Monday, October 15, 2012

Cinta Di Kota Cinta

... Mekah kota Cinta. Pertemuan Adam dan Hawa di Jabal Rahmah. Kami pun macam tengah bercinta, jalan berpimpin tangan (kat Malaysia malu nak buat). Jemur kain berdua. Romantik la..


Ringkas ayatnya, namun sangat jelas terpancar segala riak gembira ibu dan ayah di Tanah Suci Mu Ya Rabbal 'Izzati. Alhamdulillah. Moga ini semua yang terbaik untuk kalian dan semuanya. InsyaAllah.

*****************

Kami di sini sentiasa berdoa, moga ibu dan ayah sentiasa dalam 'jagaanMu'... InsyaAllah.

*****************

Seorang yang ego, panas baran (semakin merosot prestasi baran, lantaran faktor usia mungkin), dan keras kepala.

Seorang lagi penyabar, sensitif dan kadangkala sangat tegas.

Sunggguhlah, Allah itu Maha Adil, disatukannya dua insan yang berbeza untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing. SABAR dan PERCAYA kata kunci yang harus! dan sewajarnya, WAJIB dipegang!

dan diriku pula???  ~combination Ayah dan Ibu~  hihihi... rasanya belah mana yang lebih genetik ek? silalah teka ek..

*****************
 Selalu sahaja rasa lemah, tapi Kau selalu tiupkan semangat dan kekuatan

Selalu sahaja rasa sunyi, tapi sebenarnya Kau tak pernah biar daku sendiri

Selalu sahaja rasa cemas dan gundah, tapi Kau kirimkan ketenangan

Allahuakbar!!!




p/s:  rindu ibu dan ayah ok  ^_^  (saya memang cewek. whatever!  this is ME)