TIDURLAH SAYANGKU..PUTRI SYURGAWI





22 OGOS 2017

Sebelum Acik Ya berkahwin, mmg segala kasih Acik Ya tertumpah pada Adik Icha dgn Abg Zikrie
.
Bila Acik Ya dah ada anak, ada Azra, Adik Icha paaaaaling sayang pada Azra..sebab Azra lincah
.
Azra tu Icha buat macam adik dia
Suap Azra, tanya dulu Acik Ya sebab dia tahu Acik Ya dia ni cerewet...hahaaa..
.
Acik Ya, yang ni Azra boleh makan?
.
Acik Ya, kenapa Azra belum boleh makan ada garam gula?
.
Acik Ya, biskut ni Azra tak boleh makan kan?
.
Acik Ya, pandainya Azra ni. Kecil lagi dah pandai baca doa. Tak pakai lampin dah
.
Didukungnya Azra
Disuapnya Azra
Diceboknya Azra
Aduhai Icha... Sayangnya Icha dengan Azra tuuu
.
Kak Yan pun selalu kata, agaknya kalau ada adik kecik, mesti Icha yang jaga. Mama boleh relax..
.
Icha caring
Icha pemikir budaknya
Icha matang daripada usia
Banyak faham jiwa orang lain
.
Icha faham susah Acik Ya macam mana
Icha faham keadaan Acik Ya
Icha sebiji macam Mama
.
Dahulukan orang keliling
Sebab tu semua sayang Mama dan Icha
.
Pimpin mama ke syurga ye sayangku Icha
.
Semalam Azra kata Kakak Icha tidur..
TIDUR LENA TANPA JAGA LAGI SAYANGKU..



Popular posts from this blog

BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)

RESEPI KEREPEK KENTANG - POTATO CHIPS

PLANNER ADDICT MALAYSIA