Friday, March 15, 2013

SERIOUS?



Assalamualaikum wbt,

hi semua, hujung minggu ni insyaAllah IM nak lepak je la kat rumah
serious ni?
macam tak percaya je  ^_^

hihi.. ye la, bagi kaki jalan macam IM ni 
kalau ikutkan jadual memang ada juga majlis yang perlu dihadiri
tapi, IM dah kena sound dah dengan bonda tercinta
kena sound baik punya

"Amboi, kenduri kawin pergi, kenduri cukur jambul pun pergi, kenduri tunang pun nak pergi juga?"

ha... tu dia la!
kalau ikutkan, tak sampai hati nak tolak jemputan kawan-kawan tersayang
gitu!!

tapi betullah niat ibu tersayang
yang sentiasa mengingatkan anakandanya yang relax dan blur je
IM serious tak perasan
bila semak semula



what?????
serious!!!


 meh kita nyanyi sikit la

"Percayalah....(nada lagu Tok Ti)"


As a result, weekend ni baru la menggelabah (actually not really la)
IM terlalu maintain relax sampai orang sekeliling yang gelabah
IM bukan apa, senarai semak memang dah ready
so, any time boleh la mulakan misi

InsyaAllah, benda baik Allah akan mudahkanlah jalannya tak gitu!
 ni mesti kesan Prof Muhaya la ni
hati dan fikiran tak berkeladak
ni bukan apa, dah tahap clear @ transparent dah ni

ok la, apa-apa pun kena ada usaha
mana boleh redha je kan
insyaAllah esok mulakan misi

Tinta IM : Baiklah kawan-kawan, maafkan keterlanjuran kata bebelan yang panjang hari ini.. Wallahu'alam..