Wednesday, January 21, 2015

ROTI SARANG LEBAH @ ROTI MANIS

Assalamualaikum wbt,

wah!!!!!!! pagi-pagi lagi dah online
ecewah!
hari ni semangat waja ok nak buat roti sarang lebah
lama dah peram resepi..
bahan mostly dah ada, cuma tak ada yis dan telur je

so, malam tadi pesan al-husband
minta belikan yis dan telur
hamek!
berpaket2 dibelikannya yis tu

ececeh!!!

perli kerr... 
tapi dia memang gitu
tahu isteri dia suka benar main masak2
ok juga ada stok nak buat bun dan donut next time kan..

ok.. meh kita kongsikan resepinya dari blog Kak Malina

sebenarnya, ni suggestion daripada cousin isma yang dok kat Florida
Dia dah cuba guna resepi ni menjadi dengan jayanya
apa lagi meh try..
t isma kongsikan kemudian ye gambarnya..

adios!
nak buat bekal suami p kerja
muah!

*gambar dari google gitu*

Tuesday, January 20, 2015

MASAKAN ISTERI

Assalamualaikum wbt semua..
fuh...
malaih nye nak update. tapi memang sentiasa ada je idea...
aah la..
semalam macam biasa..
husband balik kerja petang, kami terus dinner
sebab masa pregnant lagi dia dah bagitau nak macam tu
tahu kenapa?
dia kata, nanti malam2 anak2 nak study
hahaha...
so syweet.. jauh sungguh fikirnya..
^^


****************

macam biasa la, huband saya ni pemalu orangnya
tapi kalau bercakap dengan saya
aduhai.. bikin gelaks dan melekat dalam hati ok!

*****************

lepas selesai dinner semalam;

H : Terima kasih masakkan yang sedap2 ye... esok masakkan lagi ye..
W : hihihi  ^^

sedaplah sangat..

Ikan Goreng
Sayur Kangkung Celur
Sambal tumis santan (ni pun bawa dari rumah ibu)


*******************

tapi.. memang bersyukur sangat Allah kurniakan suami yang langsung tak cerewet makan..
kuikui

syukurrrrrrr

Saturday, January 17, 2015

SIZZLING MEE vs PANCAKE

 Assalamualaikum wbt,

good morning uolzz..
hihi...
semaciam je Ummi Azra ni..
hihi

pagi ni sedikit blur..
nak masak apa untuk breakfast
nak makan roti pun xde..

tengah kemas2 dapur, tetiba dengar..
".. yang.."...ok, bos cakap apa ntah x dengar
p la menghadap dalam bilik kerjanya
"..yang.. buat pancake.."
"..ala.. fresh milk xde.. butter pun xde.."
"ala..cairkan susu x boleh? (susu pekat manis)...."
"..emmmm.. "..

tapi perut tekak i xmo pancake..
sesambil adunan pancake menaikkan sikit dirinya
Ummi Azra pun pe lagi.. nak puaskan nafsu makannya.. hamek ko!

ganaih nya..
ok.. maka terhasillah masakan kasih sayang
hihi..

bab pancake xde cerita la.. memang kejadiannya ok..
nak cerita bab sizzling

ecewah!
nilah mende yang paling hantu
aah.. mengahantui diri ini
start suka makan ni kat Metro Kajang
masa form 1 dulu, tiap kali outing kompem ni la yang dicarinya

tapi lepas form 5, bila makan kat tempat lain semua x kena tekak
ye la kan... cinta kali pertama
x dapat dilupa
hikhik..

sekali try la buat sendiri
pedepow!!! x tipu wei..
sedap x hengat
asal ganas benor bunyinya Ummi Azra ni
hihi

nak menyatakan
bahawa 
sesungguhnya
lepas ni
masak sendir la kalau teringin nak makan
dah la kejap je siap

ni yang semangat nak p beli pan utk sizzling ni
moga2 kat DIY ada
nak p cari sat lagi la.. ihihi

nah! ku tepekkan resepi utk anda semua
adios!
Assalamualaikum wbt.....

nila kejadiannya

Tuesday, January 13, 2015

RUTIN SURIRUMAH

sambil buat kerja rumah
sambil mengintai si solehah
 
alololo.. 

lepas mandi, isi minyak lena balik
sambil mamai mamai, tengok ummi
senyum...tidur semula..

