Thursday, January 17, 2013

SHAWL

yey! seperti yang dijanjikan.. dan dinantikan
malam ni plan nak potong kain chiffon Georgette untuk buat shawl half moon
namun.....

eh.. nanti dulu
jangan potong dulu

ok!
fine =_=
saya akur!

wargh!!! ibu tak bagi potong dulu 
adakah
v
v
v
v
v
v
ibu
v
v
v
v
v
v
v
v
takut
v
v
v
v
v
v
v
v
bila
v
v
v
v
v
v
v
v
dah siap
v
v
v
v
v
v
v
diriku tak sabar
lantas nak terus pakai..


ye la..
restu ibu itu penting
walau di mana sahaja
dan dalam apa jua keadaan

syurga di bawah telapak kaki ibu


(^_^)v

Tinta IM : IM memang ada sindrom berkobar-kobar, tapi sekejap je, bahaya kan! hehe.. sabar la sabar


Usaha dan Jaya








Alhamdulillah... sayang-sayang sekalian
IM dah belajar buat kek ni dengan jayanya
yes!!!

nak belajar apa lagi ek lepas ni
suka tau ^_^


ok..perlu pertingkatkan lagi skill-skill yang ada..
oh ye.. 
malam ni nak potong kain chiffon untuk buat shawl



InsyaAllah, IM akan cuba keluarkan produk terbaru M2Mv
produk apa?
of course la tudung dan shawl yang cantik-cantik
suke tau!!!


Tinta IM : Usaha! Usaha! Usaha! barulah bertawakal ok!  ^_^

Wednesday, January 16, 2013

Gadis Ayu! Euw!

FINE!!

saya tak nak cakap apa-apa
saya nak jadi budak senyap
budak pemalu
budak sopan
budak ayu
ha.. apa lagi???
cepat cakap..

wargh!!!!

no! no! no!
itu bukanlah saya

sorry la hj-hj sekalian
saya tak pandai la nak jadi ayu-ayu gitu
gelis tau!

yup!  kadangkala saya NAMPAK je macam ayu-ayu, sopan-sopan
tapi saya bersemangat waja ok!
kental gitu!

cuma hati je ada taman..
aah, taman
ada bunga-bunga
rama-rama
air terjun
pokok-pokok

ahaha.. dah kenapa la saya ni?
lain kali sila jadi tegas!
dah berapa kali dah jadi bahan senda gurau hj-hj ni
siapa la saya  T_T



Tuesday, January 15, 2013

Titipan Rasa Sempena Ulangtahun Angah Ke- 24

Assalamualaikum wbt, 
oh maaf mengganggu atau terganggu
masih tak tidur
bukan kerana apa...
cadangnya nak titipkan bait-bait manis sempena ulangtahun yang ke 24 angah IM
tapi dah jadi macam garapan cerpen

itulah jadinya, bila jari menari-nari di atas keyboard (opss.. jangan pula kalian bayangkan aksi IM menari ye, walaupun masa sekolah rendah pernah massuk tarian.. hihi)

ok... just wanna share coretan yang tulus dari hati
insan bergelar ALONG...
selamat membaca.. 

pesanan khidmat masyarakat.. jangan menangis iye  ^_^


************************************************************


Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

segala puji bagi Dia Tuhan semesta alam, di langit dan di bumi ^_^ dah mula dah 

well, di keheningan pagi2 buta ini, adalah amanat daripada along tersayang iye.. sila la hadamkan mata dan minda ye.
Ni taip dengan curahan kasih sayang yang tak terhingga.. ^_^

Sila cari tisu dulu ye, kalau xde, meh masuk bilik along ada tisu.. ngeh ngeh ^_^

~ Alhamdulillah, syukur, dah menjangkau 24 tahun bernafas di muka bumi Allah ni kan

~ Moga sentiasa dalam perindungan, rahmat, baraqah dan redha Allah swt

~ Diberi nikmat Iman, Islam dan Istiqamah dalam perjuangan Da'wah Islamiyyah, walaupun kadang2 tempang langkah, turun naik semangat.. yang pasti YAKIN! Allah bersama2 orang yang yakin akan tiap janjiNya.. InSyaaAllah..

