang 2 hari perkampungan di PICC

Wallahua'lam  ^_^






Tinta IM : Kalau seharian duduk saja-saja memang sangat terasa, tapi 2 hari di PICC dengan lambakan Ilmu Allah, sungguh tidak melelahkan. Dah habis baru terasa penat (mental dan fizikal). Allahuakbar!

Tuesday, February 19, 2013

TAKUT JARUM VS DERMA DARAH

Assalamualaikum wbt,
Salam ukhwah bagi follower baru yang sudi jengah dan follow IM iye
oh iye IM tu singkatan Ilya Maisara la   ^_^

Hari ini, 19.02.2013 hari Selasa
ok, tarikh yang cukup bermakna?
kenapa iye?
part ini kemudian akan IM kongsikan

Hari ini juga, hari yang IM sangat tunggu-tunggu
saban tahun, bulan Februari juga la yang IM nantikan

KENAPA???

sebabnya... bulan Februari sahaja Pusat Darah Negara datang ke bangunan Lembaga Tabung Haji
iye... buat apa lagi?
sedut darah la
hihi  ^_^

yup, sejak dapat green light daripada ibu masa di kampus UIA,
memang inilah aktiviti IM suka
bukan apa, dulu pernah jadi anak derhaka
disebabkan kondisi badan yang tidak berapa mengizinkan, kerap kali juga IM curi-curi pergi derma darah, TANPA KEIZINAN IBU
tahu apa jadi?

tak cukup itulah, inilah, low bp la.. macam-macam la
siap sekali tu, layak derma, lepas derma pitam
euw!

bila IM balik rumah cerita dengan ibu IM, memanglah kena ceramah panjang
haha! konon baik hati sangat la tu nak berbakti
MORAL OF THE STORY, bila dapat IZIN IBU baru boleh proceed everything
memang sangat mengajar IM

oh ye, ada sahabat yang nak tahu rasa/pengalaman lepas derma darah?
yang dah tahu silalah share juga dengan IM dan yang lain iye

Monday, February 18, 2013

SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN



Assalamualaikum wbt, my dear sahabat
ayuh sertai segmen ini

hanya perlu klik je kat gambar yang cute kat atas ni ye
Alhamdulillah, dapat ilmu baru dalam blogging
Backlink   ^_^

Siapa kata blogging itu tak perlu belajar
wah! memang seronok dapat belajar ilmu baru

Ok semua, jangan lupa join ye, insyaAllah
tambah kenalan, jangan tambah musuh


Tinta IM : InsyaAllah, jika tiada aral, bila follower IM dah menjangkau 50 orang, IM berhajat nak buat segmen Give Away la  (^_^) v  best best!
tunggu!!!!

Friday, February 15, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0

Assalamualaikum wbt,

hi sayang-sayang sekalian, well, weekend ni apa yang kalian akan buat untuk mengisi masa lapang?
^_^
apa pun perisiannya, mohon la kalian semua gunakan nikmat masa lapang ni dengan sebaik mungkin


InsyaAllah dalam usaha IM (Ilya Maisara) nak cedok ilmu untuk masa hadapan, esok (16 Feb 2013) dan Ahad, IM akan sertai seminar di PICC

seminar apakah?

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0


insyaAllah IM akan cuba kongsikan intipatinya dalam entry akan datang
Wallahu'alam

^_^

Wanita - Isteri




Assalamualaikum wbt,


Ini adalah 'scheduled entry' ^_^


macam-macam IM nak kongsi ilmu dengan kalian semua


Wallahi... dalam usaha memperbaiki diri


yang paling penting adalah ILMU!




Ilmu boleh diperoleh daripada pelbagai cara


dan 'blog walking' misalnya adalah medium yang bagus juga kan


jadi hari ini IM nak kongsi dengan kalian


wallahu'alam






2 merpati sejoli yang IM suka sangat
nama pun lebih kurang jer.. hihi ^_^ 




4 jenis watak isteri yang digambarkan dalam Al-Quran 




1) Jenis ideal isteri Musa.


Walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:


Salah seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”


Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.



2) Jenis isteri Abu Lahab

Iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:


“Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar”


Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.


Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.


Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.


Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api – iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.



3) Isteri baik dalam genggaman suami yang jahat.


Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.


Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai “imraatu Firaun” atau perempuan Firaun sahaja.


Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.


Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.

4) Watak perempuan Nuh dan Lut.


Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:


“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);”masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)”


Isteri Lut kononnya bernama Wa’ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.


Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.


8 Tanggungjawab Suami Kepada Isteri – Imam Ghazali





Assalamualaikum wbt,


salam jumaat


salam penghulu sekalian hari


moga hari ini penuh baraqah untuk kita semua


InsyaAllah ^_^



oh ya, pagi ini IM ada perkongsian sedikit



ini pun hasil cedokkan ilmu daripada usaha 'blog walking' pagi ini


InsyaAllah baraqah buat kalian semua dan IM juga


Ilmu yang disebarkan kan lebih baraqah gitu



jom!




8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah:


1. Mengadakan walimah


Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri


Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.


3. Meraikan isteri


Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.


4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta


Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.


Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkah


Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.


6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab


Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.


7. Tidak membuka rahsia suami-isteri


Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.


8. Setia


Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.


Semoga bermanfaat!




Tinta IM : Wanita @ Isteri, jangan pula lupa tanggungjawab kalian ye, Hidup pada memberi! InsyaAllah... Redha Allah kan ada pada Redha sang suami ^_^ gitu!

Thursday, February 14, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum wbt sayang sekalian,

Hari ini, IM (Ilya Maisara) join satu lagi segmen, seronok join bukan apa, tambah kenalan

dan yang pastinya, bolehlah cedok ilmu yang kawan-kawan baru ada
ye la, kawan biar beribu, x gitu!

so.... tunggu apa lagi join la ye...




Wednesday, February 13, 2013

1st Segmen : Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist



Assalamualaikum wbt, IM (Ilya Maisara) mulakan hari ini dengan jejak kembara di Blog Ina ni.

Jom semua serbu blog ina, dan join 1st Segmen beliau  :)
jom jom jom

klik sahaja link di atas ye
wallahua'alam..

berkawan biar beribu... jangan musuh menyerbu sudah  ^__^

Sunday, February 10, 2013

KARYA IM : JANJI DEMI JANJI

Manusia
terlalu mengejar bahagia
mengejar sempurna
mengejar cinta
hingga hanyut terleka

Betapa kita, yang namanya manusia
selalu sahaja terbuai dengan indah dunia
sampai sahaja membutakan mata pada nikmat di depannya
mengharap pada bayangan yang berlegar di minda
yang tak pasti kewujudnnya

yang dipuji pada elok dan rupa
pada yang bukan haknya
yang dikeji segala nista
pada yang dimilikinya
angkuhnya manusia

mana hilang kewarasan jiwa
tak endah pada murka Pencipta

kita terlahir dengan kesempurnaan kejadian
jangan lupa kekurangan yang beriring
bukan untuk dicaci maki
namun untuk diperbaiki
dan terus berusaha untuk memahami
kelemahan yang ada di sisi

kita tidak punya hak membenci!
apatah lagi memaki sesuka hati!

cukuplah diri di sini
menggalas misi Ilahi
sehingga pastinya dijemput pergi
menghadap Robbul Izzati

tabahlah hati ini
berpegang pada janji Ilahi
cukuplah Allah buatku, di sini, di sisi
abadi

Cinta Mu padaku tak pernah kurang walau seinci
walau sekeliling membenci dan tak henti merendahkan diri ini
ku kuat kerana Mu
yakin pada ketetapanMu
ku menunggu janji Mu
Ya Ilahi