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah Ya Allah

Friday, January 9, 2015

KEGEMUKAN - MAKAN - ISTERI - UMMI

my love cakap;
"....tengok ni (sambil tunjuk perut Azra)... macam perut ayah..."..
kami gelak..
hihihihi..
saya jawab;
"..jadi.. ini semua salah ummi la.."..
my love jawab;
"..aah.. ni semua salah ummi.. bagi makan sedap2 aje (..sedap tu saya yang tambah..).."
hakhakhak..
...sekian.. terima..kasihan mereka...

Thursday, January 8, 2015

AZRA : Ummi & Ayah

Orang kata;

Azra, comelnya...
Azra, chubbynya..
Azra, cantiknya..
Azra, boolatnya..
Azra, syweetnya..
 ... (pastu orang sambung..) macam ummi dia..

Kalau ayat ayah Azra;

..aah betul la tu, Azra bulat macam ummi dia..

-_-''

ummi redha nak!

Tuesday, January 6, 2015

HOME SCHOOLING / EDUCATIONAL TOYS


Alhamdulillah.. 

Wallahi.. syukur sangat dapat duduk rumah jaga Azra 24 jam/7 hari seminggu. hihi..inilah cita-cita saya sejak dari dulu lagi..

hahaha..

nak kawen, dapat baby, taknak kerja kat luar... hihi  ^^

aah... memang kasih hati offer kita tak payah kerja la ye.. hihi... bagai pucuk dicita, ulam mendatang gitu! Alhamdulillah..

 *****************

 Alkisahnya, saya ni bukanlah spesis yang boleh duduk bersenang lenang gitu. Aah! dah terbiasa kan... nak buat sesuatu.. well..bila dah ada masa lengang macam ni apa lagi, bercambah biaklah daya kreativiti den.. 

yippi!!!

ni sikit je ni..



orang yang paling bertuah.. ayah Azra la.. jimat duit dia.. no more toys! eh? bila masa ayah Azra belikan toys? memang tak ada lah kan?

memang berhasrat nak buat macam2 untuk Azra, alang2.. buat lah lebih, promo kat instagram, fb, insyaAllah ada sambutan buatlah banyak2 kan..

Homeschooling set ini insyaAllah ada;

1) soft book of transports
2) busy book of animals
3) busy book of counting
4) dice of shapes
5) dice of alphabets (image)
6) soft ball
7) finger puppets

insyaAllah nanti boleh pilih mana2 yang berminat ye.. yang pasti semua ni JAHITAN TANGAN 100%.. So... rasa kecintaan tu mengalirlah ke semua toys tu insyaAllah.. itulah harapan ummi Azra.. 

Ameen.. doakan segala ini menjadi realiti yang sukses ye.. ameen
insyaAllah, bi iznillah.. ameen

Sunday, January 4, 2015

MESIN BASUH - AIR - SUAMI - CINTA SAMPAI SYURGA

 tu dia.. tajuk sikit punya panjang....

Assalamualaikum wbt, ni nak buat luahan...

Geram la juga bila time nak basuh kain je, air seciput je keluar
ni dah apesal?

solusi?!
tadah air kat sinki
curah dalam mesin basuh
barulah mesin bergerak
kalau tak memang tak bergerak la mesinnya

fuh!!!

