GENAP SETAHUN USIAMU; AZRA NUR ILYANI

Alhamdulillah segala pujian selayaknya kepadaMu Sang Pencipta Seluruh Alam ^^

Alhamdulillah, dipanjangkan jodoh bersama-sama yang disayangi dan menyayangi..
Ummi Azra ni lama dah teruja lepas tengok Instagram FaraLee (Isteri Ally Iskandar). Diorang sambut birthday Eam (Maryam) dengan picnic, santai seh!

Sejak itu, Ummi berazam nak buat macam tu juga..tapi apakan daya, disebabkan kekangan masa menyiapkan Produk M2Mv_Craft, makanya persediaan semua last minute, dan belasah je apa yang ummi dapat cekau!

tapi...malamnya balik rumah, ummi puas! Alhamdulillah..Ummi harap Azra adalah kenangan indah ini. Nanti Azra dah besar sikit, Azra bolehlah tengok gambar ni. Alhamdulillah juga, pakngah sudi luangkan masa melayan kemengadaan ummi ni dari dulu sampai dah ada Azra.

Ummi doakan pakngah tak akan jemu melayan Ummi sampai ke adik2 Azra semualah ye! hahha..
ok..sedang berkira2 untuk cuci dan framekan gambar ni.. insyaAllah..

Kalau ada yang tahu harga dan juga kualiti terbaik untuk frame lawa2 canvas ke, bagitahu ye ^^ muah!

meh, Ummi Azra kongsi sikit.. ada je yang dah tengok kat FB kan.. takpe..nak tepek juga kat sini..hihi













 

Popular posts from this blog

RESEPI KEREPEK KENTANG - POTATO CHIPS

BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)

RESEPI SWEDISH MEATBALL IKEA