Posts

Showing posts from November, 2015

PERSONAL SHOPPER IKEA

Image
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..
Misi kami sebagai Personal Shopper Ikea bermula pada 19 November yang lalu
Fuh!!!

Memang mencabar!
sebab yang nak dibeli ni barangan promosi
Jangan haraplah nak dapat dengan mudah
Orang lain pun pakat berebut
Dasyat sungguh
Inilah pengalaman pertama Ummi Azra menyelit-nyelit masa tengah sales
hahahaha...

By the way, selepas 4 hari straight menerjah Ikea seawal pagi sebelum Ikea tu buka
Beratur panjang tunggu nak masuk tu
Hari ini, isnin kami rehatkan diri
Esok insyaAllah kami akan menjalankan tugasan sebagai Personal Shopper Ikea kembali

So, kalau ada yang berminat bolehlah WhatsApp Isma 0173733012
Bagaimana cara untuk memesan barangan Ikea?
Mudah sahaja;

CARA 1

1) Buka website ini  IKEA MALAYSIA
2) Pilih barang yang dikehendaki dengan Klik - Save To List
3) Setelah selesai memilih barang, pergi ke capaian - My Shopping List
4) Klik - E-mail , dan masukkan email - isma.ap@gmail.com dan klik Send
5) WhatsApp Isma 0173733012 untuk maklumkan order te…

BABY SOLID FOOD : CARROT PASTA WITH PUMPKIN GRAVY

Image
Assalamualaikum mommies yang hebat ^^
Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt insyaAllah

kali ni, Ummi perkenalkan Azra dengan western food, tapi ada la juga rasa kemelayuannya..ececeh..

let's get started  :)



CARROT PASTA WITH PUMPKIN GRAVY

Bahan2;


Labu *

Lobak Merah *

Bawang Putih *

Isi Ayam *

Carrot Organic Pasta (celur)



Cara2;


- Rebuskan bahan2 bertanda * dengan sedikit air sehingga empuk.



-Kisar dengan air rebusan setelah sedikit sejuk.



-Hidangkan bersama pasta yang telah dicelur. Taburkan sedikit Mixed Herbs dan juga parutan keju jika suka.

YUmmy!

serious sedap..Lemak manis gitu!!

BABY SOLID FOOD : CORN IN A CUP

Image
ha....
siapa bilang tak nikmat hidup anak2 bila tak makan garam gula dan penambah rasa semua tu?
meh Ummi Azra tunjuk

sedap lahai.....

Resepi ringkas, cepat dan dijamin SEDAP!!!
Tapi AWAS!!!
Nanti bila anak poo poo...ha...faham faham la ye  ^^


CORN IN A CUP
Kukus butiran jagung
Gaul dengan unsalted butter
Siap!

BABY SOLID FOOD : TAUFUFAH

Image
Taufufah
Biasanya kita mesti nak mencari bila tiba bulan Ramadhan kan?

Dulu, kalau ummi azra beli taufufah, cuma nak hirup air gula tu je..
ceh! tak senonoh sungguh kan ^^

ok..meh Ummi Azra kongsikan resepi taufufah untuk baby, yang pastinya, maknya pun tumpang suap ke mulut sendiri juga

haha..

jom! alakazam!


Taufufah Baby Version

Bahan2;
Tauhu Organik
Puri Kurma/Kismis (atau apa shj)

Cara2;
Potong tauhu
Kukus dlm 3-5 minit
Curah dengan puri pilihan
Siap!



ha.........mudah ke senang? sempoi je kan? selamat mencuba mommies

BABY SOLID FOOD : DONUT

Image
Ha..tudia..
siapa kata bila kita kawal pemakanan anak tanpa gula dan garam mereka tak dapat menikmati makanan macam2

hihi..
tipsnya mommies kena jadi lebih kreatif ye :)
Ummi Azra idak la kreatif sangat
tapi, sebabnya menung mikir, nak bagi Azra makan apa?
so..kenalah usahakan..

ha..dah mulalah dah bebel..
jom jom!
siap sedia dengan menu seterusnya :)



DONUT
Bahan2;
Unbleached Flour (Faiza/Ros/Intisar)
Unsalted Butter/Olive oil (salah satu)
Puree Kurma/Kismis (ikut citarasa)
Yis
Habbatussauda'
Air
Olive Oil (utk menggoreng)

Cara2;
-Masukkan semua bahan
-Uli sebati
-Rehatkan adunan dlm 10-15 minit
-Uli semula
-Canai dan terap
-Goreng dgn olive oil
-Siap! Buat extra utk Frozen Donut

BABY SOLID FOOD : CHICKEN NUGGET

Image
Siapa suka makan nugget?
Siapa suka beli nugget?
ececeh...

apa kata, mulai hari ni, kita pasang niat
tak payah pandang2 dah dalam ice box kat supermarket tu
kita buat je semua nak?

hihi..
dijamin bersih, suci dan semestinya penuh kasih sayang dan zikrullah
gittu..

jom jom!
intai resepi, senaraikan bahan, berdesup pi buat ye..


