Monday, December 12, 2011

Jiwa yang tak Matang :)

Bismillah.. dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

       Penat dan lelah telah berakhir.. walaupun preparation tidaklah sebanyak mana, tapi Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Ohh.. bukan wedding ceremony iye kawan-kawan.. Inilah hidupku. Bersama sanak saudara dan kaum kerabat tercinta. Puas rasanya dapat membantu dan menyebarkan kasih pada mereka. Kalau tahun lepas kami menyambut Ulangtahun kelahiran si abang (Zikri), tahun ini kami menyambut Ulangtahun kelahiran si adik, Putri Alysha Qaisyara, our lovely Adik Icha.

    Seperti biasa, kalau nak berkunjung ke rumah mereka ( my lovely cousinKak Yan ) saya perlu menggunakan perkhidmatan ERL . Oh, inilah yang menjadi kejealousan adik-adik ku yang tak pernah lagi menaiki keretapi dengan kelajuan yang sangat laju setakat ini yang ada di Malaysia. Sorry my dear siblings, InsyaAllah, one day I'll bring all of you okay  :)


Sila abaikan Encik yang kelihatan bz ini  :)



    Oh, lupa motif asal entry hari ini. Yes! ~Jiwa yang tak matang~ apakah ini? Hihi..  ><   Dunia saya sebenarnya penuh dengan keriangan. Why?  emm, alkisahnya, memanglah saya tak ada kakak-kakak dan abang-abang yang memungkinkan untuk ada anak-anak buah. So, selalulah menumpang kasih dengan anak-anak cousin lantaran diri ini tak kawen lagi (^^)v

    Nak dijadikan cerita tercuit dengan gelagat kanak-kanak semalam, di majlis sambutan Ulangtahun Kelahiran Adik Icha. Selalu terfikir dalam diri, apalah method terbaik untuk mendidik little caliph yang diamanahkan Allah kepada kita semua ini? Dari pengamatan saya, dari kaca mata seorang yang masih lagi berstatus single dan belum kahwin ni, selalu memerhati tingkah perbuatan dan kaedah yang digunakan ibubapa utuk mentarbiyyah anak-anak kecik ini. Kerap juga terlintas di benak, Ya Allah mampukah diri untuk menggalas semua amanah itu. "....emm, tapi kalau fikir-fikir je memang boleh mereng, tapi tu la namanya amanah, wajib digalas, dibimbing dan dijalankan dengan sehabis baik. Ia pastinya akan dipersoal di Yaumul Akhirah. Firman Allah swt dalam Surah Al-Ma'aarij ayat 26) :-


A026

Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).

         Apa yang pasti diri ini sangat terkesan dengan cara Kak Dina mendidik dan mentarbiyyah  anak-anaknya; cara mengajar mereka tentang syariat fardhu solat yang lima itu, batasan aurat dan macam-macam lagi. Allahuakbar! sekuat itukah diri ini.. Ya Allah, ku pohon kekuatan dan semangat yang telah Kau kirimkan kepada beliau ( I'm really admired her spirit ). Hihihi.. tengok tu, suka sangat melencong... direct to the point.. Silalah evaluate sendiri dialog-dialog yang telah berlaku semalam. Semua ini adalah kisah benar, moga-moga kita semua mendapat input +ve daripada entry saya kali ini. Sayang anda semua :)


Dialog 1- Scene; dalam rumah main dengan kanak-kanak


Tasya : Kak Lia ni baiklah..
Saya   : *tercengang* Ha? Kenapa cakap macam tu?
Tasya : Ye la.. Kak Lia tolong basuhkan tangan budak tu, basuhkan mulut dia... bukannya Kak Lia kenal pun, bukan sedara kita pun kan.
Saya   : SENYUM  :)

Tinta Ilya Maisara ~ oh.. mudah dan ringkas je definisi baik dalam dunia kanak-kanak kan :) so syweet


Tasya : my little cousin.


Dialog 2- Scene; nak bersiap balik Shah Alam (rumah family), bersalaman dengan sanak saudara di luar rumah

Saya   : Bye abang, Cik Ya nak balik dah. (sambil menggalas beg yang macam ada batu konkret)
Zikri   Cik Ya, tak boleh balik. Abang nak tidur dengan Cik Ya.
Saya   Alahai.. nanti Acik Ya datang lagi ye rumah abang.
Zikri   : bertukar rupa.. mood mengamuk!! (oh.. aksi ganas berlaku)

Tinta Ilya Maisara ~ kanak-kanak mudah untuk berkongsi dan mempamerkan rasa cinta mereka. Tulus dan sucinya mereka ini. p/s: Terima sms pagi-pagi tadi dari Mama Zikri ~ Zikri nangis sampai mata bengkak, sayang Acik Ya dia kata. Aduh.. ni tengok filem Hindustan @ Ombak Rindu pun tak dapat sama level keruntunan hati macam ni tau (T_T)


Zikri : Kalau tengah gelak.. so syweet, kalau nangis.. adoii..


Dialog 3- Scene; preparing breakfast with Ibu di dapur rumah - Nasi Lemak :) nyummy kan

Ibu      Ibu cakap dengan adik malam tadi, esok along kerja. Tahu apa dia cakap?
Saya   Apa dia? (dalam kepala fikir, apa lagi la budak kecik ni)
Ibu      : Tak boleh ke along tu berhenti kerja?
Saya   mood gelak... ( macam mana la Adik boleh fikir sejauh itu )
Ibu      : Adik boleh ke bagi duit belanja kat Along? terdiam la dia..

Tinta Ilya Maisara ~ hihi.. seronokkan kalau dapat duduk dalam rumah je, tak payah kerja, setiap hari main dengan kanak-kanak. Well, impian nak kerja kat Taman Asuhan/ Didikan Kanak-kanak Islam Little Caliph tidak kesampaian. Ada selautan hikmah ni.. Bina kerjaya di Lembaga Tabung Haji pun satu platform yang sangat bagus dan terbaik buat diriku....


Faris : Adikku yang sarat dengan kasih dan tak putus menghulur cintanya.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 


~wallahua'lam~





"Sesungguhnya, merekalah anugerah Allah yang mendamaikan jiwa."











No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...