Thursday, November 12, 2015

BABY SOLID FOOD : BERGEDIL

Assalamualaikum semua ^^

Untuk kali ini, Ummi Azra kongsikan pula resepi Bergedil..
Kalau dah ummi ayah suka, mestilah anak pun suka..kentang kan?

ok..siap sedia semua!!!


Bergedil Baby Version

Bahan2;
Kentang
Isi Ayam
Daun Sup/Ketumbar (cincang halus)
Mix Herbs
Keju (sagat)
Olive Oil/Unsalted Butter

Cara2;
Rebus/Kukus Kentang dan Isi Ayam hingga empuk
Lenyek kentang
Cincang halus isi ayam
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk. Gaul rata.
Goreng dgn olive oil (sedikit)
Sedia utk dihidang.

anak2 kebiasaannya suka makan nasi dan sup kan? apa kata, sertakan bergedil dalam hidangan mereka? lagilah mereka suka  :)