CHICKEN NUGGET
Bahan2;

Isi ayam dikisar
Tauhu dicincang
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Sayuran (lobak/brokoli etc) dicincang
Mixed Herbs
Garam (utk 2thn ke atas/dewasa)
Lada Putih (dewasa)
Tepung Gandum
Telur (sy x guna)
Minyak Zaitun
Habbatussauda (jika mahu)
Bread Crumbs (Homemade / Putih / Oren)

Cara2;

Satukan isi ayam, tauhu, bawang besar, bawang putih, telur. Sebatikan. Masukkan beberapa sudu tepung jika mahu/perlu (jika adunan terlalu lembik). Masukkan habbatussauda dan mixed herbs (utk dewasa boleh letak garam dan lada putih). Adunan siap untuk dibentuk. Ambil minyak zaitun dan sapu pada tangan utk membentuk adunan (ikut suka bentuk yg digemari) Salutk…

BABY SOLID FOOD : BERGEDIL

Image
Assalamualaikum semua ^^

Untuk kali ini, Ummi Azra kongsikan pula resepi Bergedil..
Kalau dah ummi ayah suka, mestilah anak pun suka..kentang kan?

ok..siap sedia semua!!!


Bergedil Baby Version

Bahan2;
Kentang
Isi Ayam
Daun Sup/Ketumbar (cincang halus)
Mix Herbs
Keju (sagat)
Olive Oil/Unsalted Butter

Cara2;
Rebus/Kukus Kentang dan Isi Ayam hingga empuk
Lenyek kentang
Cincang halus isi ayam
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk. Gaul rata.
Goreng dgn olive oil (sedikit)
Sedia utk dihidang.

BABY SOLID FOOD : TEETHING COOKIES (ROTI KERAS)

Image
Baby solid food la nilah baru Ummi Azra sempat nak up entry kali ni..
InsyaAllah akan menyusul banyak lagi ye lepas ni.

Ummi Azra kongsikan serba sedikit resepi dan tips yang berkaitan menu untuk si manja tersayang.

Ni semua koleksi menu santapan Azra. Ummi tak terror masak, so simple simple je la ye..

Jom!
kita mulakan dengan kudapan


Teething Cookies  (sesuai buat gigit2 si budak comel)

Bahan2;

Roti Keping
Unsalted Butter
Acuan

Cara2;

-sapu roti dengan Unsalted Butter
-terap menggunakan acuan
-bakar roti sehingga garing

BUSYBOOK

Image
Busybook.

Siapa tak tahu apa itu Busybook? Ada juga yang panggil Quiet Book. Biar apapun nama timangan yang diberi, motifnya tetap sama. Nak bagi anak-anak dok diam, leka, tapi belajar sambil bermain. Gitu!

Demam Busybook memang memberi impak yang besar akhir-akhir ini. Rata-rata, semua mak-mak pun serbu MR DIY, Daiso, Kedai Kraf dan Barang Jahitan. Wah!!! mesti sales depa melonjak naik kan? hiihiii..

Well, macam Ummi Azra dah lama aim nak buat, punyalah kumpul idea lama, sebelum lahirkan azra lagi. Dek kerana masa lapang yang kurang nak ada, sekarang nilah baru berkesempatan buat.

Sekali nak buat untuk Azra, ada pula nak tumpang order. Hihi..maka Ummi Azra layankan jela. Untuk 1st batch ni, Ummi Azra buat simple je. 8 halaman aktiviti. Untuk 2nd batch 10 halaman aktiviti pula, dan banyak aktiviti baru yang baru dilakarkan. Macam biasa la, idea semua Tok Puan Seri Google kan hado!

hihi..meh tengok sikit Busybook Batch 1 yang sempoi baq hang!


Ok...bagi yang nak membuat tempahan boleh WhatsAp…

HOMEMADE BABY FROZEN FOOD @ FINGER FOOD

Image
Homemade Baby Frozen kami Alhamdulillah dapat sambutan yang baik daripada ibu-ibu. Allahuakbar! Happy sangat kita.

Mula-mula idea keluar 3 menu sahaja, Potato Cheesy Ball, Chicken Nugget dan Chicken Sausage. Bila menjelang petang, tiba-tiba dapat idea nak buat ala-ala popia, maka terjadilah Sausage Roll.

Alhamdulillah, stok untuk minggu ini dah habis. Kita berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada Baby Cookies pula.

Yang sebenarnya, semua ni bermula daripada minat. Yelah, alang-alang buat untuk Azra, apa salahnya kita mudahkan kaum-kaum ibu yang lain. Ecewah gitu! Moga mengalir-alirlah pahala ye...

Ameen..
So, sesiapa yang nak dapatkan Homemade Baby Frozen Food bolehlah whatsapp Isma 0173733012
Tapi, kita hanya COD di Putrajaya dan Shah Alam sahaja ye. Untuk Puchong pun boleh. 

Ok..selamat mencuci mata dengan menu kami. InsyaAllah 2nd batch kami akan persembahkan menu-menu yang baru dan pastinya sedap!

Doakan kami ye :)









Boleh juga jejak kami di FB Page kami KLIK SINI