Tuesday, January 15, 2013

Titipan Rasa Sempena Ulangtahun Angah Ke- 24

Assalamualaikum wbt, 
oh maaf mengganggu atau terganggu
masih tak tidur
bukan kerana apa...
cadangnya nak titipkan bait-bait manis sempena ulangtahun yang ke 24 angah IM
tapi dah jadi macam garapan cerpen

itulah jadinya, bila jari menari-nari di atas keyboard (opss.. jangan pula kalian bayangkan aksi IM menari ye, walaupun masa sekolah rendah pernah massuk tarian.. hihi)

ok... just wanna share coretan yang tulus dari hati
insan bergelar ALONG...
selamat membaca.. 

pesanan khidmat masyarakat.. jangan menangis iye  ^_^


************************************************************


Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

segala puji bagi Dia Tuhan semesta alam, di langit dan di bumi ^_^ dah mula dah 

well, di keheningan pagi2 buta ini, adalah amanat daripada along tersayang iye.. sila la hadamkan mata dan minda ye.
Ni taip dengan curahan kasih sayang yang tak terhingga.. ^_^

Sila cari tisu dulu ye, kalau xde, meh masuk bilik along ada tisu.. ngeh ngeh ^_^

~ Alhamdulillah, syukur, dah menjangkau 24 tahun bernafas di muka bumi Allah ni kan

~ Moga sentiasa dalam perindungan, rahmat, baraqah dan redha Allah swt

~ Diberi nikmat Iman, Islam dan Istiqamah dalam perjuangan Da'wah Islamiyyah, walaupun kadang2 tempang langkah, turun naik semangat.. yang pasti YAKIN! Allah bersama2 orang yang yakin akan tiap janjiNya.. InSyaaAllah..

~ Jangan lupa, yang paaaaling mustahak, JAGA SOLAT, bukan setakat awal waktu... tapi kalau mampu, semampu-mampunya.. berlarilah dikau adikku ke masjid, bukan mencari imbuhan MANUSIA, tapi lunaskan AMANAH dari DIA, Tuhan kita ya Ahad! Allah swt

~ Moga usahamu dalam apa jua bidang sentiaaaaaaaaaaaaasa dalam 'pandangan' DIA, biar tiada manusia y lihat, itukan JIHAD namanya.. ^_^ baraqah Allah pasti beriring..

~ Pedang yang tajam tak sehebat mata pena (ok, sekarang via internet). Makanya, perluaskan lapanganmu dengan terussssss mencari ilmu. Ya! Ilmu bukan sahaja di bangku kuliah formal, tapi tarbiyyah dalam sehari2an..Mujahadah selalu

~ Last but not least! terima kasih kerana menjadi DRIVER ALONG YANG TERULUNG DI MUKA BUMI ALLAH INI; yang kadang2 buat aksi drift mengalahkan pelumba di litar sepang, apa2 pun, along boleh tido jgk walaupun.... SERAM!!! hehehe..

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah usia adikku yang kukasihi keranaMu Ya Allah. Tambahkanlah kecintaan padaMu dan RasulMu pada adikku dan kami sekaliannya. Jangan Kau pisahkan di dunia mahupun di akhirat sana. Kerana sesungguhnya, aku mencintai adikku Muhamad Asyraf dengan sesungguh kecintaanku padaMu, RasulMu dan agamaMu. Pimpinlah kami menuju alam abadi dan syurgaMu yang amat kami rindui.

Maka Ya Allah, sentiasalah jaga hati-hati kami agar tidak dibolak balikkan dan jauh dariMu... Ameen Ya Robbal 'Alamin

Baraqallah ♥

:: Along :: 15 Januari 2012 :: 3 Rabiul Awal 1434H ::