Friday, December 14, 2012

KARYA IM : SEBUAH PENGAKHIRAN

"uMMATI.. uMMATI.. uMMATI...."

kalimah yang tak lekang dari lidah Baginda Nabi
menitip kalimah itu di hujung sebuah kehidupan manusia teragung dan disanjung

Baginda pergi tak kembali
perginya sinar yang menerangi seluruh alam
perginya Baginda meninggalkan ummat yang dikasihi
perginya Baginda dengan dua pegangan yang abadi
Kalam Suci Allah azzawajallah, dan Sunnah yang perlu ditelusuri

perginya Baginda Nabi.. tiada pengganti
pasti!


*****

Tapi..
masa kini,
hanyutnya Ummah yang dikasihi Baginda Nabi
goyah aqidah, ibadah apatah lagi mu'amalah
menggadai pegangan yang ditinggal Baginda Nabi
bak pedagang berjual beli
mudah sekali

Tak sayangkah kita pada Baginda Nabi?
Tak sayangkah kita pada perjuangan para Sahabat Nabi?
Tak sayangkah kita pada sebuah janji untuk berkumpul di sana nanti?

Hati terusan menangisi nasib ini

Sanggupkah membiarkan aqidah tergadai dek kerakusan menggenggam dunia
ah... manusia makhluk sesempurna kejadianNya
pandai bermuka-muka


*****

Kita tak perlu jadi seperti Bosnia
Kita tak perlu jadi seperti Rohingya
Kita tak perlu jadi seperti Palestinia
Kita menetap di Malaysia tercinta...

Negara permai ciptaanNya.. tapi.....
Kuatkah kita bila dilanda badai yang tak terhingga????

Hiburan penuh lagha yang tak berpenghujung
Kisah cinta yang dijaja penuh kejijikan
Lalainya kita dibuai noda-noda dunia


*****

Bangkitlah wahai mujahadah Malaysia
tak takutkah kita bila ditanya di sana?

Apa yang disumbang kita buat Islam tercinta?
Buat Muslim sedunia?
Ah.. mungkin terlalu besar arenanya..
pada diri kita, sebagai hambaNya?

Mungkin tintaku umpama mimpi sahaja
jangan mimpi tergadai sewenang-wenangnya
lakarkan mimpi jadi realiti
pada sebuah rasa cinta
pada agama, Rasul yang dicinta dan pada Dia




huh!!! sebuah keluhan jiwa, rentetan garapan seorang insan hebat.. -> INI

No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...