***************

nak dijadikan cerita, hari ni
lepas ayah Azra mandikan Azra
ummi buat kerja la macam biasa
bila nak basuh baju kegeraman melanda lagi

tadah air kat sinki
pastu susukan Azra
taptup taptup
ayah Azra settlekan semua
aah semua!!!

bila tak cukup air, mulalah bunyi 
teet teet teet dia
laju je ayah Azra pi ke mesin, tadah air, curah air, mesin gerak semula

pastu tanya kat sang suami mithali
"..dah kenapa paip tu.. taknak keluar air?"
sang suami mithali jawab; "entah.. masalah sama macam shower tu kot.."

tanpa disuruh2, ayah Azra siapkan basuhan kain
yey!
i love you darling!
hakhak...
senangkan dapat suami yang ringan tulang
Allahuakbar!

moga semua kaum hawa dalam lindungan dan kasih sang suami yang baik2 sahaja
cinta sampai syurga
AMEEN

Azra mana? Azra mana? haha.. dalam perut lagi masa ni..

2014 : Memori Terindah

Wallahi.. inilah tahun yang cukup semua rasa!
pahit manis seronok sedih sakit
semualah..
hihi..
yang paling best confirmlah... ada Azra Nur Ilyani ^^

so.. penghujung tahun 2014 sempatlah kami makan angin bersama keluarga saya
seronok sangat!!!!!!!!
tapi ayah x dapat join, sebab kerja
kesian atok Azra

kami pekena nasi kandaq Kg Melayu na!

muzium burung hantu.. tapi mana pi burung hantu hat yang real?

kat bukit bendera.. nampak tak kita tengah buat apa.. ni la namanya Nursing In Public
 





ummi nak posing! tapi kena la Azra posing sekali

dengan pakwe saya.. ketot kan saya ni! hahahaaaaa
 

Saturday, January 3, 2015

SMKA MAAHAD HAMIDIAH di hati ^^




Assalamualaikum wbt  ^^
hihi.. baru keluar gua gamaknya..
kihkihkih
Alkisah... pagi tadi menghadiri kenduri akikah anak kawan sekolah menengah dulu
lepas post gambar ni kat fb ada kawan tegur

"Waaah....jiran2 sebelah meja skolah dlu ngan baby y comey"

hihi..
terus teringat kisah lama..
masa dalam kelas suka tidur
pesan dengan kawan ni kalau tidur kejut, pukul la dengan pembaris plastik tu
pergh! bila kita tidur memang dia lepuk la dengan pembaris tu

hahaha.. hamek ko!

psss... Azra, silalah JANGAN mewarisi bondamu part ini
sekian..
wassalam 

Tuesday, December 30, 2014

AZRA Perkembangan 4 Bulan

Alhamdulillah..
syukur........
hari ni 30 Disember 2014
buat pertama kalinya nampak Azra dah berpusing-pusing
dah lebih 180 darjah dah..
sikit lagi 360 darjah ummi upah susu ek...

Wallahi!
I'm so happy ummi
I'm a super duper lucky wife
Allahuakbar!

 

Thursday, December 25, 2014

BIRTHDAY KEKANDA 2014

*lagi entry yang pending.. hihi*


Alhamdulillah
tahun ni birthday habibi boleh sambut
tahun lepas, masa tu kena pergi kursus
20 Disember 2013
hari last kursus

21 Disember 2013..
habibi datang amek nak balik kampung pula
taptup
taptup
cek UPT.. +ve pregnant
so.. kiranya hadiah birthday la kan..
hihi

1st birthday dia dapat tahu yang akan status
^^
Alhamdulillah.. syukur atas rezekiNya


******************

tahun 2014?
apa pula la ye..
ingat nak ikat je reben kat azra
hakhak..

teruk sungguh -_-''

so......... tetiba dapat idea..
ok!
nak buat kek!
punyalah nyorok2 buat kek
aah la.. rumah sekangkang kera
susah la nak nyorok
tapi Alhamdulillah.. Allah Maha Tahu..

encik asben bz, keluar rumah..
tapi dan k jadi cerita gas dapur habis
siap pujuk juga suruh encik asben orderkan gas sebelum dia p buat kerja dia (kat luar tu)

balik je dia ke rumah
bz dia mengerjakan CPU la mende2 komputer dia la kan
hikhik

terus kerluarkan kek
kebabom!
terkesima dia
hikhik

 papepun tahniah buat diri sendiri
berjaya buat kek yang sedap!
hahahhaaa

semua puji ok!
siap buat banyak bawa ke tadika
semua pakat belasah kek sedap itu
yey!!

boleh jual ni!




