Saturday, November 15, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 1

TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.


Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih2 lagi di hari2 pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula...

Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 5-7ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colostrum (yang anda selalu cakap tak cukup tu) biasanya terhasil hanya sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.

Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!

Saya selalu dapat complaint daripada para ibu di hari-hari pertama selepas bersalin "Susu saya takde lah doktor" atau "Susu saya sikit sangat"

Tahukah anda, bayi baru lahir hanya perlukan 5ml sahaja kolostrum sehari? Satu sudu teh sahaja, tak perlu banyak pun!

Haaa, lepas ni kena yakin susu anda cukup utk baby dan jangan terlalu cepat mengalah pada susu formula ya! 
Sumber : FB Dr Hana



**************************************************


Tinta Ummi Azra;


Assalamualaikum wbt,

Paling utama dalam perjalanan BF ni adalah niat dan 'mind set'
Wallahi! kalau awal2 dah niat yang baik, masa sedang mengandung lagi dah pasang niat nak BF baby, InsyaAllah Allah akan bantu, sentiasa!

Ya Allah aku ingin menunaikan amanahMu dalam memenuhi tuntutan penyusuan anakku yang berada di dalam rahimku ini. Maka Ya Allah bantulah aku, berikan aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. Ameen :)

InsyaAllah, yang sukar akan jadi mudah. Yang perit akan menjadi indah buat kita kaum ibu yang sayang sangat kat anak2 permata hati pinjaman Allah yang agung ini  :)

oh ya, perjalanan penyusuan Azra bagi saya cukup indah! 'bonding' yang terjaliin buat Azra manja dengan saya. Bila sesi penyusuan berlangsung, tatapan mata Azra buat ummi rasa, Allah!!! lemah! cair!! kan kan.. siapa setuju? hihi

masa awal2 kelahiran Azra, ada juga rasa gundah bila Azra asyik nangis. Allah! kenapa ni? susu sikit ke? tak kenyang ke? tapi sebab teringatkan niat yang awal2 tu, terus betulkan mind setting.

susu saya memang keluar sikit, tapi saya kerapkan sesi penyusuan Azra. berurut pun saya buat dengan makcik tukang urut. Ini sebenarnya kerja ibu saya. Dia minta makcik tukang urut datang, untuk lancarkan susu badan, alhamdulillah! berjaya!

susu mula keluar... tapi sebab puting susu macam tersumbat lagi.. saya terfikir! baik saya cuba pam. Allahuakbar! hanya dengan permulaan menggunakan pam manual, subhanallah! susu keluar dengan jayanya..

lihat! apa yang penting di sini. Mind setting kita dan niat! kalau niat kita baik, dan mind setting kita positif, insyaAllah kita akan kuat. walau apa jua masalah kita akan pandang sebagai ujian, dan bukannya batu penghalang!

Yakinlah! Allah ada sentiasa :)

salam sayang dari Ummi Azra.....

azra.. masa ni belum sebulan lagi usianya :)