Thursday, January 24, 2013

K-Fiqh - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Assalamualaikum wbt, 

hi kawan-kawan ^_^
eh, sejak bila bertukar panggilan ni?
hihi.. saja tukar angin kan kan..

Baiklah... untuk entry kali ini, IM kongsikan dengan bangganya... mempersembahkan...

v
v
v
v
v
v

Pembentangan 1 
Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
         (Dr Zaharuddin Abd Rahman)


Dalam sesi pembentangan ini, Ustaz-Urusetia ada sediakan kertas kerja (handout). Tapi, IM akan kongsikan ringkasan serta pemahaman IM. Dalam erti kata lain, siapa-siapa yang ada hadiri K-Fiqh ni, bolehlah tambah mana yang kurang atau betulkan mana yang salah iye ^_^


1) WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

~ kedatangan Islam dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara ADIL serta melindungi kedudukannya sebagai...

Hadith yang bermaksud : Aku mencintai dunia kamu pada WANGIANNYA, WANITA dan dijadikan ketenanganku di dalam SOLAT.

~ Kalian boleh agak tak? kenapa 3 aspek tersebut yang Rasulullah highlightkan ?

i) wangi-wangian : Rasulullah menyenangi wangi-wangian, dan Islam juga mengajar agar umatnya menjaga kebersihan kan kan :)

ii) wanita : wanita adalah termasuk dalam aspek keduniaan. Mengapa Rasulullah stresskan tentang wanita dalam hadith ini.

Well known kan, yang zaman Jahiliyyah dulu, martabat wanita macam mana? Wanita umpama barang dagangan, sesiapa yang memiliki anak perempuan akan segera dibunuh, penindasan ke atas kaum wanita, sehingga wanita dijadikan barang dagangan. Allah! 

Mulianya..

Bila mana datangnya Islam, dikirim bersama Rasulullah tercinta, diangkat martabat wanita selayaknya. Alhamdulillah.. berbanggalah wanita wanita Muslim sekalian.

Anda diberi nikmat Islam dan Iman, bukan hanya sekadar nama dan tertera pada MyKad dengan gahnya kalian menghina Islam dengan perwatakan dan kehidupan yang membelakangi Islam.. Nauzubillah, moga hidayah Allah akan tersemat di hati-hati kalian. IM doakan selalu.

iii) solat : Adakah anda sedar, tempat yang paling dekat antara kita-Allah adalah semasa solat (sujud). Makanya, apda keadaan bersolatlah jiwa-jiwa kita akan menjadi tenang.

TAK PERCAYA?

IM nak minta, jika ada antara kalian yang serabut, stress, tension, atau ada rasa gundah, cuba kalian berwudhuk dan kerjakanlah solat sunat Taubat atau mana-mana solat sunat (pastikan Solat Fardhu tidak dilupakan). 

Confirm! kalau tak, there's something wrong.. jeng jeng jeng

Kalian akan kecapi rasa tenang, setenang, tenangnya..
InsyaAllah  :)


2) WANITA ZAMAN JAHILIYYAH MODEN

1) Diperkuda TANPA AKAD YANG SAH  (T_T)
-belum bernikah, tapi hubungan kalah suami/isteri. Astaghfirullah al azim

2) Diperalat untuk laris brang dagangan / perniagaan
- jadi model, jual tayar pun guna wanita dengan aksi yang bZzzzzz..(~_~)

3) Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard LELAKI
- nak majukan diri TAK SALAH! tapi yang salah bila kemajuan diri seiring dengan KEMUNDURAN JATI DIRI seorang MUSLIMAH.
- Contoh : nak mudah pergerakan kononnya buka tudung (Aurat)

4) Kecantikan diri untuk tatapan SEMUA
- teknologi; via fb, Instagram malah blog sekali (wadah yang sering diguna pakai)

5) Feminist TIDAK BERTEMPAT

6) Hamba kepada FESYEN dan KECANTIKAN luaran
- cantik luaran sahaja yang TERJAGA, hati, akhlaq dan aqal terbiar.. dan tidak seiring  (=_=)

7) Fahaman "MESTI BERKERJA/DUIT SENDIRI; SENANG KALU PERLU BERCERAI"
- Nauzubillah! tapi ini adalah REALITI yang selalu sahaja berlegar di minda wanita (sila jangan nak berdalih, sebab IM pun sama... Alhamdulillah, K-Fiqh dah betulkan mind setting IM)

8) Keluarga menjadi priority kedua selepas KERJAYA
- Wanita yang solehah, akan meletakkan SEPARUH HATINYA di rumah, wlaupun saat dia berkerja DI LUAR.


