Friday, June 22, 2012

Perkongsiaan ^_^ ''Ustaz Don''

Assalamualaikum wbt sahabah sekalian  :)

ayuh... bersambung semula perkongsian semalam ye.. tapi.. hari ni saya letakkan point dan ringkasan sahaja iye. x pe kan..  ^^

UD kongsikan sedikit;

"Demi Allah, tiada seorang pun layak ke syurga, kecuali yang berIMAN dan tidak berIMAN kecuali yang berkasih-sayang".

Tanda-tanda akhir zaman adalah, SALAM hanya diungkapkan dan dilafazkan kepada orang yang dikenali.

:: nak kongsi sikit la, waktu sekolah menengah dulu, para mua'lim dah terapkan nilai yang unggul dalam diri ini, especially, tentang salam ni.
Dulu, lidah dan mulut ini tak pernah la alpa dan lepas untuk beri salam semasa dalam kawasan sekolah. Tapi, ia tidak cuma di kawasan sekolah, malah berterusan, sampai kat shopping complex pun masih tak malu pun sebarkan salam.. TAPI SEKARANG????  

~astaghfirullah al azim, Ya Allah keampunanMu jua yang ku harapkan~
(T_T)

jom-jom sambung semula perkongsian ilmu bersama UD..

ok.. saya nak buka semula cerita semalam balik iye.. minta izin ye ^^

SOALAN: Adakah beza nilaian bagi ibadah orang yang tahu amalan itu adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan yang tahu amalan itu adalah Perkara Yang Baik ?

JAWAPAN (perkongsian daripada UD) : Orang yang tahu suatu amalan itu adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, maka dia akan lakukannya dengan kehadiran rasa cinta terhadap Rasulullah s.a.w

Wallahua'lam.. rasanya tentang nilaian itu, biarlah Allah swt sahaja yang tentukan. Apa yang saya faham daripada percambahan ilmu UD itu, bila kita lakukan amalan itu dengan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w makanya, ibadah itu pastinya.. akan terbit keikhlasan dan penghayatan yang mendalam... x gitu :)

Analoginya, bila kita tahu yang masakan kita akan dimakan oleh orang yang paaaaaaaaaaling kita sayang, confirm confirm la kita akan masak dengan penuh teliti, seni kulinari terjaga, siap doa2 pengasih lagi.. (^_^)v betul kan!



Rasanya cukup sampai sini dulu ye perkongsian ini, moga baraqah la hendaknya, dengan izin Allah swt jua...


:::: Doakan keselamatan saya dan sahabat sepanjang permusafiran di negeri Serambi Kaabah bermula esok... negeri mana tu? KELANTAN DARUL NAIM.. InsyaAllah, moga redhaNya mengiringi kami semua.. 



Hamdallah 'ala kulli hal... Salam syaaban.. moga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang semakin menyeru2 kita.. rindu sungguh bulan pernuh kemuliaan itu  ^^