Monday, December 17, 2012

KARYA IM : Kita ini siapa-siapa saja...

Maaf
aku bukanlah bidadari untuk dipuja
dan bukan juga penjenayah untuk dikeji sentiasa
kerana aku insan biasa

Sungguh..
mudahnya yang bernama insan ini
larut dalam nikmat dunia
hingga tak terkesan jejak akhirnya
semakin menghampiri dan menanti
untuk menjemputnya pergi

Benar..
indahnya pelangi senja
datang sekejap
namun terkesan juga

Aku terkadang ralit dengan segala nikmat bahagia
hingga kdang tersasar pada jalan yang tak sepatutnya
dan Kau tak pernah alpa
untuk membawa kembali
menyoroti lorong yang sepatutnya

Kau hadirkan insan-insan
yang buat ku tertanya
entah datangnya dari mana
dan siapa siapa sahaja

Kau hadirkan mereka
kadang dengan cara yang paling hina dan buat ku berduka seketika
lalu bila kesedaran itu menerpa
syukur juga terucap dengan nikmat tak terhingga
kerana mereka yang menyedarkan jiwa

Lalu kau palingkan hatiku dari jalan-jalan yang pernah ku harung dulu
buat aku lebih tahu
bahawa masa depanku adalah ke situ
menuju padaMu
cuma cara bertatih ke situ ataupun meluru untuk maju

Ahhhh....
hidup ini tidak beralaskan baldu dan sutera
ranjau dan duri dicipta untuk kita
untuk kita bingkas bangkit dari jatuhnya jiwa
tanpa pegangan agama
siapalah kita yang tak punya apa-apa

Kita cuma ada Dia
pemegang hati kita
seutuhnya

kerana Dia dan untuk Dia.. selamanya..
rindu aku pada SyurgaNya
yang pada mataNya
kita ini siapa-siapa sahaja.........