~ Jangan lupa, yang paaaaling mustahak, JAGA SOLAT, bukan setakat awal waktu... tapi kalau mampu, semampu-mampunya.. berlarilah dikau adikku ke masjid, bukan mencari imbuhan MANUSIA, tapi lunaskan AMANAH dari DIA, Tuhan kita ya Ahad! Allah swt

~ Moga usahamu dalam apa jua bidang sentiaaaaaaaaaaaaasa dalam 'pandangan' DIA, biar tiada manusia y lihat, itukan JIHAD namanya.. ^_^ baraqah Allah pasti beriring..

~ Pedang yang tajam tak sehebat mata pena (ok, sekarang via internet). Makanya, perluaskan lapanganmu dengan terussssss mencari ilmu. Ya! Ilmu bukan sahaja di bangku kuliah formal, tapi tarbiyyah dalam sehari2an..Mujahadah selalu

~ Last but not least! terima kasih kerana menjadi DRIVER ALONG YANG TERULUNG DI MUKA BUMI ALLAH INI; yang kadang2 buat aksi drift mengalahkan pelumba di litar sepang, apa2 pun, along boleh tido jgk walaupun.... SERAM!!! hehehe..

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah usia adikku yang kukasihi keranaMu Ya Allah. Tambahkanlah kecintaan padaMu dan RasulMu pada adikku dan kami sekaliannya. Jangan Kau pisahkan di dunia mahupun di akhirat sana. Kerana sesungguhnya, aku mencintai adikku Muhamad Asyraf dengan sesungguh kecintaanku padaMu, RasulMu dan agamaMu. Pimpinlah kami menuju alam abadi dan syurgaMu yang amat kami rindui.

Maka Ya Allah, sentiasalah jaga hati-hati kami agar tidak dibolak balikkan dan jauh dariMu... Ameen Ya Robbal 'Alamin

Baraqallah ♥

:: Along :: 15 Januari 2012 :: 3 Rabiul Awal 1434H ::

Friday, January 11, 2013

Sampah - Masyarakat

Assalamualaikum wbt,

Bersua lagi.. oh ye..
tajuk tu macam ngeri je ek?
ke biasa-biasa sahaja?

Tak apalah
yang pasti, IM ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam entry ini

KL dan Pengangkutan Awam memang tidak dapat dipisahkan
begitu jugalah halnya dengan IM  ^_^
pergi dan balik kerja, memang IM akan menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam

naik bas, turun bas
naik lrt, turun lrt
naik komuter pula
hihi..
semua sekali IM guna kan
bak kata boboiboy...

TERBAIK!!!

iklan sebentar  ^_^



baiklah...

nak dijadikan cerita (bukan dongengan, tapi realiti)
semalam
semasa dalam perjalanan pulang menaiki komuter
oh! saya suka koc wanita!
serious!
masih ada lagi segelintir kaum Adam yang suka masuk koc wanita
TOLONGLAH!!!




komuter sekarang lawa dan agak efisien  ^_^ Alhamdulillah


ok, kembali ke topik asal

semalam, IM dapat tempat duduk, sebab banyak kosong semalam
duduk bersebelahan seorang wanita non-Muslim
as usual, IM dah terbiasa dalam 'public transport' mesti membaca
tak kisahlah, baca majalah ke, buku ke, ma'thurat ke, paling tak pun baca message dalam hp ^_^


sambil membaca, sempat IM kerlingkan mata ke sebelah

''oh.. patutlah berbau, sedang makan rupanya".
IM husnuzon, lapar kot..kesian.. tidak mengapalah
(=_=)
sambil bersangka baik, mata nampak juga ni, sambil ligat berfikir
"ok.. makanan dalam bungkusan, dah habis makan, letak kat tepi kerusi? apakah?".


hati berbisik lagi.... FINE!

tak boleh jadi!


tiba destinasi dituju, wanita tersebut pun minta laluan dengan IM sebab nak keluar

IM senyum, sambil menepuk perlahan bahunya dan menunjukkan bungkusan yang terselit di tepi kerusi


tahu apa reaksi wanita terbabit???

senyum sinis
FINE!
IM anggap je lah anda lupa ye
tidak mengapa, asalkan IM dah jalankan tugas IM dengan baik


maaf IM nak tegur

perkara ini bukan sekali dua sahaja IM pernah lalui
BANYAK SANGAT!


mengapa jadi manusia tidak bertamadun?

mengapa jadi manusia yang membebani orang lain?
sudah kenyang dan hilang haus sendirian, tapi sampah ditinggalkan untuk yang lain membersihkan
in fact, kewujudan makcik-pakcik Cleaner bukanlah alasan untuk anda membuang sampah sesuka hati ok
pleaselah!