 

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 5

TIPS PENYUSUAN IBU #5: Ilmu penyusuan

Usaha untuk lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang mencukupi seperti:

-Prinsip supply and demand (lebih byk baby menyusu, lebih byk susu yg akan terhasil)

-Power pumping, tandem pumping. Lebih relevan lagi semasa membuat stok susu bagi ibu-ibu yg bekerja (cubalah untuk pam dan kosongkan breasts anda setiap 2-3jam walaupun belum bengkak susu. Pamlah walau hanya dapat 0.5oz sekalipun. Breasts yang selalu dikosongkan akan menyebabkan otak detect bahawa susu dah tinggal sikit, maka lebih byk susu akan dihasilkan secara berterusan. JANGAN hanya tunggu dah bengkak baru pam ya. Nanti otak akan ckp "Susu dah cukup banyak, malaslah nak hasilkan lagi". Dan satu lagi, cuba bayangkan anda perlu menyusukan anak kembar! Psikologi boleh mempengaruhi susu yang terhasil)

-Pastikan anda tahu bagaimana nak simpan stok expressed breast milk dalam peti ais, cara nak keluarkan susu dari peti ais dan kekalkan khasiatnya dll.

-dll lagi.

Macamana nak tambah ilmu? IQRA' 



30 November 2014

 *entry yang tertangguh*

Allahuakbar!

setahun lagi berganjak...
Allah.. makin dekat penghujung kehidupan
makin pendek la langkah di dunia
semakin hampirlah daku kepada sang pencipta Ya Robbul Izzati
Allahu Allah...

Syukur Ya Allah..
Kau berikan daku nikmat yang tak putus-putus
Moga kami semua dala lindunganMu
Ameen..

***********************************

Alkisah..
Semenjak berkahwin ni, lain macam sikitlah sambutan ulangtahun kelahiran kita
Ye la... rentaknya dah berubah kan kan...
Lagipun dah makin 'matang' takkan la nak sambut macam zaman kanak-kanak ye tak?

Jika tahun 2013 encik suami ajak kita sambut dalam hutan belantara
sambil mandi manda kat sungai
hihihi (pencinta alam sungguh suamiku kan kan)

Tahun 2014 ni masih lagi berbaur kecintaan pada alam semesta juga
hikhik (masih lagi pencinta alam ayah si Azra ni.. untunglah)
tahun ni awal-awal pagi encik suami kasih hati ajak ke MAHA lagi
aah... LAGI... 
minggu lepas kami pergi, tapi jalan sikit je..
kali ni impian nak tawaf lebih la..

fuh!!!!!!!!!! memang la penat..
masih banyak lagi tempat tak sempat kami teroka..
hihi...
dahsyat la... luas amat!

x mampu den (-___________-)''

tamat misi di MAHA berganjak pula ke IOI City Mall
ahax!!!
ummi Azra ni pantang dioffer.. 
jangan ditanya nak ke mana LAGI..
memang ada je la plan dia..
hikhik

tapi disebabkan melalui selautan manusia
terus padam mood nak masuk Daiso dan Tesco..
terus terjah Watson beli barang makeup sikit (hihihi)
terus ajak encik suami tercinta balik

dalam kereta sempat pula..
bi.. jom p Aeon Big
beli diapers Azra
hikhik ... alang-alang berjalan biar sampai puas..gitu ^^


love you Habibi...
we love you ayah!
Alhamdulillah atas segala rahmat dan kasih daripadaNya 





