Thursday, June 13, 2013

BOBOIBOY


Assalamualaikum wbt semua  ^_^


# Amaran : Entry kali ini PANJANG juga ek!


tiba-tiba IM rasa nak post entry pasal my boyzzz
ops... ramai sangat ke?

IM ada 3 orang adik lelaki
dan seorang adik perempuan
tapi, peliknya IM rapat dengan boboyz

ish ish ish
pelik ke?
x la... IM rapat dengan adik perempuan IM bila bab nak pilih baju, shawl, 
bla bla pasal perempuan la
tapi selalunya banyak gaduh-gaduh manja gitu

ANGAH

Nak kisahkan tentang adik IM yang pertama ni; ANGAH
dari kecik memang sangat rapat, dulu kami pakai baju mesti sama je
t-shirt seluar semua sama
hihi
cute kan... (x sempat nak scan gambar untuk tepek kat sini)
sumpah cute! masuk bakul lempar dalam gaung
maaf ganas pula gaya bahasa IM

ok ^_^
Angah ni budaknya bijak
serius!
lagi bijak dari IM
dari kecik lagi memang cerdik
kat tadika dapat anugerah pelajar mithali
tapi kat rumah..kus semangat!!! pening nengok perangai dia (ibu kata)
dia start berpuasa awal

tak macam IM
darjah satu
puasa pun satu hari
hihihi  ^_^
oh anakku nanti, sila jangan ikut jejak ummi mu yang ini
kuikui

Angah ni aktif di sekolah
pengawas, nasyid, atlet (memang tak la)
sekolah menengah banyak membentuk dia
jadi seorang yang makin hebat
jadi jurulatih nasyid bagai
pergh!!!

memang Angah hebat la
^_^


selera tengok Angah makan
sedap sangat kot IM masak time ni
hihi  ^_^

sekarang angah lagi hebat
Angah buat business sendiri
perniagaan berdaftar ye
berlokasi di rumah kami

walaupun lulusan Akuakultur daripada UMS
angah ada bakat dalam graphic design
lantaran minat yang mendalam dia ambil sijil berkaitan bidang ini
sekarang Angah buat business printing;

v
v
stickers
v
doodles
v
flyers
v
wedding cards
v
logos
v
business cards
v
graphics

dan yang paling suka

BUTTON BADGE / KEY CHAIN


Angah masuk TV, Slot Safiyya TV9

dan yang paling best, 100% props wedding IM Angah yang design;

kad jemputan
sticker lable pada goodies bag
welcome board
flyers candy buffet
button badge penanggah dan BFFTJ
signage
keychain dan button badge (cenderahati untuk tetamu)


BEST kan :)

Masa tunggu Ibu Ayah pulag daripada Ibadah Haji tahun lepas (maaf.. gambar blur)

 ABANG

Oh ye... mesti pelik kan kenapa Im dan adik beradik panggil dia Abang?
sebab.. sebelum ni dipanggil adik
dan jarak antara Abang dan Adik agak jauh
so, bila dapat adik, dia yang bahasakan dirinya Abang
ataupun 'Orang'

aah.. dia bahasakan dirinya as 'Orang'
hihi
cute kan Abang!

Abang ni senyap juga orangnya macam angah
tapi Malas sikit budaknya
tapi! tetap BIJAK juga

kenapa IM cakap macam tu?
sebab, dia spesis yang LANGSUNG TAK BUKA BUKU di rumah
semua ilmu hasil serapan di sekolah
Allahuakbar!
sangatlah hebat
dapat scor PMR banyak la juga untuk usaha yang tak seberapa
hebat!

oh!
kelebihan Abang?
dia sangat hebat dari segi teknikal
boleh baiki basikal, komputer, gajet-gajet

hahaha.. Allah kan Maha Adil
semua orang ada kelebihan masing-masing

oh ye.. selepas PMR, ayah hantar Abang ke Pondok Moden @ Tahfiz
IM ikut masa sesi temuduga dan ujian sebelum memasuki pondok tersebut
seriously, kalau sayang-sayang sekalian tengok gaya Abang masa tu, emmm..pasti kalian semua geleng-geleng sambil dalam hati berbisik
"ye ke budak ni boleh hafaz Quran?"
"tak ada gaya Huffaz pun!"

tahu kenapa IM kata begitu?
si Abang punya la sempoi
pakai T-shirt biasa, seluar slack dia lipat bawah dalam 3 lipatan
tak pakai kopiah
tunggu turn nak tasmi' dia siap buka Youtube
dengar ceramah UAI
pergh! sempoi kan?

bila keluar dari bilik Ustaz yang tasmi' sambil ditemani ayah
kami kat luar buat muka;
"Macam mana?"

ayah lagi la buat muka;
"Dapat!!!"

Allahu Allah...
maka bermulalah fasa baru Abang di Pondok Moden Sa'adah Ad-Dar'ain
sedikit demi sedikit lembaran Al Quran di Hafaz
doakan sama-sama ye semua



Abang yang berdiri sebelah kanan Im ye, yang sebelah Kiri IM tu 'Abang' juga
hihi

ADIK

 Beralih kisah adik pula, adik ni sama je dengan IM
darah pun jenis sama
maka perangai pun photostate IM juga

banyak mulut
cepat terasa
merajuk
mengada-ngada
kuat makan

(^_^)v

Adik seorang yang suka bercakap
kalau IM asyik masyuk berborak dengan Ibu
dia pun nak mencelah
kadang-kadang rasa macam adik ni perempuan pula
hahaha
sebab membebel macam IM juga!

oh ye, since Adik dibesarkan dalam kelompok orang dewasa
makanya, dia sangat matang

pernah masa dia balik daripada masjid
oleh kerana memerhatikan kanak-kanak yang buat bising di masjid
masa balik rumah dia pun berkata;
"Ish budak-budak ni, kenapa la main-main dan buat bising kat masjid? oh ye.. diorang kan budak-budak".

kami pun gelak sebab mengingatkan yang sebenarnya dia pun budak-budak, tapi perasan DAH BESAR ^_^
adik ni sangat SANGAT cepat belajar

dah banyak surah dia hafaz
Ayah hantar adik ke Tahfiz setiap malam
dan hujung minggu ke kelas Taranum
serius!
dia azan dan ngaji sedap macam dalam TV
hihi..

so sweet la adik!
dan dia sangat manja dengan IM

kalau orang lain nak kejut dia tdiur susah la juga
tapi IM ada kata ajaib yang bilamana IM sebut, sekali je dia dah bangun
apa dia???


"Good boy, wake up sayang..."
sampai sekarang IM suka cium dan gomol dia
sebab abang-abang dia gemar buli dia
adik la adik
^_^


gigih IM membesarkan adik-adik masa Ibu Ayah pergi Haji
sampai saat Ibu Ayah balik baru IM perasan (setelah Ibu Ayah dan sanak saudara tegur)

rupanya, IM terlebih besarkan adik
IM bagi makan banyak sangat kot!


Gambar masa Ibu dan Ayah balik haji
IM, makcik, Ayah, Ibu, Adik, Angah dan Kakak (adik perempuan IM)
oh ye... Abang tiada dalam gambar sebab di Pondok


Tinta IM : InsyaAllah next entry IM cerita pasal adik perempuan IM yang selalu IM gaduh-gaduh gitu  ^_^.

Oh ye lupa... sekarang IM dah ada lagi sorang Boboiboy! 
Asben IM tersayang, ketipak payung!
hihihi.... 


sayang semua kerana Allah swt.. moga kita bersatu di syurga Allah  :) Ameen