"Annazo fatu minal Iman; Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"



A003

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





~ wallahu'alam, maaf IM membebel lagi, demi kebaikan Ummah ~

Benang-Jarum

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tak mencoret kisah seharian kan  ^_^
Asyik promo itu, promo ini
well, nak cari side income punya pasal
di samping nak berkongsi barang dan produk yang best dengan kalian itu sahaja  :)


oh ye! ada apa dengan benang dan jarum?


hihi..
nak dijadikan cerita, tiba-tiba datang seorang Hj membawa benang dan jarum
ralit dia jalan memegang dua benda itu sambil menuju kepada saya

IM : Hj, kenapa tu?
Hj : Ni ha, saya rasa benang ni lebih besar daripada jarum ni. Cuba tengokkan..

IM : emm, Hj, ni nak buat apa? Besarnya jarum ni..
Hj : Nak jahit kain

IM : Nah! (dengan pantas memasukkan benang dalam lubang jarum)
Hj : Oh! boleh... terima kasih

IM : Senyum (CUTE ok!)

*********

Tahu kenapa IM kata cute?
Ayat Hj tu cute sangat sangat sangat tau

Hj : Ni ha, saya rasa benang ni lebih besar daripada jarum ni. Cuba tengokkan..

Hihi.. Actually, jarum tu besar kot! ihihi.. tu yang pantas je IM masukkan benang tu
gelak dalam hati je ni
hehehe


Tinta IM : IM terfikir, nanti kalau dah nikah, tak mau la Imam IM jahit baju sendiri, nanti confirm ada ayat-ayat comel macam ni yang buat IM gelak pecah perut kot! heehhe..



A223


Isteri - isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

(Al-Baqarah 2:223)

~ Wallahu'alam ~ 

Wednesday, January 9, 2013

Produk SNE ^_^

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian,

Ok.. entry kali ini saya tak nak ngomel, just nak inform tentang barisan produk hebat ini  ^_^ In Shaa Allah, Bi Iznillah juga kan kan



So... sesiapa yang tercari-cari produk-produk ini
sila roger saya ye..  ma'assalah
ilalliqo' :)

boleh hubungi saya di email : miss2mrsvogue@gmail.com








Monday, January 7, 2013

Derma Organ Anda ... ^_^

Assalamualaikum wbt,

Sayang-sayang sekalian...
hari ini merupakan hari kecelaruan minda
Allahu Latif
lembutkan juga hati ku ini  ^_^

Tapi
Allah tu kan Maha Adil
iye...

petang ini mencari ketenangan jiwa,
saya pun buatlah lawatan amal
ke mana?
ke blog Ustaz Hasrizal
siapa?
hihi..
Saiful Islam
kenal tak?

Lama dah simpan hasrat yang satu ini
Misi menjadi Sukarelawan MERCY Malaysia dah tercapai (since 2010)
Misi derma darah dah berjaya (since 2010 juga)
Misi ini yang masih lagi tertunda

Apa misinya?
Mendaftar sebagai Pengikrar Penderma
Penderma?
YES! Penderma Organ dan Tisu
hihihi

Hati selalu terpanggil-panggil untuk buat satu benda ini
selalu terfikir-fikir
apa lagi yang mampu diri ini sumbangkan pada insan lain?
Wallahi !!!
moga sahaja semua memahami niat suciku yang satu ini

Permudahkanlah urusanku Ya Allah ^_^


p/s : Bakal Imamku, sila sokong iye niat suci yang satu ini.


Tinta IM : Bagi yang berminat boleh klik pada gambar (icon) kat side kiri page ini 
                ye :)


KARYA IM : BUNTU


tapi.. 

kala hati cuba bertahan
dan jiwa kental melawan
ada kepayahan yang cuba mendatang

membawa kepincangan 
dan membuat diri bungkam

sendiri di sini
berteleku dan memaksa diri
apa tak bisa aku mencorak hari depanku?
atau tak mampukah aku untuk mengharung masa depanku dengan jalan yang ku pilih?

aku dan aku
hanya mampu membatu
di situ
dan buntu..

