Tuesday, June 4, 2013

KARYA IM : BIAR

Benar... 
Takdir itu adalah ketetapanMu

Benar...
Hati ini milikMu

Benar...
Rasa ini kurniaanMu...

dan benar...
Dia ditakdirkan untukku

Mahu apa lagi aku menunggu
Perlu apa lagi aku hitung
Ingin apa lagi aku fikir

Kebenaran di depan mata
Yang terlindung tak tertangkap mata
Terselindung cuma

Biar sukmaku sahaja yang berbicara
Biar hatiku sahaja merasa
sakit pedih dan duka

Biar terselindung semua
Dengan senyum dan tawa yang menghias rupa

Biar kau baca wajah yang ceria sahaja
tanpa secalit luka
Biar sahaja
Biar

Redha aku segala