Monday, July 29, 2013

RASA INI

Sinis pandangan mereka
seakan menyampai berita
tanpa sebutir suara

Mahu apa mereka?
merenggut semua yang ada
yang aku punya
merampas segenap bahagia
yang aku rasa

Punya apa diriku?
mengemis secupak cinta
mengharap belas semua

Tak betah merangkul duka sentiasa
hatiku bukan milikku
dan mungkin bukan miliknya jua

Mereka bisa tertawa
berkata apa semahunya
aku hanya menongkah mimpi
mimpi tanpa secalit realiti

Sampai bila mampu bertahan?
begini?
episod dukaku menjelma lagi
dan lagi...

Tak mampu sembunyi duka
hanya wajah penuh pura-pura
itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa

 Maafi diri
diri yang selalu sahaja larut dalam rasa
selalu berendam luka
dan selalu sahaja kecewa

Moga esok bila terjaga dari lena
aku mampu mengukir senyum
dengan raut paling manis sedunia
itu harapan hari ini

Dan moga sahaja hati bisa mengerti
yang realiti tak mungkin seperti mimpi
hamparan berlian tak mungkin menghiasi
kala diri menjalani duniawi
sebelum bertemu Yang Maha Hakiki
pasti!

:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::