Friday, January 11, 2013

Benang-Jarum

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tak mencoret kisah seharian kan  ^_^
Asyik promo itu, promo ini
well, nak cari side income punya pasal
di samping nak berkongsi barang dan produk yang best dengan kalian itu sahaja  :)


oh ye! ada apa dengan benang dan jarum?


hihi..
nak dijadikan cerita, tiba-tiba datang seorang Hj membawa benang dan jarum
ralit dia jalan memegang dua benda itu sambil menuju kepada saya

IM : Hj, kenapa tu?
Hj : Ni ha, saya rasa benang ni lebih besar daripada jarum ni. Cuba tengokkan..

IM : emm, Hj, ni nak buat apa? Besarnya jarum ni..
Hj : Nak jahit kain

IM : Nah! (dengan pantas memasukkan benang dalam lubang jarum)
Hj : Oh! boleh... terima kasih

IM : Senyum (CUTE ok!)

*********

Tahu kenapa IM kata cute?
Ayat Hj tu cute sangat sangat sangat tau

Hj : Ni ha, saya rasa benang ni lebih besar daripada jarum ni. Cuba tengokkan..

Hihi.. Actually, jarum tu besar kot! ihihi.. tu yang pantas je IM masukkan benang tu
gelak dalam hati je ni
hehehe


Tinta IM : IM terfikir, nanti kalau dah nikah, tak mau la Imam IM jahit baju sendiri, nanti confirm ada ayat-ayat comel macam ni yang buat IM gelak pecah perut kot! heehhe..



A223


Isteri - isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

(Al-Baqarah 2:223)

~ Wallahu'alam ~