Cita-Cita

Cita-cita saya
mahu jadi
guru tadika

^_^

"Oh Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Ameen Ya Rabbal 'Alamin"

KARYA IM : BUKAN DI SINI

Sungguh
seakan tiada hati lagi di sini
pasti

Terasa ingin pantas melangkah
jauh
jauh meninggalkan semua yang ada di sini

Aku bagai manusia yang tak punya rasa
jasad yang ada bagai tak bernyawa
telinga yang menadah hamburan dan nista
bagai tiada menerima
apatah lagi menghadam semuanya
sungguh

Aku tak betah di sini
Aku tak mampu berdiri di sini

Aku rindu damai
Aku ingin permai
aaaahh...
sungguh

hati dan jiwa tiada lagi
di sini
pasti

Bawa aku pergi Ilahi
yang pasti, bukan di sini

Thursday, January 3, 2013

100penulis.com Perlukan Anda

100penulis.com mencari blogger-blogger yang berminat menyertai SEGMEN BLOGGER UNIK. Kalau rasa nak join dan menambah rakan/pembaca blog, jangan berlengah lagi. Cara-cara join pun simple ja. Klik sini untuk keterangan lanjut.

TEKAD - USAHA - JAYA

Assalamualaikum wbt,

Tahun baru dah masuk, saya rasa, ada satu azam tu saya perlu ganjakkan la, means perlu cepatkanlah. Apa? Kahwin? Eh.... bukanlah..

Saya rasa, cita-cita untuk berhenti kerja (kerja di pejabat) macam perlu dipercepatkanlah. Serious! Sangat jelous dengan wanita-wanita yang hebat.

    1) Ibu saya - Menjahit di rumah
2) Kak Ika Radiusite misalnya - daripada butik online ke butik realiti
dan
ramaiiiiiiiiiiiiiii lagi la...


Allahuakbar!
Kalaulah....eh! say no to IF IF IF IF what so ever!
Definitely, kalau nak berjaya haruslah berusaha kan?

Well, atas rasa kesedaran dan semangat yang menggunung tinggi untuk STOP KERJA PEJABAT
(haaaaaaa... clear kan?  hihi...)
In Shaa Allah, Bi Iznillah... (oh kalian semua.. tolong doakan saya ek ek ek)

Saya akan bulatkan tekad, masih ingat entry tentang azam saya yang ada juga yang TELAHPUN terlaksana dengan izinNya --->  SINI ^_^






Dan sesungguhnya.... bak kata Kartunis Ubi (kenal x?) dalam entry beliau yang INI
Ubi (2012) : Saya juga bukan seorang yang dilahirkan dengan kemahiran atau bakat melukis. Saya juga bermula lambat ketika awal remaja. Namun dengan usaha gigih dan tidak jemu menuntut ilmu, saya berjaya menempatkan karya saya untuk diminati ramai.
Siti Nurhaliza tidak akan menjadi diva biduanita negara jika tidak berlatih menyanyi secukupnya dan tanpa tunjuk ajar komposer berpengalaman.
Safee Sali tidak akan menjadi ‘Super Safee’ tanpa latihan secukupnya di padang dan tanpa bantuan serta dorongan jurulatih.
Percayalah… bahawa setiap kita boleh melukis dan lukisan kita akan jadi semakin baik jika kita mahu.
Yang penting adalah usaha yang gigih tanpa jemu dan belajar menimba ilmu dengan mereka yang berpengalaman

Jangan buruk sangka pada setiap perancangan Allah, apa yang pasti kita usahakan dulu yang terbaik! sehabis baik!

Sooooooooooo..... saya akan mulakan dengan Branding/Lable M2Mv dulu sebelum mengorak langkah lebih jauh. OH! Semangat gitu (sila jangan luntur la semangat ini).




Ni label adaptasi daripada sampul duit raya kami ^_^

Yang ini label rasmi untuk rangkaian produk CoCoLicous M2Mv

Lepas ni, In Shaa Allah akan mulakan misi untuk keluarkan shawl M2Mv. Apa yang pasti, koleksi M2Mv hanyalah yang mematuhi syariat dan lunas-lunas dalam Islam, senang cerita Shariah Compliance la... lebar dan menutup dada ^_^

Nantikan iye... inspirasi daripada B2B M2Mv (Miss to Mrs Vogue).



Wallahua'lam....



Tinta IM : Maaf. IM terlalu semangat untuk berkerja sendiri  (^_^)  Mohon doanya dari semua!