Wednesday, November 26, 2014

AZRA : TIDUR

Azra ni... kalau nak tidur
adoilah.. mesti nangis
kadang, menangis macam tak nak berhenti

dan...........
port paling dia suka


v




v





v





v




v





aah.. dada ummi
dari lahir memang tu la gaya paling dia suka

sampai ramai teacher yang admire gaya manja Azra tidur ni
macam anak koala
melekat kat dada ummi
tapi sungguhhhhhhhhhhhh.. ummi suka
rasa amat rapat ^^

dan satu lagi port tidur Azra

v



v



v



v

 

takpun kat riba ummi...
oh anakku.. ummi syang kamuuuuuuuuuuu

AZRA : 3 BULAN

Allahuakbar!!!

Sekejap je masa berganjak..
tahu-tahu je dah 3 bulan lebih Allah sudi meminjamkan anugerah dan nikmat permata hati kami ini
Alhamdulillah :)

19 November 2014, genap usia Azra 3 bulan...
hari itu juga ada appointment / konsultasi dengan doktor pakar kanak2 di Hospital Putrajaya
Azra...
usianya hampir menjangkau 2 minggu baru diserang jaundis
walaupun tak tinggi, hati ibu mana yang tegar, bila tahu anaknya tidak sihat T_T

Ogos 2014, Azra kena prolonged jaundice,
so setiap 3-4  hari perlu ke KK untuk ambil sample darah untuk cek tahap kuningnya
walaupun bacaannya semakin menurun, tapi doktor KK minta kami rujuk pada hospital

seriau!!!
sungguh tak tersanggup melihat tangan anak kecil menggeletar
sample darah dan air kencingnya diambil
meleleh juga air mata ummi bila nurse pulangkan Azra lepas ambil darah tu
ummi tewas! kat depan bilik rawatan tu juga ummi meleleh
Allah...

19 November 2014, doktor menjelaskan yang Azra bebas daripada sebarang penyakit..
Syukur..
lagipun ummi dah prepare dah, baca buku berkaitan susu ibu
dalam tu pun ada maklumkan if prolonged jaundice salah satu sebab adalah susu ibu

MUSYKIL?
terus tanya doktor
kenapa ye?
doktor pun x ulas banyak
apa yang pasti, doktor cuba meyakinkan bahawa susu ibu adalah yang terbaik

syukur juga, Allah murahkan rezeki Azra dengan susu yang banyak
dan Allah juga permudahkan perjalanan penyusuan Azra ini
Alhamdulillah


************************************************************** 
 
20 November 2014,
 
sedangleka bergurau dan berborak dengan ummi dan ayah
tiba-tiba Azra gelak
ha!!
ummi pandang ayah
ayah pandang ummi
kami pun gelak mendengar Azra gelak
 
bahagianya... Allah...
 
 
 

**************************************************************

23 November 2014,
sedang ummi leka siapkan slide untuk ihtifal tadika
tiba-tiba Azra menangis
Allah!!! Anakku... tertiarap..
huhu.. aah Azra dah mengiring beberapa minggu lepas

tapi cubaan meniarap tak berapa nak berjaya
kepala dah kuat
tapi belum pintar adjust tangannya
hiihi
teruskan usaha anakku!!!



Monday, November 17, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 4

TIPS PENYUSUAN IBU #4: Minum air yang mencukupi

Kalau nak penghasilan susu 1 liter, takkanlah kita hanya minum 1 liter juga? Mana cukup, minum air banyak-banyak, atleast 2-3liter sehari!

Maafkan saya, jika ada yang masih mengamalkan amalan berpantang dengan mengehadkan air yang perlu diminum, saya kurang bersetuju kerana ia akan menyebabkan susu anda kurang, bila susu kurang anak anda berisiko untuk mendapat jaundice (kuning).

