Sunday, May 1, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 8)

ECV?
External Cephalic Version
Inilah yang Ummi Azra lalui selasa lalu

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam..
susulan posting yang lalu (YANG INI)
syukur..berjaya juga prosedur ECV dengan izinNya

SAKIT !!!

Allahuakbar! Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi rasa...


************************

 
Appointment yang telah ditetapkan pukul 2 petang
Tapi sebab tak mahu tiba lewat, ummi ayah datang sebelum waktu zohor
Solat Zohor di surau hospital dan terus siap-siap untuk mendaftar
hihi..mengah jalan laju-laju
rupanya kaunter pun buka pukul 2 petang, so kenalah ummi ayah tunggu dulu





 
Mujur proses pendaftaran tidak mengambil masa yang panjang
legaaaaaaa..
cecepat naik ke klinik pakar, ambil nombor dan tunggu sekejap
Doktor pun rupanya dah get ready
Terus masuk bilik rawatan
Mula-mula kena masukkan branula (alaaa..mende alah yang nak masuk air/ubat tu)
Ampun! memang paling menci benda ni
lepas dah pasang kena baring kat bilik rawatan
nurse, doktor monitor heart beat baby dengan CTG, dah stable diorang masukkan ubat
ubat ni nak buat rahim jadi lembut
tapi kesannya buat heart beat kita berdebar-debar macam marathon
pergh!








dah stable, kena masuk bilik scan, doktor yang rawat ni perempuan
muda pula tu, siap cakap dengan kita, "awak..awak ok?"
hihi..haruslah cuak kan!

BERISIKO?!

yup, prosedur ECV ni memang ada risikonya. Antaranya;
1) Uri putus/pecah pecah
2) Tali pusat terbelit di leher baby
3) Emergency Czer!!! nauzubillah
4) GAGAL! Baby tak boleh dipusingkan

Wallahi...berserah je 100% pada kuasa Allah. Tapi sebab doktor pun yakin boleh buat sebab air ketuban masih banyak. InsyaAllah..fuh! 

Sambung semula...

Lepas masuk bilik scan, doktor tunjuk, kepala adik baby memang masih di atas lagi
lepas tu, nampak doktor siap-siap letak gel kat tangan dia
uit! dah nak start ye? (persoalan dalam hati..)

doktor pegang perut ummi dan mula tekan siikit, macam nak menguli roti pula
sorang lagi doktor perempuan get ready pegang alat scan untuk scan
tengah doktor pertama pegang perut, pop!! terpacul sorang doktor lelaki
&^%$#@*%&&  aisehhhhh...kenapa doktor ni masuk rasa nak lari, tapi apakan daya
tapi doktor lelaki ni masuk terus ambil gel, sama-sama pusingkan baby dengan doktor perempuan tu

sambil tu suruh kita bertenang
sebab kena lembutkan otot perut
adoiii..sakitt kot! tahan la juga demi anakkan  ^^
lepas tu memang rasa dalam perut berpusing
doktor perempuan yang pegang alat scan terus scan
lepas tu semua jerit yey!!! berjaya! alhamdulillahhhhhh

BERJAYA!!!

Nak menangis rasa bila dah berjaya
Allahuakbar! lepas tu ingatkan dah settle
rupanya kena monitor pula heart beat baby
takut baby tak suka dengan posisi baru
Aduhaiiii..kesian ayah..kena tunggu lama..

Lama juga kena monitor CTG tu
lepas tu doktor kata heart beat macam tak cantik
Allah!
kena tukar baju pink
adoi..tolonglah jangan beranak dulu
kesian kat Azra, last nyusu subuh tadi
macam-macam fikir..




bersambung..................MASUK BILIK BERSALIN..;