PATAH SAYAPKU

22 OGOS 2017

Semalam Lia sampai je rumah Kak Yan ramai sangat orang. Semua berkumpul. Saudara belah mak, sebelah ayah, jiran-jiran, orang tg karang, kawan kawan kakak Yan, kawan-kawan SYABAS, kawan-kawan ADMAL, kawan-kawan Abg Jenal semua ada. Kak Linda, Kak Norid dengan bestfriend Kak Yan yang cantik kecik tu pun ada Kak Yan. Ramai sangat tunggu Kak Yan balik.
.
Ramai...
.
Lia sampai je cari cari mak. Lia peluk mak.
.
Mak : kesiannya kau Lia, dah takde tempat bergantung. Kakak Yan dah takde. Lia... Lia kuatkan. Lia pandaikan. Lia doakan Kakak Yan ye. Doakan untuk Kakak Yan banyak banyak ye Lia.
.
Lia angguk
Lia senyum, tapi air mata Lia mengalir deras
Lia rangkul mak kuat kuat
Mak..begitulah dia
Kuat, dahulukan kita melebihi diri sendiri
.
Kak Yan jangan risau ye
Nanti Lia call wasap mak selalu ye
Walaupun tak sama dengan kehebatan perhatian dan sayangnya Kak Yan pada Mak, tapi Lia cuba ye Kak Yan
Lia cuba!




Popular posts from this blog

BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)

RESEPI KEREPEK KENTANG - POTATO CHIPS

PLANNER ADDICT MALAYSIA