3) ISLAM MENJELAS ANTARA YANG HAK DAN BATHIL

Sebaik-baik kecantikan di dunia adalah WANITA SOLEHAH

Hadith Nabi Muhammad s.a.w maksudnya: Kami bersama Rasulullah dalam sebahagian perjalanannya, maka berkatalah sebahagian sahabatnya : Diturunkan padamu EMAS dan PERAK, boelhkah diajarkan kami manakah HARTA YANG LEBIH BAIK DIAMBIL?
Baginda lantas menjawab: LISAN yang BERZIKIR, HATI yang BERSYUKUR dan ISTERI MUKMINAH yang MEMBANTU KEIMANAN (termasuk anak-anak dan keluarga)

Maka jelaslah di sini, wanita di sisi Islam adalah diangkat darjatnya dan selayaknya. Alhamdulillah.. seronok kan... Tapi, janganlah lupa! TOLONGLAH sayang-sayang sekalian..

Jangan sesekali meremehkan ajaran Islam yang mudah. Kalau tak tahu, BELAJAR, TANYA DAN FAHAMKAN. 

Ketahuilah, setiap langkah, usaha dan tekadmu menuju Dia, pasti ganjaran yang BESAR menanti di 'sana' nanti... InsyaAllah


4) SOLEHAH MENDAMAI DUNIA MELALUI...

1) DIRI

- Wanita yang BAIK, akan tetap cuba untuk terus menjadi LEBIH BAIK

- Sedar diri TIDAK SEMPURNA, maka sentiasa mebiasakan diri untuk BERTAUBAT & MUHASABAH DIRI

-Mendahulukan pandangan berdasarkan NAS dan AQAL.. bukan EMOSI 
SEMATA-MATA (ok... bab ini memang teramatlah susah bagi insan bergelar wanita.. kan kan.. IM pun sama je.. InsyaAllah berusaha!!!)

- Emosi boleh membuat wanita berDOSA kerana gagalnya mengawal emosi

- Pentingkan KUALITI IMAN dan AURAT berbanding KECANTIKAN LUARAN shj

- Redha dan Sabar dengan cabaran kehidupan sebagai Muslimah

Tinta IM : Hijab bukan PENJARA, tapi hijab adalah PENJAGA.
                
                 EGO adalah KEKUATAN LELAKI, 
                 dan EMOSI adalah KEKUATAN WANITA


2) SUAMI

- Hak suami lebih BESAR, kerana hak ALLAH ada pada keredhaan SUAMI
(hopefully, bakal Imam IM, redhailah IM sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat ye.. applicable bila dah sah nikahnya)     (^_^)

- Wujudkan tumpuan waktu untuk memahami MINAT dan KESUKAAN SUAMI (ohoho.. apa ye? Ya Allah, janganlah yang sukar-sukar iye.. hihi)

- Menutup AIB SUAMI dari kerabat, rakan dan awam (KEWAJIPAN seorang isteri ni)

- Tidak mengorek KESALAHAN SUAMI, malah mendoakannya sentiasa

- Belajar macam mana / cara TERBAIK untuk menegur segala kesalahan SUAMI

- Memaafkan

Tinta IM : Jangan jadikan KELEMAHAN/KEKURANGAN di dunia sebagai PENGHALANG untuk bahagia di akhirat ye sayang-sayang sekalian.


3) ANAK-ANAK

- Anak-anak haruslah lebih DIUTAMAKAN daripada KERJAYA, PANGKAT dan HARTA

- Mendidik anak dengan PERANCANGAN dan bukan dengan PLAN SPONTAN 
(-_-)''

- Kasih sayang serta Akhlaq terpuji adalah model ikutan buat anak-anak


4) KEJIRANAN

- Dikenali oleh jiran tetangga sebagai PEWUJUD AKTIVITI MAHMUDAH 

- SENTIASA menjaga batas pergaulan dan AURAT antara jiran lelaki, anak dan suami mereka

- Isu yang paaaaaaaaling hangat bila berada di kawasan kejiranan kan kan


5) KERJAYA / TEMPAT KERJA

- Berkerja DENGAN IZIN SUAMI

- Menjaga aurat dan batas pergaulan semasa di luar rumah

- Gaji adalah WANG TAMBAHAN (kurangkan bebanan suami) bukan DINIAT SEBAGAI PROTECTION jika diceraikan

- Kemuliaan wanita bukan pada kerjaya dan pangkatnya, tapi JASA DAN BUDINYA pada keluarganya


6) MASYARAKAT

- Selagi boleh menyumbang bakti pada masyarakat menerusi ilmu dan kemahiran yanga da, maka boleh disalurkan



TINTA IM : Sangat terkesan dengan statement - Berkerja bukan untuk protection jika BERCERAI.

FINE! mungkin masih ada lagi yang tak berapa nak setuju iye (ragu-ragu). Natijahnya, jika kita dah set awal-awal yang negatif, maka aura-aura negatif PASTI akan mengiringi hari-hari kita

OK! IM berkeyakinan, InsyaAllah... IM akan jadi zaujah yang terbaik untuk zauj IM. Maka, persiapkanlah dirimu IM  ^_^