KARYA IM : RINDU

Manusia..
terlalu banyak helah
hidupnya bagai terlalu mudah 

mudah berpura
mudah berbicara
mudah mereka citra
mudah berhelah dan bersahaja
mudah menabur segala nista
mudah segala cara

tanpa sedar dan terlintas di korteks minda
apakan ada yang punya rasa
rasa duka
rasa hiba
mahupun tersayat kecewa

apa dirimu hidup seorang saja?
hingga tak mengendah semua yang ada?

bicaralah pada hati
pada minda
dan juga Imanmu
sebelum melantun madah
yang bakal memarahkan
mahupun melemahkan yang lain

mereka dan aku juga punya rasa
punya hati yang kadang kuat untuk bertahan
dan goyah tak terarah

Allah
 lindungilah hati-hati kami ini
moga sahaja kami tidak sepertinya
yang mudah berkata tanpa butir-butir agamaMu
biar sahaja hati-hati kami ini
tetap teguh pada rasa cintaMu dan agamaMu

Tidak kami mengimpikan indahnya dunia seperti mereka
yang kami rindu selalu
di kalbu
hanya panggilan dan haruman syurgaMu
serulah kami
setiap waktu
kami rindu...

Tuesday, January 1, 2013

Ahlan Wa Sahlan 2013 Masihi

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. 
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. 
(sila baca dengan irama lagu Opick.. hihi)

'afwan ya akhi ya ukhti
semangat sungguh IM hari ini

Di kesempatan ini IM ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 Masihi
oh ye, kita dah lama buka lembaran tahun Hijrah kan
so... untuk tahun masihi yang baru ni, kiranya kita cuma perlu selaraskan la dengan segala agenda yang telah dirancang sebelum ini
In Shaa Allah ^_^

Moga sahaja tahun baru ini membawa sejuta (infiniti la) sinar
yang baraqah buat akhi wa ukhti
In Shaa Allah ^_^

Kepada bloggers, followers mahupun visitors laman ini
IM mohon maaf segala kekhilafan selama ini ye
moga sahaja tahun ini kita semua tidak jauh dari 'pandanganNya'
dan moga sahaja (especially bloggers mahupun FBians) kita dapatkan azam yang mudah ini.. apa dia?

ok...
begini...
since kita ada kemudahan 'dunia tanpa sempadan' ini
why not kita ambil kesempatan
paling tidak dalam sebulan (kalau boleh pertingkatkan lagi kekerapan) post la status tentang Indah dan Mulianya Islam, Sirah Baginda dll.. kalau susah-susah sangat pun post la status dengan sepotong ayat Quran mahupun Hadith...

Bak kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (Seminar Generasi Y);
mudah sahaja kita nak berdakwah
kalau tak pandai berkata-kata
ambil sepotong ayat Quran
Copy
Paste

ha... gitu ^_^
simple kan.. In Shaa Allah akan 'dipandang' usaha kita yang kecil itu
kan kita hidup untuk 'memberi'
apa sahaja yang kita telah beri untuk Islam???

Tepuk dada, tanya Iman

Wallahua'lam







Tinta IM : Tiap amal yang penuh Ikhlas ganjaran yang tak ternilai di sisi Allah swt menanti... 

Episod 4 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 3 - Ohoho.. Tiada Kertas Kerja sebenarnya)

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian....
Selamat tahun baru 2013 Masihi..
wallahi! semangat lebih ni.. Apa azam anda sekalian..

Saya?
Oh... banyak azam tahun ni, makin bertambah-tambah.. seiring dengan tanggungjawab yang bakal bertambah juga, In Shaa Allah..

Oh ya.. ini adalah entry terakhir bagi Seminar Generasi Y.. In Shaa Allah, saya akan ringkaskan untuk entry kali ini..

Salah satu azam saya tahun ini, nak post entry yang memberi manfaat untuk semua.. mana kita tahu kan, bila-bila masa Allah boleh jemput kita pulang, dan moga sahaja segala ilmu yang saya sempat kongsi kalian memberikan manfaat... In Shaa Allah..  ^_^

ok.. selamat membaca semua ......



Kertas Kerja 3 : Penjenamaan Gen Manusia Menurut Perspektif Wahyu
Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri



Manusia : ciptaan yang UNIK... WHY? ;

     - sebelum ciptaan; Allah dah war-warkan dulu tentang Khalifah di muka bumi

     - Allah TAK war-warkan sifat manusia, TAPI tentang tanggungjawabnya 
       sebagai Khalifah (jelas kan! Itu adalah sebab kita diutus di muka bumi Allah, 
       mana bisa kita mencipta dosa dengan sewenang-wenangnya di muka bumi 
       Allah ini)


Kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam membawa ketamadunan 1,000 tahun lebih cepat (maju..) jika tidak, kita masih manusia TAK BERTAMADUN.