Jika boleh, amalkanlah juga makanan seimbang dalam pantang agar nutrien yang cukup dapat membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman.




Sumber : FB Dr Hana


*******************

Tinta Ummi Azra;

Alkisahnya, teringat masa awal-awal proses berpantang. Nenek Azra @ ibu saya warning tentang pengambilan air yang berlebihan, tapi dek kerana anaknya ni kepalanya keras (hihihiii). macam2 hujjah keluar.. 

yela.. masa berpantang tu, kalau air kurang, sembelit satu hal... nanti dehidrasi pula.. susu pun sikitlah.. oh NO! NO! NO! memanglah ketegaq ummi Azra ni...

tapi nenek Azra pun redha jela, sebab bila tengok hasil susu yang dipam ummi Azra ni sampai penuh freezer dia. hihi..soooooooooo kawan2 sekalian, jangan sesekali abaikan pengambilan air ye...

salam sayang daripada ummi Azra :)


Azra minum EBM... Azra x kisah pakai botol atau puting apa.. belasah!!! janji susu ummi ye dok :)
 
 

Sunday, November 16, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 3

TIPS PENYUSUAN IBU #3: Banyakkan pengambilan milk booster

Antara makanan yang boleh jadi pemangkin/booster kpd penghasilan susu adalah soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba.






Sumber : FB Dr Hana

 
*******************************************************

Tinta Ummi Azra;

Assalamualaikum semua,

rata-rata semua dah tahu kan... telan la segala macam pil ke.. makan la segala jenis makanan ke.. tapi kalau otak asyik fikir dan mulut asyik ucap.. 

"alaa..kita memang tak ada susu la..." 
" ala... susu kita memang sikit la.."
"ala.. kita bagi fm kat baby sebab baby tak kenyang la.."
ala itu... ala ini.... 

kalau setiap masa kita tanamkan kata2 negatif, nescaya lambat laun melekat la semua tu kat kita...

moga kita semua biasakan diri dengan kata2 positif
insyaAllah mudah semuanya... dan dipermudahkan segalanya.. ameen

salam sayang dari Azra dan umminya :)


 

 

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 2

TIPS PENYUSUAN IBU #2: Banyakkan berdoa dan solat dhuha

Doalah sungguh2, "Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sibuk bekerja”.

Usahakan supaya solat dhuha jangan ditinggal. Ingat, rezeki Allah yang bagi 





Sumber : FB Dr Hana 

****************************

Tinta Ummi Azra ;

lumrahlah.. setiap perjalanan ada ranjaunya.. ujian yang datang itu perlu kita hadapi dengan SABAR...

awal2 menyusukan Azra ada juga terdetik dalam hati.. Allah! payahnya nak bf ni.. dengan sakit badannya la... sakit itulah inilah.. tapi selalu cepat2 istighfar.. dan ingat semula niat yang suci tu...

Alhamdulillah.. Allah tak penat2 pun pinjamkan kekuatanNya.. Allahuakbar! 

betapa beruntungnya kita ada Allah yang Maha Penyayang...

salam sayang dari ummi dan Azra :)




Saturday, November 15, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 1

TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.


Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih2 lagi di hari2 pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula...

Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 5-7ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colostrum (yang anda selalu cakap tak cukup tu) biasanya terhasil hanya sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.

Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!

Saya selalu dapat complaint daripada para ibu di hari-hari pertama selepas bersalin "Susu saya takde lah doktor" atau "Susu saya sikit sangat"

Tahukah anda, bayi baru lahir hanya perlukan 5ml sahaja kolostrum sehari? Satu sudu teh sahaja, tak perlu banyak pun!

Haaa, lepas ni kena yakin susu anda cukup utk baby dan jangan terlalu cepat mengalah pada susu formula ya! 
Sumber : FB Dr Hana



**************************************************


Tinta Ummi Azra;


Assalamualaikum wbt,

Paling utama dalam perjalanan BF ni adalah niat dan 'mind set'
Wallahi! kalau awal2 dah niat yang baik, masa sedang mengandung lagi dah pasang niat nak BF baby, InsyaAllah Allah akan bantu, sentiasa!

