Friday, March 1, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 - EDISI 2

Assalamualaikum wbt,
seperti yang IM janjikan dalam beberapa entry terdahulu,

nah! 
untuk edisi 2 ini, IM akan kongsikan sedikit ye
InsyaAllah
moga berfaedah buat kalian dan juga buat diri ini
Ilmu baik dan bermanfaat eloklah disebarkan
tak gitu  ^_^



masih ingat pada IMAD ???    ^_^


SLOT 1 :  Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...     
>Ustaz Pahrol Md Juoi<


-terdapat 4 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sejak kita di alam rahim ibu lagi;


     i) rezeki

    ii) ajal
   iii) umur
   iv) JODOH (eh? terbesar pula)    (^_^)



- rezeki itu perlu DICARI; WAJIB usaha & WAJIB tawakkal
Usaha daripada Manusia (TADBIR)   -->   Hasil daripada Allah (TAQDIR)

 - rezeki = jodoh ?? 
a) Perlu kepada usaha, namun perlu redha ketentuanNya
b) Rezeki yang dicari itu BAIK, namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK.

- rezeki yang Allah berikan kepada manusia adalah SELARAS DENGAN TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan oleh manusia itu sendiri

- secara fitrahnya, manusia ada 2 TANGGUNGJAWAB utama;
a) HAMBA ALLAH (Abdullah) : untuk jadi baik
b) KHALIFAH (KHalifatullah) : untuk memberi kebaikan

- apabila kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin kepada Allah, insyaAllah jodoh yang baik juga akan menyusul

- makanya, tetapkan matlamat dalam hidup, maka terdorong segala laluan dalam hidup kita

- sesuatu perkara itu menjadi WAJIB (dan jatuh hukum sunat, haram dan sebagainya) kerana kita meletakkan misi dan matlamat atasnya; it depends on the situation gitu!  ^_^

Tinta IM : Sangat suka dengan  petikan kata-kata ini; 

Rezeki yang dicari itu BAIK, 
namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK





p/s: nanti IM sambung ye.....  ^_^