Allah swt, kirimkan agamanya, Islam yang suci sebagai panduan dan pegangan kita


A136

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

(Al-Baqarah 2:136)




Payah sebenarnya untuk 'meManusiakan' manusia, dan oleh itu Allah kirimkan baginda nabi untuk memuliakan Akhlaq... firman Allah;



A002


Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."




Baginda Nabi telah 'membentuk' golongan sahabat, dan para sahabat pula 'membentuk' anak-anak mereka, dan begitulah seterusnya...


A208


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.



wallahua'lam.. maaf khilaf diri..  ^_^









Tinta Im : Kini, kita berdepan dengan Ghozwatul Fikr (serangan pemikiran), justeru, ILMu! ILMU! dan ILMU! itu yang perlu kita ada, perlu kita sentiasa cari dan cari.. huh! sangat semangat iye.. hihi.. jom...

Episod 3 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 2)

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian.. 

Entry kali ini masih lagi berkisar tentang Seminar Generasi Y yang telah saya hadiri semalam 
(29 Disember 2012).

Moga dengan perkongsian ilmu kali ini dapatlah kiranya kalian semua info yang bermanfaat.. 
oh ya, seperti biasa, jika ada khilaf, mohon ditegur ya.. saya bukanlah insan kamilah (kamil untuk muzakar kan kan  ^_^)



Kertas Kerja 2 : Ekspresi  Gen Y Terhadap Dakwah
Ustaz Hj Zamri (TV Al Hijrah)



Peringkat dakwah adalah :-

   1) SAMPAIkan & TERANGkan ajaran Islam (fokus Muslim / non-Muslim)
   2) AJAR & Tarbiyyah (Muslim.. termasuk Muallaf)
   3) AMAL & Laksanakan mengikut Quran dn Sunnah (MUSLIM.. dan anda MUSLIM 
       kan.. maka laksanakan apa yang diajar.. tinggalkanlah mana yang diteah.. 
       okaih)

Ciri-ciri Asas Gen Y

1) Rapat dan akrab dengan sumber maklumat (MESTILAH kan kan... semua di 
    hujung jari.. gitu!)

2) Kebebasan dalam membuat pilihan & bersuara, menghargai keterbukaan, 
    ketelusan dan integriti.. NAMUN.. dengan kawalan  :)

3) Kolaborasi dan hubungan, interaktif.. inginkan sesuatu secara pantas (emm.. 
    kadang-kadang kurang sabar iye.. ops... terkena batang hidung rupanya..)


# Gen Y adalah -->  Gen WHY??? 

tidak mudah menerima tanpa sebarang hujjah / sebab.. semua dia nak tahu..  well  ^_^ tapi dalam satu sudut, bahaya juga kan..


Gen Y dan Dakwah

Dakwah adalah Manhaj.. ia boleh berubah-ubah selari dengan zaman dan keperluan semasa ummat.

Ye.. dan ia juga perlulah berpegang TEGUH pada 2 dasar :-

   1) Syariat
   2) Sedia berubah dan sedia fahami golongan sasaran (dakwah) dengan 
       mendalam megikut perubahan masa dan keadaan.


Kehendak Gen Y

1) Mahu TAHU, TAPI dalam suasana yang MUDAH & SANTAI (+ve)

2) Mahu IKUT, TAPI perlu ada justifikasi untuk buat pilihan dan bebas untuk 
    keluarkan pandangan (+ve)

3) Mahu BUAT sesuatu cabaran, TAPI tak sabar; perlukan sokongan (-ve)

4)Mengukur LOGIK berdasarkan khalayak 'Langit Terbuka' @ Teknologi


Wallahu'alam.. akan bersambung dengan entry seterusnya... berkaitan Gen Y dan Wahyu.. dan Media.. dan lain-lain lagi.. TUNGGU!!!







Tinta IM : Bila Gen Y boleh aplikasikan ilmu dunia dan akhirat, In Shaa Allah berjaya dengan cemerlang dunnia dan akhirat. Allahuakbar! Pimpin kami Ya Allah untuk memimpin yang lain kepadaMu.. untuk Mu..

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...