Monday, November 17, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 4

TIPS PENYUSUAN IBU #4: Minum air yang mencukupi

Kalau nak penghasilan susu 1 liter, takkanlah kita hanya minum 1 liter juga? Mana cukup, minum air banyak-banyak, atleast 2-3liter sehari!

Maafkan saya, jika ada yang masih mengamalkan amalan berpantang dengan mengehadkan air yang perlu diminum, saya kurang bersetuju kerana ia akan menyebabkan susu anda kurang, bila susu kurang anak anda berisiko untuk mendapat jaundice (kuning).

Jika boleh, amalkanlah juga makanan seimbang dalam pantang agar nutrien yang cukup dapat membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman.




Sumber : FB Dr Hana


*******************

Tinta Ummi Azra;

Alkisahnya, teringat masa awal-awal proses berpantang. Nenek Azra @ ibu saya warning tentang pengambilan air yang berlebihan, tapi dek kerana anaknya ni kepalanya keras (hihihiii). macam2 hujjah keluar.. 

yela.. masa berpantang tu, kalau air kurang, sembelit satu hal... nanti dehidrasi pula.. susu pun sikitlah.. oh NO! NO! NO! memanglah ketegaq ummi Azra ni...

tapi nenek Azra pun redha jela, sebab bila tengok hasil susu yang dipam ummi Azra ni sampai penuh freezer dia. hihi..soooooooooo kawan2 sekalian, jangan sesekali abaikan pengambilan air ye...

salam sayang daripada ummi Azra :)


Azra minum EBM... Azra x kisah pakai botol atau puting apa.. belasah!!! janji susu ummi ye dok :)