Monday, July 29, 2013

ANUGERAH

Sungguh
rasa ini mungkin yang terindah kala ini
mungkin yang terdamai kala ini
dan mungkin juga yang terhebat kala ini

Kata syukur dan puji
hanya padaMu
anugerah yang tak terjangkau
anugerah yang tak ternilai
anugerah daripadaMu

Rasa bahagia yang membalut
hilang pergi segala gundah
terawat sudah segala lara
dan tercipta sudah episod indah
dengan hadirnya sebuah anugerah

Aku cuma mengharap
yang datang ini bukanlah pelangi indah
indah seketika
pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula

:: RnR Rawang ::
08 Mei 2013 - 9.35 am