KOSONG..HILANG..


22 OGOS 2017


Malam tadi AzrAdli tidur bilik Acik Yan dan Kakak Icha 




Subuh tadi Lia bangun, rasa ada kekosongan di satu sudut πŸ˜”
.
.
Rasa hilang
Rasa pedih
Rasa sakit 
SERIBU SATU RASA
.
.
Kak Yan...subuh tadi Lia berjemaah dgn ibu, ayah, Abg Arif dan mak. 
Kami solat kat tempat jenazah Kak Yan dan Icha dibaringkan semalam
.
.
Rindu...
Lia dah mula rindu
Lia tahu semalam tu ciuman dan pelukan kita yang terakhir di dunia
Lia tahu tu..
.
.
Tak puas rasanya lagi nak bermanja dengan Kak Yan dan Icha
.
Semalam Azra nampak jenazah Acik Yan dan Kakak Icha kesayangan dia, kesayangan kami semua dibawa pergi jauh....
Azra : kesian kakak Icha sakit. Kak Icha tidur kan ummi πŸ˜­πŸ˜­
.
Ummi angguk..
Ummi senyum..
.
Azra : Acik Yan tu kereta langgar kan ummi. Kesian Acik Yan kan ummi.
.
Terus ummi rangkul Azra.
.
Ummi : Azra anak solehah kan. Kakak doakan kita jumpa Acik Yan dengan Kakak Icha kat syurga ye. Kakak mesti doakan banyak banyak untuk Acik Yan dan Kakak Icha ye
.
Azra : ok ummi  
.
Ceria dan bersahaja Azra seperti selalu. Nanti Azra dah besar sikit Lia ceritakan kisah Acik Yan dan Kakak Icha ye. Lia janji!
.
Lepas solat, ibu peluk mak. Rangkul erat kakak kesayangannya seperti selalu. 
.
Kak Yan dengan Lia sama sama mengagumi dan mengakui betapa eratnya kasih sayang dan keikhlasan anak anak Nenek Martiah berkasih sayang kan Kak Yan kan...
Kita selalu berborak. Betapa kita rasa ibu dan mak tak pernah jauh daripada kita hatta dah beranak pinak sekalipun. Kasih sayang ibu dan mak pada anak-anaknya makin kuat mengalir sampai ke menantu dan cucu-cucunya
.
Allah...ikhlasnya mereka adik beradik berkasih sayang kerana Allah..betapa kita cemburu kan Kak Yan πŸ˜
.
Lepas ibu peluk mak, Lia peluk salam mak. Pastu mak kata;
.
Mak : Lia..nanti Lia sunyi, Lia telefon Kak Elis, nanti mak suruh Abg Kamarul ambil Lia ye. Tidurlah semalam kat sini. Bukannya jauh pun. Ye Lia ye.
.
Lia angguk
Lia senyum
Air mata Lia tak terbendung...
.
Sebelum kawen dulu Lia suka sangat menempel dengan Kak Yan kan...haha...Lia suka sangat manjakan Icha dan Zikri. 
Sampai Kak Yan kata, Icha dengan Zikri anak anak Acik Ya
 πŸ˜˜



















Popular posts from this blog

BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)

RESEPI KEREPEK KENTANG - POTATO CHIPS

PLANNER ADDICT MALAYSIA