Ya Allah aku ingin menunaikan amanahMu dalam memenuhi tuntutan penyusuan anakku yang berada di dalam rahimku ini. Maka Ya Allah bantulah aku, berikan aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. Ameen :)

InsyaAllah, yang sukar akan jadi mudah. Yang perit akan menjadi indah buat kita kaum ibu yang sayang sangat kat anak2 permata hati pinjaman Allah yang agung ini  :)

oh ya, perjalanan penyusuan Azra bagi saya cukup indah! 'bonding' yang terjaliin buat Azra manja dengan saya. Bila sesi penyusuan berlangsung, tatapan mata Azra buat ummi rasa, Allah!!! lemah! cair!! kan kan.. siapa setuju? hihi

masa awal2 kelahiran Azra, ada juga rasa gundah bila Azra asyik nangis. Allah! kenapa ni? susu sikit ke? tak kenyang ke? tapi sebab teringatkan niat yang awal2 tu, terus betulkan mind setting.

susu saya memang keluar sikit, tapi saya kerapkan sesi penyusuan Azra. berurut pun saya buat dengan makcik tukang urut. Ini sebenarnya kerja ibu saya. Dia minta makcik tukang urut datang, untuk lancarkan susu badan, alhamdulillah! berjaya!

susu mula keluar... tapi sebab puting susu macam tersumbat lagi.. saya terfikir! baik saya cuba pam. Allahuakbar! hanya dengan permulaan menggunakan pam manual, subhanallah! susu keluar dengan jayanya..

lihat! apa yang penting di sini. Mind setting kita dan niat! kalau niat kita baik, dan mind setting kita positif, insyaAllah kita akan kuat. walau apa jua masalah kita akan pandang sebagai ujian, dan bukannya batu penghalang!

Yakinlah! Allah ada sentiasa :)

salam sayang dari Ummi Azra.....

azra.. masa ni belum sebulan lagi usianya :)




Wednesday, November 5, 2014

AZRA : PERMATA AYAH UMMI

Assalamualaikum wbt,

Allah.. lamanya tak post entry
Wallahi... bila dah mula kerja... dengan Azra lagi
rasa tak terkejar
semuanya berkejar-kejaran
nak makan, masak, solat, mandi, semua kena laju-laju

barulah faham macam mana jadi ibu kan kan
tapi.. yang membahagiakan hati
bila..... dia dah pandai senyum.. nak gelak tak bunyi lagi
tapi dah pandai ajak borak

Allah! memang jadi buruanlah si Azra ni
syukur.. Azra dikelilingi dengan insan-insan yang menyayanginya
jadi anak solehah ye sayangku!

ummi sayang Azra ^^





Azra ni manja, tidur nak kat dada ummi..
tapi ummi tak kisah... ummi suka sangat bonding ni
tak tahulah.. ummi enjoy every moment!
nikmat pinjaman Allah terbesar ni

ayah Azra selalu kata, bila tengok ummi bangun malam-malam, bf kan azra, tukar lampin azra
mesti ayah Azra cakap... kesian ummi
ummi letih
tapi mesti ummi balas...
tak apa.. ummi happy  :)
dan lagi ummi happy, sebab ayah Azra ringan tulang
boleh sambung masak, kalau tengah2 masak Azra menagis nak ummi (nak susu lah kan kan...)
boleh sambung sidaikan kain, kalau tengah basuh kain Azra merengek
boleh jaga Azra, bagi ummi mandi lama-lama dalam toilet, sebab kalau ayah tak ada ummi mandi koboi jerrr..

We Love You Ayah Azra!!!

eh? ni cerita Azra la ayah... hihihi  ^^

geng kat sekolah.. Najmi ni lahir awal 4 hari je dari Azra.. hihi

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...