Sunday, October 28, 2012

KARYA IM : Aku ada kerna Engkau ada..

sungguh..
dakulah hambaMu yang lemah itu
yang selalu jatuh tersadung
yang selalu luka tersayat
yang selalu merintih duka

adanya aku di sini
cuma dengan belas ehsanMu
kerana Kau yang terlalu agung kasihMu
cintaMu
dan sayangMu

bukan hamparan baldu yang ku pohon sepanjang jalanan hidup
bukan juga emas berlian jua permata dambaan jiwa
hanya tenangnya jiwa
damainya rasa
suburnya iman, ku pohon sentiasa

moga baraqahMu mengiring hari-hariku
yang masih bersisa
tak tahu entah berapa lama
mungkin sekejap cuma
namun syukur jua ku panjatkan pada Yang Maha Esa

aku ada kerana Kau ada, mencipta segala..